Wahai orang yang mempunyai cita-cita yang tinggi! Adakah anda sudah meninggalkan kelazatan duniawi yang tidak ada nilai langsung lagi hina, supaya anda tercapai apa yang tidak pemah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di dalam hati manusia?
Wahai permata indah yang dicampakkan ke tempat pembuangan sampah! Wahai permata delima yang dijualkan dengan harga yang murah! Adakah anda telah menjualkan keredaan-Nya dengan kemurkaan-Nya? Syurga dengan Neraka? Adakah anda itu musuh kepada diri anda sendiri atau menjadi sahabatmu? Maka sesungguhnya anda telah melontarkannya pada setiap bala dan musibah, sedangkan jika musuh anda bekerjasama dengan diri anda sebahagian daripada apa yang telah anda lakukan, sudah tentu mereka akan mendapat sebahagian daripada rahmat-Nya.
“Hanya kepada Engkaulah sahaja (ya Allah) kami beribadah, dan hanya kepada Engkau saja kami memohon pertolongan.”
Wahai orang yang menghadapkan hatinya kepada pengaruh cengkaman alam benda yang palsu ini (aghyar)! Sucikanlah hatimu dengan air istighfar. Campurkanlah ia pada kali yang ketujuh untuk menyucikan najis ini dengan tanah tazallul (tunduk patuh) dan inkisar (lebur hati / rasa rendah diri). Janganlah anda menghadapkan hatimu kepada yang lain melainkan kepada Dia saja. Janganlah anda jatuhkan kehinaan dan inkisarmu (rasa rendah dirimu) itu kecuali di hadapan-Nya saja.
- Syeikh Daud bin Syeikh Wan Abdullah Al-Fattani radhiallahu ‘anhu.
0 zmn org suka mengomen:
Catat Ulasan