(sepagi di jalan cheras, sempat lagik dengan aksi berbahaya snap sambil bawak motor)
terngiang-ngiang aje dialog tu bila nak gie keja hari ni. malas tul nak gie kerja, bukan malas nak bekerja. dah lebih sepuluh tahun dok ulang-alik ke kl dengan kapcai ni, aku rasa bukan lagi pergi kerja... tapi rasa macam pergi bunuh diri aje. sebab, bawak motor ni terlalu banyak risikonya. kebanyakan jalan dari pelbagai arah nak masuk kl dah aku lalui. dari arah highway seremban, highway cheras, rawang dan dari ampang. semua dah rasa.
rasanya, jalan paling berbahaya adalah dari ampang kerana sebahagian besar jalannya tiada divider. penunggang kekadang terpaksa masuk jalan bertentangan sebab nak mencelok di celah kereta, jalannya agak sempit. beberapa kali gak jumpa orang yang dah terlentang atas jalan kerana tak sempat elak kereta yang mungkin bertukar gerak secara tiba-tiba. tambahan pulak, simpang di sepanjang jalan ampang tu terlalu banyak. mata nak kena cekap tengok kereta sebelah, kereta yang datang dari depan dan pergerakan kereta dari simpang jalan... tak masuk lagik kes mat rempit yang suka mencucuk nak memotong. jadik letih bila sampai ke tempat kerja.
(sepetang yang lepas hujan di jalan loke yew. bagi yang tak rasa naik motor cenggini, gini le keadaannya bila berada di celah-celah kereta)
(sepetang yang lepas hujan di jalan loke yew. bagi yang tak rasa naik motor cenggini, gini le keadaannya bila berada di celah-celah kereta)
pengalaman menarik kat jalan ampang ialah bila aku 'berlari di atas jalan sambil membawa motor'. asal kejadian, ada sebijik bas sekolah membelok ke kanan apabila polis buka jalan sebelah jadi sehala. aku pon cepat-cepat tukar arah. malangnya kereta di depan aku yang dipandu seorang pompuan tak buat perkara yang sama tatkala orang berpusu-pusu mengikut jalan berkenaan. sudahnya, motor aku melekat kat bumper kereta dia dan untuk mengelakkan dari terjatuh, aku pon tahan dengan kaki. dah tentulah aku terpaksa berlari kerana motor tu tengah bergerak. agak-agak, jauh juga aku berlari sehingga le aku berjaya meloloskan diri dari kereta tu. baru le motor aku stabil. awek tu pulak buat dekkk aje, dia sedo ke tak, enta le. bila sampai ke opis, aku rasa tercungap-cungap bagaikan seorang pelumba lari... huhhh! terasa segar sikit badan bila buat latihan jasmani sebelum memulakan kerja...
nak bawak keta, aku bukan jenis orang yang boleh bawak terkedek-kedek. kira termasuk pemandu ketegaq. tak tahan dengan kesesakan. dan aku selalu hitung kalau setiap pagi aku akan menghabiskan dua jam masa di atas jalan raya, begitu juga waktu balik ke rumah... rasanya rugi membuang masa cenggitu.
takpe le biarlah susah sikit. berpanas berhujan, lumrah. cuma belum reput aje lagi kat atas motor tu. sampai bila? wallahua'lam.
gitu le cabaran hidup di kota ni.
nak bawak keta, aku bukan jenis orang yang boleh bawak terkedek-kedek. kira termasuk pemandu ketegaq. tak tahan dengan kesesakan. dan aku selalu hitung kalau setiap pagi aku akan menghabiskan dua jam masa di atas jalan raya, begitu juga waktu balik ke rumah... rasanya rugi membuang masa cenggitu.
takpe le biarlah susah sikit. berpanas berhujan, lumrah. cuma belum reput aje lagi kat atas motor tu. sampai bila? wallahua'lam.
gitu le cabaran hidup di kota ni.
11 zmn org suka mengomen:
bahaya2 tuh..jgn di amal kang selalu yer ambik gamba sambil memandu..hihi
uih,bawak moto pn boleh snap pic?jgn..bahaya tu..
Salam cemomoi.
Dulu2 masa awal bekerja dulu naik vespa dgn asband.. 4 tahun jugalah.. kmd bila dah mula beli kereta, lama lepas tu cuba lagi naik motor.. dah takut dah..
kesihan kena lari.. nape tak ketuk bumper dia bagi dia sedar entahlah kan.. tak boleh jangka dia tahu ke tak..
salam..
sempat lg en.cemomoi snap pict smbil bwk motor..hihi..paling2 hebat sy penah tgk sms sambil bwk motor..ni en.cemomoi lg hebat la..:))
takut bile tgk hari2 kt paper ade je eksiden..maut ada kt mana2 dan x kira masa..semoga kita sentiasa berusaha utk bersedia menghadapinya..
alamak...pakcik kordi tk reti menyelit..hahaha....harap je moto 125z..dulu la kn..tp bwk mcm skema..hahaha...
Salam..
Wah..ni lagi terror, bawa motor sambil ambil gambo. Pandu cermat jiwa selamat, hati-hati dijalanraya, ingatlah org yg tersayang, jangan biarkan keluarga menanti dalam tangisan...byk tul slogan jalanraya!
gonekan....nak salahkan penunggang motorpun tak patut...mungkin bagi dia itulah yg terbaik gamoknye...
Naik motor ni mmg sellau terdedah dgn bahaya, tapi nak wat mcm mana. kesesakan jalan raya dan masalah parkir, terpaksalah guna motor.
Naik motor ni umpama jadi mentimun. dilanggar pun parah melanggar pun parah
assalamualaikum kengkawan:
dak kecikkk: sesekali nak jadi paparazi, kena ada sikit brani
iman: gitu le kalo nak dapat angle menarik, kena bagi sikit pengorbanan,jangan terkorban terus dah le
cekgu werdah: hih ada lagik ke vespa tu, antik dan nostalgik
tang awek tu, biaq pi la dia dengan dunia dia, tengah kosentret le tu
melatidaisy: takdek hebatnya, tak perlu berdiri atas motor untuk snap, sambil layan feeling tu klik aje
iye betul, maut di mana-mana, ada orang tengah makan kat rumahpon mati eksiden bila lori rempuh rumah dia, innalillah
pakcik kordi: motor apa tu, rxz ke, koi dulu pakai rxz member kata tak padan lalu pasal tak cukup saiz, koi blasah aja. ni brasa cam nak cari virago la pulok bia tenggelam sikit
kak shaniza: bia kengkawan yang tengok gambar ni rasa feeling camana dok tengah jammed tu
slogan tu rasanya kurang tepat, yang penting masa memandu ialah waspada kalu terlalu berhati-hati sangat nanti bawak terkedek-kedek la pulak, jadik bahan makian orang kat belakang aje, bawak laju semberono kang kena sumpah dek orang so pandai-pandai le. pastikan jangan cukup 40 orang dok maki kita kang makbul pulak doa diorang tu
cekgu jang: koi ni bawok motor dan bawok keta, jadik koi tau le menda kehendok dua jenis manusia ni, orang hok bawok keta jangan kedekut bagi signal bila nak mencelok. hok bawok motor pulok kena bersopan le kengkadang dema ni sesama sendiri pon buat hei
shameel: ye betul le tu.. sebab tu kekadang tengok yang kena lenyek tu betul-betul macam timun, nauzubillah.
terpaksalah ambik resiko, nak buat macamana..
endiem: ikut mana pon hidup ini penuh risikonya hatta jadik polisko pon masih tetap ada risiko... err tau ke polisko ter
Catat Ulasan