Jumaat, 29 Jun 2018

Dari 'Amr ibnu Syu'aib dari ayahnya dari datuknya r.a, berkata Rasulullah saw bersabda:

"Makanlah kamu dan bersedekahlah serta berpakaianlah dengan tidak berlebih-lebihan dan tidak sombong."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2419.


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Temanku (Nabi saw.) menasihatkan kepada ku tiga perkara, yang tidak akan ku tinggalkan selama hidupku.

Pertama, puasa tiga hari setiap bulan.
Kedua, solat Dhuha.
Ketiga, tidur sesudah solat witir."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0619.


Dari Samurah bin Jundab katanya: "Telah bersabda rasulullah saw:

"Barang siapa meninggalkan solat Jumaat tanpa uzur, maka bersedekahlah dengan satu dinar atau dengan setengah dinar bagi yang tidak mampu."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1346.


Khamis, 28 Jun 2018

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Saya mendengar Rasulullah saw. berkata:

"Aturan hidup yang wajar itu ada lima: berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kumis dan mencabut bulu ketiak."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1683.


Dari 'Aisyah r.a., katanya Nabi saw. bersabda:

"Janganlah kamu memaki orang yang telah mati. Kerana sesungguhnya mereka telah menemui apa yang mereka amalkan (semasa hidupnya)."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0715.


Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: Seorang laki-laki datang menghadap Nabi s.a.w., lalu mohon izin kepada beliau untuk berjihad (perang). Beliau bertanya: "Apakah ibu bapa engkau masih hidup?" Jawabnya: "Masih!"

Beliau bersabda: "Maka berjihadlah mengurus kedua orang tua itu.".

Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1355.


Selasa, 26 Jun 2018

Hakim bin Hizam r.a. bertanya kepada Rasulullah saw., katanya: "Bagaimanakah pendapat Anda tentang perbuatan-perbuatan baik yang pernah ku lakukan pada masa Jahiliyah, seperti sedekah, memerdekakan budak dan menghubungkan silaturrahim, apakah semuanya itu mendapat pahala atau tidak?"

Jawab Rasulullah saw., "Anda masuk Islam berkat kebajikan-kebajikan yang telah Anda lakukan sebelumnya."

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0099.


TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak