Rabu, 19 Jun 2019


مِنْ عَلاَمَاتِ مَوْتِ الْقَلْبِ عَدَمُ الْحَزْنِ عَلَى مَا فَاتَكَ مِنَ الْمُوَافَقَاتِ. وَتَرْكُ النَّدَمٍ عَلَى مَا فَعَلْتَهُ مِنْ وُجُوْدِ الزَّلاَّتِ.
DI ANTARA tanda matinya hati adalah tidak adanya rasa sedih atas ketaatan yang kau lewatkan dan tidak adanya rasa sesal atas dosa yang kau lakukan.
-- Syeikh Ibnu Atha'illah, Al-Hikam.

Sahabatku, menurut Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi, di antara tanda hidupnya hati adalah saat keluarnya Cahaya Ilahi daripada kalbumu. Walaupun sebenarnya engkau belum mendapatkan cahaya itu sepenuhnya, kerana tebalnya hijab yang terdapat dalam dirimu.

Jika dirimu tidak merasa sedih kerana tak mahu mengerjakan perintah solat, puasa, zakat, sedekah, zikir dan perintah ALLAH lainnya maka sejatinya hatimu telah mati.

Begitu juga jika dirimu tak pernah menyesali atas perbuatan salah dan dosa yang pernah kau lakukan maka itu adalah bukti kematian hatimu juga.

Kesedihanmu atas ketaatan yang terlewatkan dan penyesalan atas kesalahan yang telah engkau lakukan atau kebahagiaanmu atas amal-amal baikmu dan kesedihanmu atas amal-amal buruk membuktikan bahawa kau termasuk ahli iradah (orang yang dikehendaki dan dicintai ALLAH). Maka, berusahalah untuk beramal soleh dan jangan bermalas-malasan.

Fikir-fikirkanlah, renung-renungkanlah!
-- Disarikan daripada Al-Hikam karya Syeikh Ibnu Athaillah, syarah Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.

Related Posts:

  • HAKIKAT SYUKUR NIKMAT TERHADAP ALLAH SWT MENURUT Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, dalam pandangan ahli hakikat, syukur adalah mengakui nikmat yang diberikan oleh Sang Pemberi nikmat secara khusus. Allah menyebut diri-Nya sebagai “Yang Maha Mensyukuri” (Asy-Syakur) … Read More
  • SEMUA INDAH PADA WAKTUNYA SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan: "Sungguh aneh jika kau marah kepada Rabb-mu, menyalahkan-Nya dan menganggap Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Agung telah bertindak tak adil, dianggap telah menahan rezeki, dan ta… Read More
  • HIDUP INI HANYA PINJAMAN SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan, “Engkau melakukan perbuatan penduduk neraka, tetapi engkau mengharapkan syurga! Sungguh, kalian hanya mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. Jangan tertipu dengan pinjaman yang k… Read More
  • POHON DAN AIR KEHIDUPAN ROHANI SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan: "Fikirkanlah terlebih dahulu akibat buruk atas apa yang kau lakukan. Agar kau lebih mudah meninggalkan yang buruk. Selama ini kau masih berlindung di bawah pohon lupa. Kerana itu… Read More
  • RISALAH CINTA SANG SYEIKH SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani menulis surat kepada sahabatnya, sebagai nasihat bagi perjalanan jiwanya:  "Sahabatku!Ketika kilatan-kilatan cahaya musyahadah memancar dari awan-awan gambaran peribadinya yang menegas… Read More

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

365,537

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak