Selasa, 20 Oktober 2009

bila jengah blog sedara lanabulu tentang dokumen pulau batu putih teringat aku satu kesah sebuah jabatan kerajaan kena marah-marah dalam tipon disebabkan hilangnya sebuah kedaulatan negara kita. hemmm aku pon nak tergelak jugak. tergelak sebab kesedaran dah mula timbul. dulu orang sibuk buat koleksi barang antik tapi semenjak hilang p. batu putih, kita yang dah putih mata ni 'baru nak tersadau' kata orang melaka. tak apa la. rasanya belum terlambat sebab kita masih banyak lagi pulau yang perlu diselamatkan. antaranya pulau pisang. nak tengok dokumen dia. nah tengok la contoh hak milik rakyat kita kat sini tapi tak diendahkan.
tapi dalam banyak-banyak pulau kat negara kita ni, pulau yang ni sangat unik. nama je pulau tapi bukan pulau. ia juga jadik rebutan tapi tak jugak dapat-dapat dek orang yang cuba rebutkannya. member yang dok kat situ rileks je tengok gelagat diorang tu. hebat betul orang pulau melaka ni.

Related Posts:


9 zmn org suka mengomen:

Unknown berkata...

Memang dah jelas pun..tapi kenapa kita harus diam saja?
Sedangkan cadangan TDM utk membuat jabatan baru bagi menggantikan jalan yg ada sekarang ni pun bukan main pusing saja beri alasan..
Lastly timbul cadangan jabatan bengkok tu..sangat baik..Tapi (ada tapi lagi)..tersalah pemimpin pun payah jugak..
melalut lah pulak nih..

Unknown berkata...

Kemungkinan tetap ada TAPI harap2 jangan lah terjadi seperti andaian dibawah ini:
Akta Rahsia Resmi/OSA ke?
kejadian perjanjian seperti P B/puteh terhadap Pulau pisang boleh berulang...Sapa pun tak tau melainkan mereka2 yg benar2 'memiliki cemati ditangan' ..Berselindung dibawah akta ini..maka terselamatlah buat sementara waktu.. Kalau tidak ada kes seumpama ini kenapa kita harus berdiam diri sdangkan kes PBPuteh kita berjuang sehingga keMahkamah antara bangsa..? W/pun lastly kita kena KO.

terokai seni berkata...

dasat... politik memang pelik, yg buta bley jadik celik... begitu le sebalik..apa pon buat keputusan bukan untung isi dalam kocek, fikirkan juga masa depen si cilik

tinta kasturi berkata...

pulau melaka dilindungi banyak pendekar2 melaka,
antaranya pendekar kundur,
bila minum air kotak buah kundur,
aku teringat kat pendekar kundur,
teringat kat melaka, dan pulaunya

terokai seni berkata...

ye le tu, biau ulau melingkau atas pagau, kata orang melaka

Nida n' Hanafi berkata...

Pulau batu putih dengan kampung saya sangat dekat.. dulu masa kecil2, arwah abah selalu bawa ke kami adik beradik ke tepi pantai "itulah Pulau Batu Putih".. atuk saya seorang nelayan juga selalu berhenti di situ bersama rakan2 nelayannya yg lain.. Sedih bila pulau (walaupun hanya batu2..) itu jatuh ke negara lain.. kesian nelayan2 di kampung saya...

terokai seni berkata...

dekat di mata namun tangan tak lagi terjangkau. teringat sehari selepas terlepas harapan kita, saya sebak bila bercakap sebagai peserta dalam sebuah forum tentang kebudayaan melayu di kota bharu.. tetiba hati tersentuh bila memperkatakan nasib kedaulatan negara sedang bangsa sibuk sengketa

Tanpa Nama berkata...

aku no komen n no komplen

terokai seni berkata...

tanpa nama
-: silent war ke?

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

338,920

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak