Khamis, 27 Februari 2020

Assalamualaikum..
Ulama hari ini hidup senang di sisi pemerintah... kerosakan dibiarkan maharajalela... Jalan Yang Ditempuh Oleh Ulama-Ulama Sebenar dalam menegakkan Agama Islam.

Imam Syafie
- Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.

Imam Hanafi
– Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.

Imam Maliki
- Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

Imam Hanbali
- Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

Sufyan Ath-Thauri
- Seorang wali Allah yang termasyhur. diburu oleh pemerintah kerana ketegasannya menasihati pemerintah tanpa takut dihukum. B


eliau meninggal dunia di dalam persembunyian.

Said bin Jubair
- Seorang wali Allah yang dikasihi. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

Abu Yazid Al Bustami
- Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.

Abul Husin An Nuri
- Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

Imam Nawawi
- Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

Semoga Allah SWT merahmati roh mereka.
Wallahhua'lam.

Related Posts:

  • Islam memuliakan Nabi Musa pada hari asyura Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Ketika Rasulullah saw. belum lama tiba di Madinah, didapatinya orang-orang Yahudi puasa pada hari 'Asyura. Lalu mereka ditanya perihal itu (apa sebabnya mereka puasa pada hari itu). Jawab me… Read More
  • kasih kerana iman mesti takde batas “Tidak sempurna iman seseorang itu dari kalangan kamu, sehingga dia mencintai saudaranya (sesama muslim) sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” Al Bukhari (13), Muslim (43), At-Tirmidzi (2515), Ibn Majah (66), An-Na… Read More
  • contohi sahabat Nabi puasa asyura Dari Ibnu Umar r.a., katnya: "Nabi saw. puasa pada hari Asyura dan beliau perintahkan mempuasakannya. Setelah puasa Ramadhan diwajibkan ditinggalkannya (puasa Asyura). Dan biasanya Abdullah (Ibnu Umar) tidak puasa pada… Read More
  • sejarah pada hari as-syura Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Ketika Nabi saw. tiba di Madinah, beliau melihat orang-orang Yahudi puasa pada hari Asyura, Nabi saw. bertanya, "Hari apa ini?" Jawab mereka, "Hari ini hari yang baik. Pada hari ini Allah mel… Read More
  • jangan lupa kawan Daripada an-Nu'man bin Basyir RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan seseorang Mukmin sesama Mukmin dalam hal saling mencintai, mengasihi dan menyayangi seumpama satu badan. Apabila ada salah satu an… Read More

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

366,239

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak