Jumaat, 21 Februari 2020

SYEKH Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan: “Engkau harus selalu ingat laparnya orang-orang yang kelaparan, telanjangnya orang-orang yang tak mempunyai pakaian, sakitnya orang-orang yang sakit, dan nestapa orang-orang yang terpenjara. Dengan demikian, engkau akan lebih memandang remeh cbaan-cbaan dan penderitaan yang kau alami sendiri.

Engkau harus ingat akan ilmu yang dimiliki Allah tentang dirimu, perhatian-Nya terhadap kesejahteraanmu, dan takdir yang telah ditetapkannya bagimu. Dengan begitu, engkau akan merasa malu di hadapan-Nya.

Manakala berbagai hal menjadi sangat sulit bagimu, engkau harus merenungi dosa-dosamu, berpaling daripadanya dan bertaubat, dan berkata kepada diri rendahmu sendiri: “Kerana dosamu, Rabb (Al-Haqq) telah membuat hidup menjadi sulit bagimu."

Jika engkau bertaubat atas dosa-dosamu dan melaksanakan kewajibanmu, Tuhan akan menganugerahkan kepadamu jalan keluar daripada setiap masalah dan setiap kesulitan yang sangat rumit; sebagaimana Dia telah mengatakan:

“Dan barangsiapa bertakwa kepada Allah, maka Allah akan mempersiapkan jalan keluar baginya, dan Dia akan memberikan rezeki kepadanya daripada sumber-sumber yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mencukupkan (keperluan)-nya.”

- (QS 65:2-3).
-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Jala Al-Khathir.

Related Posts:

  • MUTIARA HIKMAH UNTUK HIDUPMU SYEIKH Ibnu Atha'illah berkata, "Engkau hendaknya berfikir untuk melakukan amal sebaik mungkin, tidak banyak mungkin. Banyak amal jika tidak dilakukan dengan baik adalah seperti pakaian yang banyak jumlahnya, tapi harganya … Read More
  • MEMAHAMI MAKNA IKHLAS BERAMAL MENURUT Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, keihkhlasan merupakan pangkal diterimanya ibadah. Kerana itu, pada setiap kali majlis pengajian beliau di madrasahnya di Baghdad, tema ikhlas dalam beribadah menjadi pokok bahasan utam… Read More
  • PESAN IMAM SYAFI'I "Pandangan simpati menutup segala cela, sebagaimana pandangan benci menampakkan segala cacat." … Read More
  • JAUHKAN DIRI DARIPADA PERASAAN IRI HATI DAN DENGKI SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani memberi nasihat: “Wahai orang-orang yang beriman mengapa engkau merasa iri terhadap tetanggamu yang hidup senang, yang memperolehi rahmat daripada Tuhannya. Tidakkah kau tahu bahawa yang demi… Read More
  • BELAJAR MAKNA YAKIN DAN TAWAKAL SYEIKH Ibnu Atha’illah mengirim surat kepada sahabatnya:  “Barangsiapa yang yakin bahawa Allah menyuruhnya melakukan ibadah, pasti ia bersungguh-sungguh menghadap-Nya. Barangsiapa mengetahui bahawa segala urusan… Read More

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

356,887

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak