
Pada minggu pertama di universiti, saya didatangi satu kumpulan mahasiswi bertudung labuh. Saya tersengih-sengih sahaja tatkala mereka memujuk saya untuk menutup kaki. "Pakailah stokin macam kami. Insya-Allah, nanti kaki kita cantik dan lembut sebab tak kena debu-debu jalan." Begitu pesan mereka. Begitu berhikmah sekali. Langsung tidak disebut tentang dosa dan neraka, barangkali kerana mereka yakin saya sudah mengetahuinya. Malangnya, hati saya tetap tidak terkesan dengan kaedah psikologi yang mereka gunakan. Masya-Allah.. betapa kerasnya hati ini. 

Bila suami tengok saya tak pakai setokin bila keluar, dia tak marah. Cuma dia buat muka bad mood dan tak nak bercakap dengan saya. Sekali..dua kali.. saya buat tak tahu saja. Tapi dia terus 'boikot' saya setiap kali saya keluar tak pakai setokin. Lama kelamaan, saya jadi rimas dengan 'penyepiannya'. Maklumlah, saya ni jenis suka bercerita. Kalau dia buat tak tahu saja bila saya cakap, aduhai..betapa menderitanya!

Sahabat yang baik.. Sekadar mengulangi pesanan yang pernah saya terima.. "Kalau Allah dah suruh tu, kita buat sahajalah!" Memang betul, kan? Buat apa kita nak lawan, buat apa kita nak tunjuk keras kepala kita?

Ayuh pujuk hati sendiri.. bantu diri kita untuk mendapat tiket ke syurga-Nya. Mana tahu, mungkin niat sekecil memakai setokin ini yang menjadi asbab kita mendapat rahmat dan hidayah dari-Nya. Kalau semalam, kita tidak menutup kaki, mulakannya hari ini. Sekurang-kurangnya kita sudah pun menjadi orang beruntung yang punya hari lebih baik dari semalam.. seperti yang disebut oleh Baginda Nabi.
Jom pakai setokin mulai hari ini.. Ikhlas atau tidak belakang kira.. yang penting, ia wajib hukumnya.. Tutup aurat jika tidak ikhlas mungkin tidak mendapat pahala.. namun, sekurang-kurangnya, kita tidak berdosa! Kita cuba ya..
#SobahulKhair
Credit to Mohamad Fadzil Haji Kamarudin
0 zmn org suka mengomen:
Catat Ulasan