Selasa, 5 Januari 2010

hemmm cam biasa sekali lagi kita beralah.. sudah la tiap kali pilihanraya kita beralah, orang lain dapat tanah kita pulak terus berpecah, kelahi tak sudah..

nah! kali ni kita beralah lagi bila PAS kata dia menghormati prinsip kebebasan beragama... abih tu kenapa pulak si balau tu tak reti nak menghormati prinsip beragama? kita kalah dan mengalah dan terus blahhhh...

dalam isu sebesar ini, takan ada beberapa kerat aje ke lujnah PAS untuk membincangkan pendirian mereka. kenapa tak libatkan lebih ramai alim ulama dalam PAS seperti Prof. Haron Din, Dato' Ismail Kamus dan sebagainya. apakah PAS juga memerlukan tauliah untuk duduk dalam kumpulan Lujnah bagi membincang perkara "hukum" dalam Islam. ini bukan perkara hukum dalam politik malaysia.

''Katakanlah: Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah''.

ini ayat yang menjadi dasar kepada keputusan mereka. katanya semua agama samawi bole guna nama Allah. sedangkan kalu entri aku sebelum ni perkataan 'manusia' dalam al-Quran tu bukan sekadar Yahudi dan Nasrani aje yang mengakui Allah Maha Pencipta bahkan seluruh manusia. retinya Allah yang diakui oleh manusia sebagai pencipta. tiada tuhan lain. selain daripada itu mereka menganggapnya sebagai dewa. orang arab jahiliah dulu yang menyembah berhala pon masih tetap mengatakan Allah pencipta alam. sebab tuhan berhala mereka hanyalah perantara.

jadi perbezaan isu yang diketengahkan oleh kristian ini ialah mereka mahukan Allah sebagai nama tuhan mereka. mereka tidak mengakui keEsaan Allah yang kita sembah sepertimana yang dijelaskan oleh al-Quran. Tuhan Bapa yang selepas ini akan disebut sebagai Allah akan bersekutu dengan Jesus dan Ruh Kudus. apakah lujnah PAS tidak nampak pertentangan tindakan kristian yang bertentangan dengan perintah dalam ayat yang menjadi dalil mereka "... bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun ...''.

memang sifat orang melayu lembut hati sebab itu bangsa lain suka kat kita.. kita tak marah kalu orang datang nak menumpang rumah kita (nak buat rumah dalam pagar kita pon tak apa). kita tak marah kalu diorang mintak barang kita. kita tak marah hatta mereka boleh pergi ke bilik tidur dan dapur kita... dan bangsa lain tau kelemahan orang melayu... jangan tonyoh kepala. "AMUK!" sifat melayu yang terdesak. tapi orang bukan melayu tau kelemahan amuk tu. kalu marah dan nak mengamuk sekalipun orang melayu kalah pujuk...

sifat orang melayu "biarlah..." kerana sifat biarlah tercetusnya peribahasa 'biarkan si luncai terjun dengan labunya' barangkali kita pon dah lupa cerita 'Belanda mintak tanah'. sudahnya, anak cucu kita merempat di negara sendiri.

sudah terhantuk baru tengadaah...

5 zmn org suka mengomen:

Unknown berkata...

Salam tuan. Sudah baca ulasan Muhamed Hanipa Maidin (peguam PAS) tentang perkara ini? Tadi kawan e-melkan. Kalau belum dan mahu baca bagilah no e-mel. Saya e-melkan kepada tuan.

Nida n' Hanafi berkata...

Salam Cemomoi:

Kalau dulu kisah "Belanda Mintak Tanah". laaa ni kena tukaq sikit tajuk tu dah macam kisah "Belanda Ambil Tanah"..

Jangan lepas ni semua orang kafir duk permain2kan nama Tuhan umat Islam dah ler..kita??? duk cakap "takpe..takpe..." nauzubillah... (marah ni!!!)

terokai seni berkata...

kengkawan blog:-

mybabah:- tima kasih, elok juga tu bole le mel pada cemomoiboih@yahoo.com buat nambah maklumat.

nida:- enta apa le nasib anak-anak kita sok ye... moga mereka tetap bernaung di bawang ketuanan Melayu Islam

saharul berkata...

Kat malaysia ni....banyak sgt ulama nya...kadang tu tah betul atau tak, tak tahulah...

Ateh Nour berkata...

Assalamualaikum,
Apa nak jadi dengan orang melayu kita nih...

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak