sabtu1304199612.00p.m
minggu exam dah nak mula dah. pagi tadi aku dengan mat not jumpa puan hamidah (pengetua kamsis dato' onn 2) discuss pasal tender lukih mural kat bangunan pentadbiran kamsis, tingkat 2. sebelum tu, perjumpaan tentang buat tesis dengan lecturer aku, prof. anuar zainal abidin dibatalkan, so ronda-ronda dengan mat not kat pusaneka. boring, lepak kat bilik PKAP. tengah syok sembang, datang sorang awek itm, member ma dan yatie. dia dah puas cari balak untuk scene tv, interview program 'Kampus" (RTM). last dia suruh aku. woih! mana bule, aku mana reti. dia nak tanya pasal isu memendekkan tempoh blaja dari pat tawun ke tiga tawun yang tengah hangat di kalangan warga kampus seluruh malaysia. argh! sudah, aku ni dah la tak brapa tau ngat, pasal fakulti kitorang tak terlibat langsung, dah tu time tu aku pakai slepar je, "takpe tak masuk dalam gambar, kalu awak tak pakai sluo pon takpe!" krew dia nyampok. hah, bantai la korang. berterabur gak bila aku diinterviewkan. patutnya dia sediakan soalan untuk aku, last aku yang tolong karangkan untuk memudahkan aku menjawabnya balik... ooo gitu ghopanya orang buat audition kot... dua minggu lepas tu baru masuk tv. takdan aku nengok. ada orang bagitau mak aku, aku masuk tv... berbalik crita mural ni tadi, dua hari kendian kitorang stat melukih mural. ada ke patut dia nak gambo bunga-bunga je, sentimental betul nak buatnya, rasa cam buat untuk pusat jagaan kanak-kanak la pulak... lantak la janji ada income rm700.00. pagi petang siang malam aku pulun dengan mat not pasal nak cepat sebab exam dah banyak yang abih, bebudak pon dah ramai yang balik kampung, sunyi la pulak... jadik kami melalak la bedua menghiburkan hati di kala sepi.
* itu la kenangan yang membangkitkan nostalgia di kampus sedey bila tau mural tu dah takde...,
Jumaat, 7 Ogos 2009
Ogos 07, 2009
terokai seni
identiti, seni
2 comments
Related Posts:
DuNiaKu CaCaMerBa 12 10 Februari 2014, langkawi waktu bersembang dengan sorang nelayan, dalam rangka penyelidikan di langkawi, soklan aku "saya ni bukan orang yang mahir tentang laut... kalau la ditakdirkan saya hanyut di tangah laut... camn… Read More
DuNiaKu CaCaMerBa 15 tak pnah jumpa tapi dia bercerita macam dah kenal lama dan bersedia kongsi crita pribadi. kami hanya bersembang di bawah pokok disimbahi cahaya lampu jalan. "kawe ngisak (hisap dadah) 25 tahun doh, tapi tak pnoh ke dal… Read More
regal raptor selpi dengan gigi 3 layan se'round' 'jantan teristimewa' ni edisi pelengkap: https://www.facebook.com/akublues.koponblues/videos/2620463874638353/ … Read More
regal raptor jangan takut bini pesan kat geng kangkang tu... bawa la bini sesekali hihihiiii … Read More
DuNiaKu CaCaMerBa 14 20 - 30 ogos 2006 pertama kali ke luar negara, menuju ke australia yang perjalanannya memakan masa 6 jam agak membosankan. untungnya pada waktu itu, kami memperoleh keistimewaan penerbangan kelas pertama. tido pon diberika… Read More
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 zmn org suka mengomen:
mural tu dah takder.. saja diorang padamkan untuk bukak tender kat orang lain la pulak...
heheh...
apsal diorang tak panggil aku lagi
Catat Ulasan