Isnin, 5 Oktober 2009

sunyi dan permai


melihat gambar seperti ini, teringat aku kepada kampung tok aku dulu, sebelah ibuku. sama, rumah beratap anyaman rembia, berdinding dan berlantaikan buluh, bertanggakan batang kayu yang diikat kukuh (licin tu, kalu pijak tapak kaki pon terasa meleret geli geleman). setiap malam dia akan mengasah pisau toreh sambil bertemankan pelita ayam. sambil berehat dia mengambil daun sireh bercuit kapur dan sekacip pinang sambil menggobek-gobek lantas dimasukkan ke dalam mulut. aku memerhatikan gerak-gerinya dengan penuh minat. ada waktu-waktunya kedamaian malam kami diganggu bunyi bising. aku berlari ke beranda sambil meniarap dan menjenguk kepala ke bawah. mataku bagai menerobos kegelapan malam mencari bunyi yang sangat suka aku dengar. kalaulah waktu ini sudah siang pasti aku berlari ke baruh mengejar bunyi yang kuat itu... bunyi kereta api! dan kereta api inilah yang sering menjadi hiasan lukisanku tanda manifestasi rasa seniku terhadap alam.

2 orang adijauhari:

tinta kasturi berkata...

sentimental beb!

cemomoi berkata...

hii layan feeling memang sentimentel

pilihan

Melayu Hebat: kita genius la

siri tajuk tu pon dah menjadikkan sesetengah orang melayu rasa jelek - malu nak ngaku apatah lagi nak bangga dengan kemelayuannya. takpe, tu...

rodong