Isnin, 29 Mac 2010

sampai KAPAN... (maknanya sampai bila/kain kapan)

aku gagal bertahan bila orang rumah pujuk gi pesta buku. tapi aku berjaya pegang kata-katanya, "tengok aje". kat sana kami sama-sama gagal bertahan bila satu amoi kata"waa, abang dengan kakak nampak muda maaa" (pasal kami berdua aje, bebudak tinggal, kami naik lrt. senang!) "bos, caya ke ini akak ada lima orang annak?" dia bagitau bosnya yang kebetulan lalu. aku terkerenyeh aje, faham taktik orang meniaga. sudahnya terbarai jugak rm1750.00 bila aku setuju beli produk pendidikan bahasa inggeris untuk anak-anak. pergh, hutang! takpe le untuk pendidikan... (hati memujuk)

penat berjalan. tak ada apa-apa yang aku beli kecuali yang ini. barangkali bole le kita kongsi menonton sedikit keratannya untuk kita muhasabah diri... (kalaulah dapat dikira aku telah membantu)


Bila Mata Menyapa

(aku)

ingin menangis
namun air mata
terlalu mahal untukmu
bahkan
dia pun tak mahu
tak pun sudi menerima
...

(dia)

matanya berbicara
aku
tak perlukan simpatimu
tak perlukan tanya khabarmu
sama sekali kata nasihat
jauh sekali kata 'sabar'
...

(dia)

matanya berbicara
hanya ingin bertanya
benarkan aku saudaramu
kiri dicubit
peha kanan berkerut sakit
ingin bertanya
benarkah begitu rasul bersabda?
...

(aku)

termanggu...
kalau tidak,
siapakah aku?
kalau iya,
bagaimanakah aku?


video

4 orang adijauhari:

Ampuan Awang berkata...

sampai kapan agaknya [?]

Werdah berkata...

Salam cemomoi.

tak mengapa melabur untuk pendidikan. Mudah2an ilmu penuh di dada.

sampai kapan? selagi peha kanan dicubit peha kiri tak rasa sakit.

LanaBulu berkata...

cemomoi..
amacam? lihat2 je tu..belum pasang niat nak gi soping lagi...hee
COBAANN...

cemomoi berkata...

assalamualaikum
ampuan awang: barangkali sampai kain kapan sampai le gamaknya kita tetap begitu

cekgu werdah: peha dah kebas asyik kena cucuk dengan jarum oreintalis mana nak terasa

abg lana: cobaan yang berat tu datang dari amoi tu le

pilihan

Melayu Hebat: kita genius la

siri tajuk tu pon dah menjadikkan sesetengah orang melayu rasa jelek - malu nak ngaku apatah lagi nak bangga dengan kemelayuannya. takpe, tu...

rodong