Selasa, 2 April 2019

“Nabi SAW bersabda, ‘Perbaharuilah imanmu dengan lâ ilâha illallâh’.
- (HR Ahmad).

Itu menunjukkan bahawa sesungguhnya debu maksiat dan noda dosa akan menempel pada dirimu. Tak semua tempelan noda itu boleh dibersihkan dengan air. Namun, ada noda yang hanya dapat dibersihkan dengan api. Sama dengan emas yang mengandungi campuran palsu yang harus dimurnikan dengan api. Begitu pula dengan keadaan orang yang melakukan maksiat. Mereka tidak dapat masuk syurga sebelum dimurnikan oleh api neraka.”

-- Syeikh Ibnu Atha’illah dalam kitab Taj Al-‘Arus.

Muhammad Najdat menjelaskan, dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Thabrani, Rasulullah SAW bersabda, 

“Iman dapat menjadi usang di hati kalian seperti pakaian. Kerana itu, mintalah kepada Allah agar Dia memperbaharui iman dalam hati kalian.”
Bersihkan kalbumu dengan bacaan lâ ilâha illallâh. Orang yang meyakini kalimat itu perlu memenuhi hatinya hanya dengan Allah. Tidak ada sesuatu pun yang lain selain Allah dalam hatinya.
Ketika hatinya diisi oleh sesuatu selain Dia, bererti ia telah mengotori dan merosak kesucian hatinya serta kemurnian keyakinannya, sehingga ia harus memperbaharuinya dengan mengucapkan kalimat tauhid 'lâ ilâha illallâh'. Sebab mengucapkan kalimat tauhid tersebut secara terus menerus dapat memperbaharui iman yang terdapat dalam hati sekali gus menerangi dan membuatmu lebih yakin.”

– Syeikh Ibnu Atha’illah dalam kitab Taj al-‘Arus, syarah oleh Dr. Muhammad Najdat.
 

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak