Isnin, 5 November 2018

dah lama tak crita antu, kan?


tapi pengalaman hok ni tak la brantu sangat... ala-ala misteri nusantara je...

waktu aku berombongan membuat penyelidikan di langkawi, kami pergi ke sebuah perkuburan melayu lama. kalu tak silap kubur itu telah dipindahkan dari tempat lama ke kawasan baru. kami meneliti nisan yang ada. tak banyak yang menarik nak diperkatakan tentang misteri sejarahnya kerana kami hanya menemui dua atau tiga je nisan batu acheh yang menunjukkan kubur berkenaan begitu lama usianya. satu daripadanya telah patah. tulisan jawi yang ada pada batu nisan agak sukar dibaca.

setelah lama di situ, semua orang bersedia nak balik, tetiba aku jumpa sebilah parang tak berhulu tercacak di sebuah bongkah seakan busut kecil. aku segera laungkan pada rakan-rakan dan menunjukkan minat nak mengambilnya... saja nak perangatkan kengkawan... ada sorang member yang kununnya ble nampak makhluk halus mengatakan, "hek eleh, ni keja orang tikam nombor ni..." kengkawan lain mula memberikan macam-macam reaksi. sorang daripada kami suh tanya otai muzium yang dah besa dengan hal mistik.

"sudah-sudah la tu... jom kita balik!" dia kabo. aku saja provoke lagi mengajak dia mencabut parang tu. "arghhh! tanak la aku... kalu korang nak, amik la... apa-apa hal korang tanggung!" keh8x sapa brani cari penyakit? ni kubur lama ni... tapi kalu mat salleh mungkin dorang rembat je sebab dorang takde tahyul!

pada malam tu, ketika tido sorang geng pompuan kami tersedo di tengah malam kerana terdengo beberapa lelaki berjubah tersilap bilik katanya di dalam bilik rumah inap desa. kumpulan lelaki tu terus beredar. sedang esoknya mula kedengaran crita daripada brader otai ni tadi. dia didatangi mimpi sorang lelaki melayu berjubah dalam 4 kaki lebih... kecil je tubuhnya lalu  bertanya "ko nak ke parang tu? parang tu aku punya" kata member aku, "tak la... kami tengok je" dan crita itu mula berkait dengan pengalaman geng pompuan ni tadi... tapi takde sapa dapat merumuskan peristiwa tu... tinggallah dalam lipatan misteri yang mengantui memori memasing je.
 
 

Related Posts:

  • asal azan je... nak masuk tandas ishhh!! Dari Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah saw pernah bersabda: "Jika seorang muadzin sedang berazan, maka syaitan segera melarikan diri dan dia meninggalkan bunyi yang amat bising sampai dia tidak bisa mendengarkan … Read More
  • jangan lupo doa masuk tandas dari Anas bin Malik R.A. dia berkata: Apabila Rasulullah S.A.W. memasuki tempat buang air, beliau mengucapkan: "Allaa-humma innii a'uudzu bika minal khubutsi wal khabaaits-Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu dari sya… Read More
  • MIMPI buruk, LUDAH kiri Dari Abu Qatadah r.a., dari Rasulullah saw. sabdanya: "Mimpi yang baik datang dari Allah, dan mimpi yang buruk dari syaitan. Maka siapa bermimpi yang dibencinya, hendaklah dia meludah ke kiri, kemudian berlindung kepa… Read More
  • minum air masak mati tau Dari Ibnu Sirin bahawa Abdullah ibnu Yazid Al-Khatmy berkata: "Umar ibnu Khathab pernah mengirim surat kepada kami. Dalam suratnya itu dia mengatakan: "Masaklah minumanmu sehingga telah hilang bahagiannya untuk syaitan dar… Read More
  • makan tido dengan Setan... huh! Dari Jabir bin 'Abdullah r.a. katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Apabila seseorang membaca Basmalah ketika hendak masuk rumah dan ketika hendak makan, maka berkata syaitan kepada kawannya. "Malam ini ti… Read More

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

356,930

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak