Ahli syair berkata, “Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang menggunakan daya fikir mereka, menjauhkan diri daripada tipu daya dunia dan takut pada cubaan-cubaan. Mereka menjadikan dunia sebagai jambatan dan menjadikan amal soleh sebagai bahtera; melihat kepada hujung segala perkara dan selalu memikirkan akibatnya. Mereka tidak tertipu dengan manisnya tingkah lahiriyah.”
Allah SWT berfirman, “Tidak ada yang merasa aman daripada siksaan Allah selain orang-orang yang rugi.”
- (QS. Al-A’raf [7]: 99).
Oleh sebab itu, dalam Hadis Qudsi Allah berfirman kepada Nabi Muhammad SAW,
“Wahai Muhammad, sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang berdosa kerana Aku Maha Pengampun dan berikanlah peringatan kepada orang-orang yang benar bahawa Aku sangat waspada.”
“Wahai Muhammad, sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang berdosa kerana Aku Maha Pengampun dan berikanlah peringatan kepada orang-orang yang benar bahawa Aku sangat waspada.”
Imam Hasan Al-Bashri berkata, “Sesungguhnya, para wali Allah SWT diangkat pada darjat syurga Illiyyin kerana rasa takutnya. Rasa takutnya lebih tinggi daripada harapannya, agar tidak terjatuh oleh sifat basyariyah sehingga memutus perjalanan (rohaniahnya) akibat tidak waspada.”
Sebahagian para ulama berkata, “Kalau manusia dalam keadaan sihat, maka rasa takutnya harus lebih besar daripada pengharapannya; dan bilamana sakit, harapannya harus lebih besar daripada rasa takutnya.”
Nabi SAW bersabda, “Jika ditimbang rasa takut dan pengharapan seorang mukmin dua-duanya akan seimbang, tetapi bila sedang dicabut rahmatnya, maka pengharapannya pada Allah lebih besar.”
Renungkanlah firman Allah SWT, “Rahmat-Ku meliputi segala sesuatu.”
- (QS. Al-A’raf [7]: 156).
- (QS. Al-A’raf [7]: 156).
Dan, firman-Nya lagi dalam Hadis Qudsi, “Rahmat-Ku mendahului kemurkaan-Ku,” dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih.”
--Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Sirrul-Asrar.
0 zmn org suka mengomen:
Catat Ulasan