Jumaat, 29 Jun 2018

Dari 'Amr ibnu Syu'aib dari ayahnya dari datuknya r.a, berkata Rasulullah saw bersabda:

"Makanlah kamu dan bersedekahlah serta berpakaianlah dengan tidak berlebih-lebihan dan tidak sombong."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2419.


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Temanku (Nabi saw.) menasihatkan kepada ku tiga perkara, yang tidak akan ku tinggalkan selama hidupku.

Pertama, puasa tiga hari setiap bulan.
Kedua, solat Dhuha.
Ketiga, tidur sesudah solat witir."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0619.


Dari Samurah bin Jundab katanya: "Telah bersabda rasulullah saw:

"Barang siapa meninggalkan solat Jumaat tanpa uzur, maka bersedekahlah dengan satu dinar atau dengan setengah dinar bagi yang tidak mampu."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1346.


Khamis, 28 Jun 2018

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Saya mendengar Rasulullah saw. berkata:

"Aturan hidup yang wajar itu ada lima: berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kumis dan mencabut bulu ketiak."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1683.


Dari 'Aisyah r.a., katanya Nabi saw. bersabda:

"Janganlah kamu memaki orang yang telah mati. Kerana sesungguhnya mereka telah menemui apa yang mereka amalkan (semasa hidupnya)."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0715.


Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: Seorang laki-laki datang menghadap Nabi s.a.w., lalu mohon izin kepada beliau untuk berjihad (perang). Beliau bertanya: "Apakah ibu bapa engkau masih hidup?" Jawabnya: "Masih!"

Beliau bersabda: "Maka berjihadlah mengurus kedua orang tua itu.".

Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1355.


Selasa, 26 Jun 2018

Hakim bin Hizam r.a. bertanya kepada Rasulullah saw., katanya: "Bagaimanakah pendapat Anda tentang perbuatan-perbuatan baik yang pernah ku lakukan pada masa Jahiliyah, seperti sedekah, memerdekakan budak dan menghubungkan silaturrahim, apakah semuanya itu mendapat pahala atau tidak?"

Jawab Rasulullah saw., "Anda masuk Islam berkat kebajikan-kebajikan yang telah Anda lakukan sebelumnya."

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0099.


Dari Mu'awiyah r.a., katanya: "Hindarilah hadis-hadis palsu, kecuali hadis-hadis pada masa Umar bin Khaththab. Sesungguhnya Umar sangat ditakuti orang mengenai hukum-hukum Allah, apalagi mengenai hadis-hadis palsu, (kerana tindakannya tegas).

Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda : "Siapa yang dikehendaki Allah menjadi (orang) baik, maka diberi-Nya orang itu pengetahuan yang dalam tentang agama."

Dan aku mendengar pula Rasulullah saw. bersabda: "Aku ini adalah seorang bendahari. Maka siapa yang kuberi (sedekah) dan diterimanya dengan hati bersih, maka dia akan beroleh berkat dari harta itu. Tetapi siapa yang kuberi kerana meminta-minta dan rakus, maka dia seperti orang makan yang tak pernah kenyang."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0995.




Dari 'Umar bin Khaththab r.a., katanya: "Aku pernah menghibahkan (menyumbangkan) seekor kuda bagus kepada seorang prajurit yang berjuang fi sabilillah, tetapi disia-siakan oleh prajurit itu. Aku menduga, mungkin dia mahu menjualnya kembali dengan harga murah. Lalu aku bertanya kepada Rasulullah saw., "Apakah aku boleh membelinya kembali?"

Sabda beliau, "Jangan engkau beli, dan jangan engkau utik-utik kembali sedekah yang telah engkau berikan. Siapa yang mengambil sedekahnya kembali, tak ubahnya seperti anjing yang menjilat muntahnya."

Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1595.


Isnin, 25 Jun 2018

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Bukanlah bernama miskin, orang yang pergi berkeliling ke sana ke mari meminta-minta kepada orang banyak, lalu diberi mereka satu-dua suap atau satu-dua kurma. Tetapi yang bernama miskin itu ialah, orang yang tidak memperoleh kekayaan yang mencukupi bagi keperluan hidupnya sehari-hari, tidak pula ada orang yang mengerti keadaannya, lalu memberinya sedekah, dan tidak pula pergi meminta-minta kepada orang banyak. "

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0764.


Dari Umar r.a., katanya: "Siapakah yang hafal sebuah hadis dari Nabi saw. berkenaan dengan fitnah?" Jawab Hudzaifah, "Aku mendengar beliau bersabda:

"Fitnah seseorang dalam keluarganya, dalam hartanya dan tetangganya, dapat ditutup (dihapuskan) oleh solat, puasa dan sedekah."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0929.




Dari Pamannya Ubaidullah ibnu Ka'b berkata: "Aku telah mendengar ayahku Ka'ab ibnu Malik berkisah, bahawasanya ia berkata pada Rasulullah saw: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah telah menolongku dengan kejujuran, dan sesungguhnya sebagai tanda syukurku pada Allah atas diterimanya taubat ku, aku hendak memberikan hartaku sebagai sedekah untuk Allah dan Rasul-Nya".

Sabda beliau: "Tahanlah sebahagian harta mu untuk mu, kerana itu lebih baik untukmu."Jawab ku: "Kalau begitu, aku akan menahan bahagian ku yang aku peroleh dan perang Khaibar."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 3684.


Rabu, 13 Jun 2018

Dari Ummu 'Athiyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. menyuruh kami pada hari raya Idul Fitri dan 'Idul Adha supaya membawa wanita-wanita muda dan para gadis dan wanita haid sekalipun, supaya keluar kelapangan untuk solat 'Id. Adapun wanita haid mereka tidak ikut solat, tetapi ikut merayakan serta mendoa bersama-sama kaum muslimin.

Katakan kepada Rasulullah saw., "Di antara mereka ada yang tidak punya baju untuk menghadirinya."

Jawab Rasulullah saw., "Suruh pinjam baju saudaranya."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0837.


dari Aisyah r.a.: Abu Bakar datang kepadanya sedang Nabi s.a.w. di dekatnya pada hari raya Fitri atau Adha. Dan di dekat Aisyah ada dua orang biduanita yang menyanyikan lagu orang Ansar di hari Buats (hari atau tempat yang dirayakan sebelum Islam). Abu Bakar berkata: "Bunyi-bunyian syaitan". Dikatakannya dua kali.

Sabda Nabi: "Biarkanlah keduanya (keduanya melagu dan memetik gitar) hai Abu Bakar! Tiap-tiap kaum ada hari rayanya. Dan hari raya kita hari ini".

Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1558.


Dari Nu'man Ibnu Basyir katanya: "Biasanya Rasulullah saw membaca surah Al-'Ala dan Al-Ghoosiyah ketika solat ledul Fitri, ledul Adha dan solat Jumaat. Sampai pun bila hari raya ledul Fitri ataupun ledul Adha terjadi pada hari Jumaat, maka beliaupun membaca kedua surah itu di dalam solat hari raya dalam solat Jumaat."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1542.


Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Pada suatu ketika aku berjalan bersama-sama dengan Rasulullah saw. Ketika itu beliau memakai selendang buatan Najran yang tebal pinggirnya. Tiba-tiba seorang Arab dusun mendapatkan beliau, lalu ditariknya selendang Nabi itu sekuat-kuatnya, sehingga ku lihat pinggir selendang itu membekas di leher Rasulullah saW., kerana kuatnya tarikat orang itu. Kemudian orang itu berkata, "Hai, Muhammad! Perintahkanlah (kepada bendahari anda) supaya aku diberinya harta yang ada dalam pengawasanmu!"

Rasulullah menoleh kepada orang itu sambil tertawa. Kemudian diperintahkan oleh beliau supaya orang itu diberi (sedekah)."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1018.


Dari Abu Wa-il dari Qais ibnu Abu Gharazah ra. berkata: "Rasulullah saw datang kepada kami ketika kami sedang berjualan di pasar, beliau bersabda:

"Sesungguhnya jual beli ini sering dicampuri omongan kosong dan kebohongan, kerana itu campurilah ia dengan sedekah."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 3656.


maksudnya : Hannad menceritakan kepada kami, Abu Muawiyah memberitahukan kepada kami dari Al-A'masy, dari Amr bin Murrah dari Salim bin Abilja'd dari Ummu Darda' dari Abu Darda' berkata :"Rasulullah SAW bersabda :

"Mahukah aku memberitahukan kepada mu perbuatan yang lebih utama daripada darjat puasa, solat dan sedekah ?" Mereka menjawab :"Ya".

Beliau bersabda :"Mendamaikan orang-orang bertikai, kerana rosaknya perpecahan adalah pencukur".

