Isnin, 25 Mac 2019

AL-FAQIHl Muhammad bin Abdurrahman Mazru’ bertanya, “Mengapa seseorang lebih cenderung kepada makhluk dan bagaimana jalan menuju selamat dari jalan itu?”
Sayyid Abdullah bin Alwi Al-Haddad, menjawab: “Ketahuilah bahawa hal tersebut disebabkan oleh lemahnya keyakinan. Dan, ubat yang dapat menyelamatkan daripada hal tersebut adalah keyakinan yang kuat.

Pertama, merenungkan ayat-ayat Al-Qur’an yang berbicara, yakni ayat-ayat Al-Qur’an dan merenungkan ayat-ayat yang diam, yakni keajaiban-keajaiban alam yang di atas atau yang di bawah. Dan, ini oleh Al-Muhaqqiqin (para peneliti) dinamai dengan al-fikr (berfikir).
Kedua, mendidik jiwa dan menjernihkan cermin hati dengan riyadah (olah jiwa) yang benar dan kesungguhan dalam bermujahadah, sehingga tajalli Allah (tercermin) dalam kalbunya. Aspek kedua ini yang paling diutamakan oleh kaum Sufi. Semoga Allah merahmati mereka semua.

Janganlah engkau kira, yang dimaksud dengan keyakinan adalah akidah yang kukuh. Kerana hal itu telah ada dalam diri orang Mukmin pada umumnya, tetapi kecondongan terhadap makhluk tetap ada pada diri mereka. Yakin yang dimaksud di sini adalah cahaya Rabbani (keTuhanan) yang memenuhi hati dan menguasainya. Sehingga ketika itu ia tidak melihat selain Allah, bahkan tidak melihat dirinya sendiri apalagi orang lain di alam ini.

Termasuk ubat yang bermanfaat untuk mengubati kecintaan terhadap makhluk adalah mengingati selalu bahawa setiap makhluk tidak memberi manfaat untuk dirinya dan juga tidak dapat menolak mudarat yang datang pada dirinya. Adakah yang lebih lemah daripada sosok yang sifatnya seperti ini?


Apakah baik bagi seseorang yang berakal sempurna mencintai makhluk yang sifatnya seperti itu? Tentu tidak, itu hanyalah prasangka yang mengungkapkan kelemahan iman. Maka, mulailah memperkuatkan keyakinanmu, mudah-mudahan engkau selamat daripada kelemahan iman!”


-- Sayyid Abdullah bin Alwi Al-Haddad dalam kitab An-Nafais Al-‘Uluwiyyah fi Masail. Ash-Shufiyyah.

Related Posts:

  • ya qaaaaadhial hajatttttt"Janganlah kamu mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar … Read More
  • hebat ke MENATANG ni?satu malam kami bersembang perihal gigi. maklum le dia ni amik course pergigian. daripada cerita karang gigi, gusi turun, gigi palsu, ikat gigi, pembedahan hingga ke tanam gigi. "ko tau, sekarang ni ada teknologi baru tanam … Read More
  • melayu 'singa' pura-pura?sambil lipat baju, layan blog. hari ni ponteng, letih gila. ada meeting, minta tolong member ganti. dia tak sanggup sebab takde maklumat lengkap. aku pon sebenarnya diminta hadir gantikan bos. takpe, nanti aku jawab la. (kop… Read More
  • jangan ganggu aku lagikkkk jadual cuti khamis bangun pagi, basuh baju dulu (bukan aku yang basuh, mesin yang basuh) dok kat belakang, pasang jaring pagar grill belakang (kami pakat kongsi sama dua baris rumah teres untuk buat pagar lorong. tapi d… Read More
  • menang? yeps... jangan antiklimaks k!makin garang nampak... kali ni team bola kita tak toleh belakang... walopon dapat banyak bonus dorang lebih kemaruk untuk terus menang... syabas le pasukan kita. lepas ni kita memang tak perlukan jurulatih cenggini hanya unt… Read More

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

366,709

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak