Jika ada dua orang datang ke rumah anda dan berhajatkan kepada sedikit daripada harta anda. Siapakah yang anda akan dahulukan untuk mendapatnya ?
1) Pengemis yang memohon sedekah
2) Sahabat yang ingin berhutang
2) Sahabat yang ingin berhutang
PENCERAHAN :
Orang yang meminta sedekah biasanya akan meminta daripada semua orang yang ditemuinya, samada kenal atau tidak. Kalau dapat, dapatlah. Jika tak dapat, dia pergi kepada orang lain. Tetapi bila seseorang mahu meminjam atau berhutang dengan seseorang biasanya dia akan fikir dulu masak-masak dengan siapa dia boleh berhutang.
Orang yang meminta sedekah biasanya akan meminta daripada semua orang yang ditemuinya, samada kenal atau tidak. Kalau dapat, dapatlah. Jika tak dapat, dia pergi kepada orang lain. Tetapi bila seseorang mahu meminjam atau berhutang dengan seseorang biasanya dia akan fikir dulu masak-masak dengan siapa dia boleh berhutang.
Biasanya orang ini akan hanya pergi berjumpa dengan orang yang dia rasa boleh memberi hutang itu. Orang yang berhutang ini biasanya sangat berhajat untuk menggunakan duit itu bagi membeli sesuatu keperluan atau melunaskan sesuatu bayaran. Dalam kata lain, orang tidak akan berhutang kalau tak desperate (terdesak)
"Pada malam Isra’ Mikraj, aku melihat tulisan di atas pintu syurga: “Pahala sedekah ialah 10 kali ganda dan pahala memberi hutang ialah 18 kali ganda”. Aku bertanya Jibril, “Kenapa memberi hutang lebih banyak pahalanya daripada sedekah?” Jawabnya, “Kerana orang yang meminta sedekah dalam keadaan meminta sedangkan dia mempunyai harta. Sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjaman kecuali kerana sesuatu keperluan.” (HR : Ibn Majah & Baihaqi).
"Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah, bertambah... bertambah."
(HR : At-Tirmizi)
(HR : At-Tirmizi)
KREATIF BERSEDEKAH :
1. Beli minyak wangi, tasbih, sejadah atau al-quran dan letakkan di masjid, surau atau musolla di pasaraya atau di R & R. Pasti akan ada orang yang akan menggunakannya.
2. Belilah beberapa buah kerusi lipat yang berkualiti, dan letakkan d dalam masjid. Supaya dapat digunakan orang yg memerlukannya.
3. Beli makanan khas untuk burung-burung ada dijual di kedat pets. Letakkan pada bekas yang khas dan gantung di pokok bunga. Anda akan seronok melihat burung warna-warni berkicau riang tanda bersyukur.
4. Setiap kali gaji keluar sediakan peruntukan khas untuk d sumbangkan sedikit kpd anak yatim atau fakir miskin. Atau simpan untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid pada hari Jumaat nanti.
5. Maaf... sambil anda duduk mencangkung di tandas awam seperti di stesyen minyak, apa salahnya anda ambil hos getah pancutkan air bersihkan lantai tandas tersebut.
6. Lepas makan, basuh pinggan sendiri. Kalau ada pinggan mangkuk yang kotor dan tidak di basuh oleh room mate basuhkan sajalah tanpa banyak merungut.
7. Berhenti di simpang yang tiada lampu isyarat, berilah orang lain jalan dahulu. Jika kita memandu di sebelah lorong kanan dan ada kenderaan dari arah belakang memberi isyarat untuk memotong kita, beri sajalah sebab mungkin dia dalam keadaan kecemasan atau tergesa-gesa sakit perut nak terbuang air besar @ nak terkucil ke...
8. Sambil duduk-duduk di atas karpet masjid atau surau ketika mendengar kuliah atau tazkirah, carilah sampah-sampah kecil seperti benang stokin orang, batu-batu kecil dan seumpamanya masukkan dalam poket anda sementara. Kemudian buang dalam tong sampah bila kita keluar masjid atau surau tersebut.
9. Susun selipar atau kasut orang yang pergi ke masjid atau surau siap sedia menghala ke arah jalan. Supaya memudahkan orang untuk memakainya tanpa perlu memusingkan badannya seperti selalu.
10. Sebarkan peringatan ini seberapa banyak kedalam group dari pelbagai media sosial yang kita ada link padanya. Kerana usaha anda tersebut akan diteruskan pula oleh orang lain begitulah seterusnya sehingga setiap kali orang membacanya anda akan juga dapat saham akhiratnya.
Insya-Allah
0 zmn org suka mengomen:
Catat Ulasan