Ini hadis sahih dan diriwayatkan dari Nabi SAW bahawa beliau bersabda :"Ia adalah pencukur" aku tidak mengatakan mencukur rambut tetapi mencukur agama".

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2627.


Selasa, 12 Jun 2018

Al-Hasan bin Ash-Shabbah Al-Bazzar menceritakan kepada kami, 'Abdush Shamad bin 'Abdul Warits memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Tsawab bin 'Utbah dari 'Abdullah bin Buraidah dari ayahnya dimana dia berkata: "Nabi s.a.w. tidak keluar pada hari raya Fitrah sebelum makan; dan beliau tidak makan pada hari raya Qurban sebelum selesai solat."

Masalah yang sama juga diriwayatkan dari 'Ah dan Anas. Abu 'Isa berkata: "Hadis Buraidah bin Khushaib AJ-Aslami ini adalah hadis hasan gharib. Muhammad berkata: "Saya tidak mengetahui hadis yang berasal dari Tsawab bin 'Utbah selain hadis tersebut diatas."

Sekelompok ulamak memilih untuk tidak keluar pada hari raya Fitrah sebelum makan sesuatu. Disunatkan bagi seseorang untuk makan buah korma; dan tidak makan sesuatu pada hari raya Qurban sebelum kembali dari solat.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0540.




Mewartakan kepada kami Abu Marwan Al-'Utsmaniy, mewartakan kepada kami Ibrahim bin Sa'ed, dari Az-Zuhriy, dari Sa'id bin Al-Musayyab, dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda;

"Bila kamu sekalian melihat Hilal, maka berpuasalah. Dan bila kamu sekalian melihatnya, maka berbukalah -berhari Raya-. Maka kalau terjadi mendung, maka berpuasalah 30 (tigapuluh) hari".

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1655.


Dan Anas bin Malik katanya: "Bagi masyarakat jahiliyah mempunyai dua hari raya setiap tahun, yang mana di dua hari raya itu mereka melakukan berbagai permainan. Ketika Nabi saw tiba di kota Madinah, maka beliau bersabda:

"Kalau dahulu kalian mempunyai dua hari raya yang kalian meramaikan kedua hari raya itu dengan berbagai permainan, maka kini Allah telah menggantikan kedua harinya itu dengan dua hari raya yang lebih baik, iaitu hari raya iedul fitri dan iedul Adha".

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1530.


Dari Abdullah katanya: "Rasulullah saw pernah bersabda:

"Mungkin kalian akan mendapatkan suatu kaum yang suka mengakhirkan solat hingga di luar waktunya. Jika kalian mendapatkan mereka, maka kerjakan solat tepat pada waktunya, kemudian ikutlah solat bersama mereka dan jadikan solatmu bersama mereka sebagai sedekah."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 1. Hadis Nombor 0758.


Dari Ibnu Abbas R.A. dari Nabi S.A.W. beliau bersabda:


"Apabila seorang suami menyetubuhi isteri sedangkan dia haid, maka dia bersedekahlah setengah dinar."


Kata Abu Daud: Demikianlah kata Ali bin Badzimah dari Mi-qsam dari Nabi S.A.W., dan ini Hadis Mursal.

Hadis Sunan Abu-Daud Jilid 1. Hadis Nombor 0259.


Mewartakan kepada kami Ya'kup bin Humaid bin Kasib, mewartakan kepada kami Al-Mughirah bin 'Abdurrahman dari 'Abdullah bin Su'id bin Abu Hind, dari Ziyad bin Abu Ziyad, Maula ibnu 'Ayyasy, dari Abu Bahriyyah, dari Abud-Darda-, bahawasanya Nabi saw. bersabda:

"Mahukah aku beritahukan kepada kalian dengan amal-amal kalian yang terbaik, dan paling di ridhai di sisi Tuhan kalian, dan membuat tinggi derajat kalian, dan lebih baik bagi kalian daripada memberikan sedekah emas dan perak dan lebih baik daripada kalian bertemu musuh, lalu kamu penggal leher mereka, dan mereka memenggal leher kalian?" Mereka bertanya: "Apa itu? Ya Rasulullah!"

Beliau menjawab: "Dzikrullah" Mu'adz bin Jabal berkata: "Tiada seseorang yang beramal dengan suatu amalan yang lebih dapat menyelamatkannya dari seksa neraka, daripada Dzikrullah".

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3790.


Isnin, 11 Jun 2018

Dari Abu Musa r.a., katanya Nabi saw. bersabda:

"Akan datang kepada manusia suatu masa, di mana orang mengedar membawa emas untuk disedekahkannya. Tetapi tidak satu pun orang yang ditemuinya yang bersedia menerima sedekah daripadanya. Dan suatu masa, di mana kelihatan seorang laki-laki diikuti oleh empat puluh wanita sebagai pelindungnya. Hal itu terjadi kerana jumlah laki-laki terlalu sedikit, sedangkan jumlah wanita terlalu banyak.

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0726.




Dari Nan' dari Ibnu Umar dari Umar ra. berkata: "Ayahku Umar datang pada Rasulullah saw dan ia berkata: "Wahai Rasulullah, aku telah diberi hasil rampasan perang, yang aku belum pernah mendapatkan seperti itu. Bahagianku sebanyak seratus bahagian itu ku pergunakan untuk membeli tanah penduduk di Khaibar. Dan kini aku ingin mendekatkan diri pada Allah dengan menyedekahkannya."

Sabda beliau: 'Biarkanlah pokok tanah itu, hanya saja sedekahkanlah hasilnya dijalan Allah."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3461.


Dari Ummur Ra'ih dari Salman ibnu 'Amir r.a, dari Rasulullah saw bersabda:

"Sesungguhnya bersedekah kepada orang miskin itu pahalanya satu sedekah dan sedekah kepada sanak keluarga pahalanya dua kali sedekah, pahala sedekah, dan silaturrahim."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2442.


Jumaat, 8 Jun 2018

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda :

"Setiap anggota tubuh manusia mempunyai kesempatan untuk bersedekah tiap-tiap hari. Iaitu, seperti mendamaikan dua orang yang berselisih, adalah sedekah. Menolong orang naik kenderaan, atau menolong mengangkatkan barangnya ke atas kenderaan, itu pun sedekah. Ucapan atau tutur kata yang baik, juga sedekah. Setiap langkah yang anda langkahkan pergi solat, sedekah. Dan menyingkirkan sesuatu yang membahayakan di jalanan umum, adalah sedekah."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0962.


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw., lalu dia bertanya: "Ya, Rasulullah! Sedekah bagaimanakah yang besar pahalanya?"

Jawab Rasulullah saw., "Sedekah ketika anda sedang sihat, ketika anda sedang kikir, takut miskin, ketika anda sedang mengharap-harap akan menjadi seorang hartawan yang kaya-raya; maka pada saat-saat seperti itu janganlah anda lalai, bersedekahlah. Dan janganlah ditangguhkan sehingganya nyawa anda telah sampai di tenggorokan, barulah anda bahagi-bahagikan sedekah anda, ini untuk si Fulan, ini untuk si Fulan. Dan ingatlah, sesungguhnya harta itu memang untuk si Fulan."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0990.


Dari Abu Bakar r.a dari Qabishah ibnu Mukhariq r.a berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda:

"Tidak dihalalkan sedekah melainkan untuk tiga orang,
(1) seorang yang hartanya tertimpa musibah hingga habis, maka ia boleh meminta hingga keperluan hidupnya mencukupi, kemudian ia harus berhenti.
(2) seorang yang menanggung harga tebusan darah seseorang muslim, maka ia boleh meminta sedekah, hingga ia dapat menutup tanggungannya, setelah itu harus segera berhenti dari meminta.
(3) dan seorang yang disaksikan oleh tiga orang pintar dari kaumnya, bahawa ia berhak menerima sedekah, maka ia boleh meminta sedekah, hingga cukup keperluan hidupnya, setelah itu ia harus berhenti dari meminta sedekah. Adapun selain dari ketiga sebab di atas, maka harta sedekah diharamkan bagi seseorang."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2451.


Khamis, 7 Jun 2018

Abdullah ibnu Umar r.a. berkata: "Aku telah mendengar ayahku berkisah; "Ketika Rasulullah saw memberi bahagian sedekah padaku. maka aku berkata: "Berikanlah sedekah itu kepada orang yang lebih memerlukannya daripadaku". Ketika beliau memberikan sedekah itu padaku sekali lagi, maka aku tetap berkata demikian, maka beliau bersabda:

"Terimalah bahagian sedekah itu lalu simpanlah atau sedekahkan lagi. Bahagian sedekah yang diberikan padamu tanpa kamu harap-harapkan dan tanpa kamu minta, maka terimalah, sedangkan yang tidak diberikan padamu, maka janganlah kamu mengharapkannya."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2468.


"Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Di Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itu pun jikalau berlaku pada hukum syarak"
- Demang Lebar Daun

"Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun"
- Sang Sapurba

hubaya! hubaya!
ada gerah
aristokrat
birokrat
maunya geruh
marhaen
murba
maunya luluh
bak rintihan tok tua melayu
gajah berjuang sama gajah
pelanduk mati di tengah-tengah
takutnya
ada belati
menjerut
merobek
alur tengkuk


Dari Anas r.a., katanya Nabi saw. bersabda:

"Akan dikeluarkan dari neraka,
(1) Orang yang menyebut Laa ilaa ha illallaah (Tidak ada Tuhan kecuali hanya Allah), apabila di dalam hatinya terdapat kebaikan (iman) seberat sya'irah, dan
(2) Akan dikeluarkan dari neraka orang yang menyebut Laa ilaaha illallaah, apabila di dalam hatinya terdapat kebaikan seberat burrah, dan
(3) Akan dikeluarkan dari neraka orang yang menyebut Laa ilaa ha illallaah, apabila di dalam hatinya terdapat kebaikan seberat zarah."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0037.


Mewartakan kepada kami Muhammad bin 'Abdullah bin Numair, dan 'Ali bin Muhammad, mereka berkata: Mewartakan kepada kami Abu Mu'awjyah, mewartakan kepada kami Al-A'masy, dari Syaqiq, dan Hudzaifah, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda:


"Dajjal itu matanya sebelah kiri buta, rambutnya banyak/lebat dan dia mempunyai syurga dan neraka. Maka nerakanya adalah surga, sedangkan syurganya justru neraka".

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4071.


Rabu, 6 Jun 2018

Dari Usamah r.a. dari Nabi saw. beliau bersabda:

Aku berdiri di pintu syurga, maka kebanyakan yang masuk ke dalam syurga itu orang-orang miskin dan orang-orang yang sengsara hidupnya dan ketika isi neraka disuruh masuk ke dalamnya aku berdiri di pintu neraka, kebetulan kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah kaum wanita."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1756.


maksudnya :Abu Kuraib menceritakan kepada kami, Abdah bin Sulaiman memberitahukan kepada kami dari Muhammad bin Amr, dari Abd Salamah dari Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bersabda :

"Syurga dan neraka protes, lalu syurga berkata :"Orang-orang yang lemah dan miskin yang memasuki ku, dan neraka berkata :"Orang-orang yang besar kepala dan sombong yang memasuki ku",

kemudian Allah berfirman kepada neraka : "Kamu seksaan Ku, Aku menyeksa denganmu terhadap orang yang Aku kehendaki", dan Dia berfirman kepada syurga :"Kamu rahmat Ku, dan Aku menyayangi dengan mu siapa saja yang aku kehendaki".

Hadis ini adalah hadis hasan sahih.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2686.


Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Rombongan yang mula-mula masuk syurga bercahaya-cahaya bagaikan bulan purnama. (Rombongan) sesudah itu lebih cemerlang dari bintang-bintang yang gemerlapan. Mereka tidak buang air kecil dan tidak buang air besar. Tidak membuang ingus dan tidak meludah. Sisir mereka dari emas dan keringat mereka kasturi. Pedupaan mereka kayu gaharu yang harus. Isteri mereka bidadari, akhlak mereka sama. Bentuk mereka seperti nenek moyang mereka Adam, tinggi enam puluh hasta."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2425.


Selasa, 5 Jun 2018

Dari Naafi' dari Ibnu Umar katanya: "Nabi saw pernah bersabda:

"Setiap orang mati akan diperlihatkan setiap pagi dan petang tempatnya di neraka jika dia termasuk ahli neraka. Dikatakan padanya: "Ini adalah tempat tinggalmu kelak di neraka". Kejadian ini terus berlangsung hingga dibangkitkannya di hari kiamat."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2040.


Dari Abu Hurairah ra., dari Nabi saw., beliau bersabda:

"Siapa yang membunuh diri dengan jalan menjatuhkan diri dari bukit, maka ia akan jatuh tergelimpang dalam neraka jahanam, kekal abadi di sana selama-lamanya. Siapa yang membunuh diri dengan meminum racun, maka racun itu akan tetap berada ditangannya dan diminumnya dalam neraka jahanam, kekal abadi di sana selama-lamanya. Siapa yang membunuh diri dengan benda tajam, benda itu akan tetap berada di tangannya dan ditusukkannya ke dalam perutnya dalam neraka jahanam, kekal abadi di sana selama-lamanya."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1673.


Dari Ahnaf bin Qais r.a. katanya: "Aku keluar bermaksud hendak menolong orang ini. Tetapi Abu Bakrah menyusuliku lalu katanya, "Hai, Ahnaf! Hendak ke mana engkau?"

Jawab ku, "Aku hendak membantu anak pakcik Rasulullah saw. (yakni 'Ali)." Kata Abu Bakrah, "Hai, Ahnaf! Pulanglah kembali! Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila dua orang muslim bekelahi dengan mempergunakan pedang masing-masing maka yang terbunuh dan membunuh masuk neraka." Aku bertanya, "Ya, Rasulullah! Si pembunuh (wajar masuk neraka), tetapi mengapa yang terbunuh (masuk neraka pula"?" Jawab beliau, "Kerana dia sengaja pula hendak membunuh sahabatnya. "

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2459.


Isnin, 4 Jun 2018

Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a, dari Nabi saw. sabdanya:

" Setelah penduduk syurga masuk ke dalam syurga, dan penduduk neraka masuk ke dalam neraka, maka Allah berfirman : Keluarkanlah dari neraka orang-orang yang ada iman di dalam dadanya (walau hanya) sebesar biji sawi!" Lalu mereka dikeluarkan dari neraka, (tetapi) tubuh mereka hitam bagaikan arang. kerana itu mereka dilemparkan ke dalam sungai Haya' atau Hayat. Imam Malik ragu antara Haya' atau Hayat. Kemudian tubuh mereka berubah bagaikan benih yang tumbuh sesudah banjir. Tidakkah engkau lihat benih itu tumbuh berwarna kuning dan berlipat-lipat".

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0017.


Dari Ibnu Umar r.a. katanya: "Rasulullah saw. bersabda:

"Setelah penghuni syurga masuk ke dalam syurga dan penghuni neraka masuk ke dalam neraka, kematian itu dibawa dan diletakkan antara syurga dan neraka, lalu disembelih. Kemudian itu ada orang yang meneriakkan : "Hai isi syurga! Tidak ada lagi kematian. Hai isi neraka! Tidak ada lagi kematian." Karena itu kegembiraan isi syurga bertambah dari kegembiraan yang telah ada. Sebaliknya isi neraka bertambah kesedihannya dari kesedihan yang telah ada."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1757.


Dari 'Adi bin Hatim r.a. bahawa Nabi saw. menyebut neraka, lalu memalingkan mukanya dan mohon berlindung dari neraka. Kemudian beliau menyebutnya sekali lagi, lalu memalingkan mukanya dan mohon berlindung dari neraka.

Kemudian beliau bersabda: "Pelihara dirimu dari neraka, walaupun dengan memberikan sebelah kurma. Siapa yang tidak sanggup hendaklah dengan mengucapkan perkataan yang baik."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1764.


Jumaat, 1 Jun 2018

Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Seburuk-buruk tempat manusia di sisi Allah kelak hari kiamat, ialah tempat suami yang telah saling percaya-mempercayai dengan isterinya, tetapi kemudian si suami membuka rahsia peribadi isterinya sendiri."

Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1374.


Dari Abdullah bin Syaqiq katanya: "Aku pernah bertanya pada Aisyah tentang puasa Rasulullah saw. Jawab Aisyah: "Kalau sudah rajin berpuasa, maka dapat dikatakan seolah-olah Nabi saw tidak pernah berbuka. Kalau sudah rajin tidak berpuasa, dapat kita katakan seolah-olah beliau tidak pernah berpuasa. Dan sejak beliau berada di Madinah belum pernah beliau melakukan puasa selama sebulan penuh kecuali di bulan Ramadhan saja."


Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2149.








Dari Abu Musa Al Asy'ari r.a. katanya: "Rasulullah saw. menyebutkan beberapa nama kepada kami sebagai nama peribadi beliau, sabdanya:

"Aku bernama Muhammad, Ahmad, Al Muqaffa (sama dengan Al 'Aqib, penutup), Al Hasyir, Nabiyyut-Taubah dan Nabiyyur-Rahmah."


Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2169.

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak