Isnin, 30 April 2018

paut pada pucuk takutnya kita tertunduk terkelepek paut pada ranting makanya terkontang-kanting terkelepai paut pada daun nantinya terhayun-hayun terkelepet paut pada dahan harapnya tertahan terkeleceh moleknya kembalilah kepada akar kita kenal asal-usul kepada tunjang kita...

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Pandanglah kepada orang yang lebih rendah darimu, dan jangan pandang orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepada mu." Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2495. ...

Mewartakan kepada kami Muhammad bin 'Abdul Malik bin Abusy-Syawarib, mewartakan kepada kami Abu 'Awanah, dari Utsman bin Al-Mughirah, dari Al-Mubajir, dari 'Abdullah bin 'Umar, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa yang memakai pakaian kemasyhuran di dunia, maka Allah bakal memakaikan pakaian kehinaan pada hari kiamat, kemudian Allah akan menyalakan api di pakaian iiu". Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3607. ...

Mewartakan kepada kami Ya'qub bin- Humaid Al-Madaniy; mewartakan kepada kami 'Abdul-'Aziz bin Muhammad, dari Dawud bin Qais, dari Abu Said, Maula Bai 'Amir, dari Abu Hurahah, bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Cukup bagi seseorang dikatakan jahat dengan menghina saudaranya sesama muslim". Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4213. ...

Jumaat, 27 April 2018

ko dan aku serupa tapi tak sama ko dan aku sepakat cita-cita tapi angan berbeza ko dan aku selari matlamat tapi lain niat ko dan aku sehala tujuan tapi sesar haluan ko dan aku sehati tapi tak sejiwa ko dan aku senada tapi sumbang irama ko dan aku sekata tapi telor bicara pantas... ko...

Dari Muharib bin Ditsar berkata. Saya mendengar Abdullah bin Yazid berpidato di atas mimbar, bahawa Barra' bin Azib R.A. dia berkata: Sesungguhnya mereka (para sahabat Nabi S.A.W.) biasa mengerjakan solat bersama Rasulullah S.A.W.; maka beliau berukuk, baru mereka berukuk, apabila beliau mengucapkan: "Sami'allaahu li man hamidahu - Maha mendengar Allah kepada siapa yang memuji-Nya" kami masih tetap berdiri setelah mereka melihat beliau benar-benar...

Kata Ayyub; "Amru bin Salamah Al Jirmi berkata: "Pada suatu kali ketika ada serombongan sahabat Rasulullah saw lewat di perkampungan kami, maka kami mempelajari Al-Quran dari mereka. Ketika ayahku berkunjung kepada Nabi saw di Madinah, maka beliau saw bersabda: "Pilihlah orang yang paling banyak menghafal al-quran untuk menjadi imam". Ketika ayahku menyampaikan apa yang disabdakan Rasulullah saw kepada kaumnya, maka mereka memilih aku untuk...

Muhammad bin Basyar menceritakan kepada kami, Muhammad bin Ja'far meriwayatkan kepada kami, Syu'bah meriwayatkan kepada kami dari 'Amr bin Murrah dari Hilal bin Yisaf dari 'Amr bin Rasyid dari Wabishah bin Ma'bad bahawasanya seorang lelaki solat di belakang shaf sendirian, lalu Nabi saw memerintahnya untuk mengulangi solat itu. Abu Isa berkata: "Saya mendengar Al Jarud berkata: "Saya mendengar Waki' berkata: "Apabila seorang lelaki solat...

Khamis, 26 April 2018

Dari Ibnu Abbas bahawa, Nabi saw pernah bersabda: "Aku diperintahkan bersujud atas tujuh anggota sujud dan tidak diperbolehkan untuk terhalang oleh rambut atau pakaian, ketujuh anggota sujud itu: dahi, hidung, kedua tapak tangan, kedua lutut dan kedua tapak kaki." Hadis Sunan An-Nasai Jilid 1. Hadis Nombor 1070. ...

Qutaibah menceritakan kepada kami, Abdul Wahhab Ats Tsaqafi dan Yazid bin Zurai' menceritakan kepada kami dari Khalid Al Hadzdza' dari Abu Qilabah dari Anas bin Malik berkata: "Bilal diperintah untuk menggenapkan azan (dua kali - dua kali) dan menggasalkan iqamah (satu kali - satu kali)." Di dalam bab ini terdapat hadis dari Ibnu Umar. Abu Isa berkata: "Hadis Anas adalah hadis hasan sahih." Itu adalah pendapat sebahagian ahli ilmu dari para...

Dari Atha' dari Aa-isy bin Anas, sesungguhnya Ali pernah berkata: "Aku adalah seorang yang sering mengeluarkan madzi, maka aku perintahkan Ammar bin Yasir untuk menanyakan hal itu kepada Rasulullah saw, sebab putri beliau adalah isteriku". Jawab beliau: "Cukuplah dia hanya berwuduk saja." Hadis Sunan An-Nasai Jilid 1. Hadis Nombor 0152. ...

Rabu, 25 April 2018

Mewartakan kepada kami Suwaid bin Sa'id; mewartakan kepada kami 'Anir bin Yahya bin Sa'id Al-Qurasyiy, dari kakeknya, dari Sa'id bin Abu Uhaihah, dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Allah tidak mengutus seorang Nabi melainkan pernah jadi penggembala kambing. "Maka para sahabat pun bertanya: "Engkau juga Ya Rasulullah! Beliau menjawab: "Saya juga. Dahulu saya menggembalakan kambing untuk penduduk Madinah, dengan...

Dari Anas r.a., katanya: "Seorang anak Yahudi yang dulu pernah menjadi pelayan Nabi jatuh sakit. Kerana itu Nabi saw. datang mengunjunginya dan duduk di dekat kepalanya. Sabda Nabi kepadanya: "Islamlah!" Anak itu menoleh kepada bapaknya. Kata bapanya, "Patuhilah Abul Qasim!" Lalu anak itu masuk Islam. Sesudah itu Nabi saw. keluar dan bersabda. "Segala puji bagi Allah yang telah melepaskannya dari neraka." Hadis Sahih Bukhari Jilid 2....

Dari Abdullah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. menceritakan kepada kami dan beliau seorang yang sangat benar lagi dipercayai. Beliau bersabda: "Masing-masing kamu diciptakan dalam perut ibunya empat puluh hari. Lalu menjadi segumpal darah selama itu pula, menjadi segumpal daging selama itu pula. Kemudian Tuhan mengutus malaikat dan diperintahkan menulis empat kalimat (perintah). Diperintahkan menulis amal, rezekinya, ajalnya, dan nasib...

Selasa, 24 April 2018

Dari Hafshah dan Ummu 'Athiyah berkata: "Rasulullah saw bersabda: "Tidak dihalalkan bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhir, berkabung atas kematian seseorang lebih dari tiga hari, kecuali atas kematian suaminya. Dalam masa berkabung atas suaminya, ia tidak boleh memakai celak atau cat kuku, dan tidak boleh memakai baju berwarna." Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3394. ...

Dari Said AI Muqbiry dari Abu Hurairah ra. berkata: "Ketika Rasulullah saw. ditanya: "Wanita yang bagaimana yang baik?" Jawab beliau: "lalah wanita yang menyenangkan suaminya bila dilihat, dan juga mentaatinya bila disuruh, serta yang tidak mengerjakan sesuatu yang dibenci suaminya, baik yang menyangkut dirinya mahupun hartanya." Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3091. ...

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw. bersabda: "Kalau seorang wanita tidur dengan menjauhkan diri dari suaminya, maka malaikat mengutuki wanita itu, sampai ia kembali kepada suaminya." Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1606. ...

Isnin, 23 April 2018

Dari Simak bin Harb dari Nukman bin Basyir R.A. dia berkata: Nabi S.A.W. biasa memerintahkan kami agar meratakan baris sebagaimana beliau meluruskan kayu tangkai anak panah (yang disetel lurusnya). Setelah beliau mengira bahawa kami telah menerima perintah beliau itu, dan kami telah mengerti, maka pada suatu hari beliau menghadap kepada kami tiba-tiba masih ada seorang yang dadanya tidak rata dengan kawannya. Maka beliau bersabda: "Rapikanlah...

Dari Ma'qil r.a. katanya: Saya akan menceritakan kepada engkau hadis yang saya dengar dari Rasulullah saw. dan saya telah mendengar beliau bersabda: "Seseorang yang telah ditugaskan Tuhan memerintahi rakyat, kalau dia tidak memimpin rakyat itu dengan jujur, nescaya dia tiada akan memperoleh bau syurga." Dari Maaqil r.a. katanya: Saya akan menceritakan kepada engkau hadis yang saya dengar dari Rasulullah saw. dan beliau bersabda: "Seorang...

Dari Ibnu 'Umar r.a., dari Nabi saw. sabdanya: "Setiap muslim wajib patuh dan setia terhadap pemerintah, disukai atau tidak disukainya, kecuali bila dia diperintah melakukan maksiat. Jika dia diperintah melakukan maksiat dia tidak perlu patuh dan setia." Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1806. ...

Jumaat, 20 April 2018

ini kalilahhh ... jauh lagikkk lain kalilahhh ... dah dekattt berapa kalilahhh ... tunggu la la l...

Mewartakan kepada kami Hisyam bin 'Ammar; mewartakan kepada kami 'Abdurrahman bin Sa'ad bin 'Ammar bin Sa'ad, muadzdzin Rasulullah Saw., mewartakan kepada kami ayahku, dari ayahnya, dari kakeknya, bahawasanya Rasulullah Saw. memerintahkan Bilal untuk menjadikan/meletakkan dua jarinya di kedua telinganya. Dan beliau bersabda: "Sesungguhnya yang demikian akan membuat suaramu lebih tinggi." Dalan Az-Zawa-id: Diriwayatkan oleh At-Tirmidziy...

Dari Dzi Mikhbar Al Habasyi - seorang yang telah biasa melayani Nabi S.A.W. - tentang hadis ini dia berkata: Maka Nabi S.A.W. berwuduk dengan memakai sedikit air saja, lalu beliau perintahkan Bilal menyerukan azan, maka azanlah dia. Setelah itu Nabi S.A.W. berdiri mengerjakan solat dua rakaat tanpa tergesa-gesa, kemudian bersabda kepada Bilal: "Bacakanlah iqamat solat!", lalu beliau mengerjakan solat tanpa tergesa-gesa". Hadis Sunan Abu-Daud...

Dari Amr bin Umayyah Adh-Dhamri dia berkata: Pernah kami bersama Rasulullah S.A.W. dalam sebahagian perjalanan beliau, lalu beliau tertidur untuk mengerjakan solat Subuh. Setelah matahari terbit, baru Rasulullah S.A.W. bangun, lalu bersabda: "Pindahlah dari tempat ini!" Katanya: Kemudian beliau memerintahkan Bilal (menyerukan azan), maka azanlah dia, selanjutnya mereka sama mengambil wuduk dan mengerjakan solat (sunat) Fajar dua rakaat. Setelah...

Khamis, 19 April 2018

semakin tinggi kudaki semakin sesak nafasku semakin lelah tenagaku semakin gayat pandanganku semakin kecut perutku semakin… kesalku bertandang kuingin kembali ke daerah lampau daerah sunyi tanpa sesak fikirkan kuasa daerah sepi tanpa sesak fikirkan harta tanpa wang di daerah hening tanpa...

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw. bersabda: Siapa yang mematuhi perintahku, maka sesungguhnya orang itu mematuhi perintah Allah. Dan siapa yang melanggar perintahku, maka sesungguhnya dia mendurhakai Allah. Siapa yang mematuhi perintah pembesarku, maka sesungguhnya orang itu mematuhi perintahku. Dan siapa yang melanggar perintah pembesarku, maka sesungguhnya orang itu melanggar perintahku. Hadis Sahih Bukhari Jilid 4....

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Sesungguhnya Imam (pemimpin, pembesar, atau penguasa) itu adalah bagaikan perisai, di mana orang berperang memakai perisai dan menjaga diri dengannya. Jika Imam memerintahkan supaya taqwa kepada Allah 'Azza wa Jalla dan berlaku adil, dia mendapat pahala kerananya, dan jika dia memerintahkan selain itu, maka dia mendapat seksa." Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1809. ...

Dari Yahya bin Hushain r.a., dari neneknya Ummul Hushain, katanya dia mendengar neneknya bercerita: "Aku pergi menunaikan ibadah haji bersama Rasulullah saw. ketika Haji Wada' Ketika itu beliau berkhutbah panjang lebar. Antara lain aku mendengar beliau bersabda: "Seandainya pegawai yang ku angkat dalam pemerintahan seorang budak hidung kemek (mungkin yang dimaksud nenek, budak hitam) tetapi dia memerintah kamu dengan Kitabullah, maka hendaklah...

Rabu, 18 April 2018

Dari Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah saw pernah bersabda: "Jika seorang muadzin sedang berazan, maka syaitan segera melarikan diri dan dia meninggalkan bunyi yang amat bising sampai dia tidak bisa mendengarkan suara azan itu. Jika azan telah selesai, dia datang kembali. Dan jika muadzin sedang iqamah, maka syaitan segera melarikan diri sampai setelah berakhirnya iqamah, maka dia hadir kembali untuk mengganggu orang yang sedang...

Dari Jabir bin 'Abdullah r.a. katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Apabila seseorang membaca Basmalah ketika hendak masuk rumah dan ketika hendak makan, maka berkata syaitan kepada kawannya. "Malam ini tidak ada tempat kalian bermalam dan tidak ada pula makan malam. Apabila orang itu tidak menyebut Basmalah ketika hendak masuk rumahnya, maka berkata syaitan (kepada kawan-kawannya), "Malam ini kalian mendapat tempat bermalam."...

Dari Ibnu Sirin bahawa Abdullah ibnu Yazid Al-Khatmy berkata: "Umar ibnu Khathab pernah mengirim surat kepada kami. Dalam suratnya itu dia mengatakan: "Masaklah minumanmu sehingga telah hilang bahagiannya untuk syaitan darinya, untuk syaitan adalah dua pertiga bahagian, sedangkan untukmu adalah sepertiganya." Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5562. ...

Selasa, 17 April 2018

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Bani Israel itu dipimpin (diperintah) oleh Nabi-nabi. Setiap seorang Nabi mati, digantikan Nabi yang lain. Tetapi tidak ada Nabi sesudahku, dan akan ada Khalifah-khalifah. Mereka itu sampai banyak." Sahabat-sahabatnya bertanya: "Maka apakah perintah tuan kepada kami? Beliau bersabda: "Tepatilah baiah (perjanjian) yang pertama, kemudian yang berikutnya. Berikanlah hak mereka,...

Dari Ubadah bin Shamit r.a. katanya: Kami berjanji setia kepada Rasulullah saw. akan mendengarkan dan mematuhi perintah beliau, hal yang kami sukai atau kurang kami sukai. Kami tidak akan membantah suatu perintah yang datang dari pembesar yang berhak dan kami akan tegak atau mengucapkan menurut yang sebenarnya, di mana saja kami berada. Kami tidak boleh takut dalam menjalankan perintah Allah terhadap celaan orang yang mencela. Hadis Sahih...

Dari 'Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak seorang pun di antara Nabi-nabi yang telah diutus Allah sebelumku, pasti di dalam umatnya terdapat golongan Hawariyun dan para sahabat yang terbina dengan pimpinannya serta patuh pada perintahnya. Setelah berlalu beberapa masa, mereka digantikan oleh angkatan baru yang pandai berkata tetapi tidak berbuat, bahkan mengerjakan apa yang tidak diperintahkan kepada mereka....

Isnin, 16 April 2018

denai idop pada hemat ada jerat menjerut lopak melecah lumpur berselut denai idop ralit logamaya lata merenjis danau menggagau dangau mengulit denai idop ada waktu perlahan, brenti ada waktu laju, terbabas banyak waktunya, easy rider sambil...

aku ada tapi bersembunyi kalau diketahui aku tiada lag...

Dari Ibnu Abbas R.A. dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda: "Aku tidak diperintahkan untuk membangun masjid tinggi menjulang".' Kata Ibnu Abbas R.A.: "Sungguh, kalian akan memperindahnya, sebagaimana orang-orang Yahudi dan Nasrani". Hadis Sunan Abu-Daud Jilid 1. Hadis Nombor 0421. ...

Ahmad bin Mani' menceritakan kepada kami, Zaid bin Hubab memberitahukan kepada kami, Muawiyah bin Shaleh memberitahukan kepada kami, Abu Maryam Al-Anshari memberitahukan kepada kami dari Abu Hurairah berkata: "Rasulullah SAW bersabda ; "Pemerintahan itu ada pada orang Quraisy dan pengadilan ada pada orang Ansar dan Adzan berada pada orang Habsyi dan kepercayaan berada pada orang Azd maksudnya Yaman." Hadis Sunan At-Termizi...

maksudnya : Hannad menceritakan kepada kami, Abul-Ahwash memberitahukan kepada kami, dari Atha' bin Saib dari ayahnya dari Abdullah bin Amr, bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Seseorang dari umat sebelum kamu keluar dengan memakai pakaian yang bagus untuk sombong, lalu Allah memerintahkan bumi maka bumi itu menangkapnya lalu ia tenggelam dengan gementar atau Rawi berkata :"ia tenggelam dengan gementar ke dalam bumi sampai hari qiamat". Abu...

Jumaat, 13 April 2018

Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., katanya: "Pada suatu malam kami sentiasa menunggu-nunggu Rasulullah saw. hendak solat Isyak. Beliau baru keluar kepada kami setelah berlalu sepertiga malam atau lebih. Kami tidak tahu kesibukan apa yang terjadi dalam keluarga beliau atau mungkin barangkali kerana sebab-sebab lain. Ketika beliau keluar, beliau berkata: "Anda semua menunggu-nunggu waktu solat, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh penganut...

Dari Abu Hazim r.a., katanya: "Aku berdiri di belakang Abu Hurairah ketika dia sedang berwuduk untuk solat. Aku melihatnya mencuci tangan sampai ketiak, kerana itu aku bertanya kepadanya, "Wuduk cara bagaimana itu, hai Abu Hurairah?" Jawab Abu Hurairah, "Ya, Bani Farruh! Andakah itu? Kalau aku tahu Anda berada di situ, aku tidak akan berwuduk seperti ini. Aku mendengar sahabatku Rasulullah saw. bersabda: "Orang mukmin akan beroleh cahaya...

Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., dari bapanya, katanya : "Ketika Omar bin Khathtbab sedang berkhutbah di hadapan jemaah pada bari Jumaat, masuk seorang lelaki sahabat Rasulullah saw., lalu dia di panggil oleh 'Umar, katanya: "Sudah jam berapakah ini?" Orang itu menjawab, "Aku sangat sibuk hari ini. Aku tidak sempat pulang, sehingga ketika kedengaran azan, tidak ada yang dapat ku lakukan selain wuduk." Kata 'Umar, "Wuduk juga perlu. Tetapi...

Khamis, 12 April 2018

Dari Abu Qatadah r.a., dari Rasulullah saw. sabdanya: "Mimpi yang baik datang dari Allah, dan mimpi yang buruk dari syaitan. Maka siapa bermimpi yang dibencinya, hendaklah dia meludah ke kiri, kemudian berlindung kepada Allah dari kejahatan syaitan, nescaya tidak akan membahayakannya. Dan jangan menceritakan mimpi itu kepada siapa pun. Maka siapa bermimpi dengan mimpi yang buruk, bergembiralah dan jangan mencerita-ceritakannya kecuali kepada...

dari 'Aisyah r.a. isteri Nabi s.a.w., ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Malaikat-malaikat turun ke awan, lalu menyebutkan perintah yang diputuskan di langit. syaitan-syaitan dapat mencuri pendengaran lalu didengarkannya dan ia terus membisikkan kepada pandai tenung, lalu mereka masukkan ke dalamnya seratus dusta atas kehendak mereka sendiri." Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1428. ...

Dari Abdullah Ash Shunaabihi katanya: "Rasulullah saw pernah bersabda: "Ketika matahari terbit, maka akan disertai oleh syaitan. Jika matahari telah naik, maka syaitan akan meninggalkannya, jika matahari tepat berada di tengah/waktu klimax, maka syaitan akan menyertainya, tetapi jika matahari telah tergelincir, maka syaitan akan menjauhinya, jika matahari hendak terbenam, maka syaitan akan menyertainya dan jika matahari telah terbenam,...

Rabu, 11 April 2018

kota jiwa roboh sebelum masa kota jiwa luntur sebelum usia menginjak dewasa kota jiwa tersiksa dalam persona dunia kota jiwa terpaksa berpura-pura bahagia walau derita walau merana kota jiwa ini tiada lagi keghairahan pada cumbuan dunia kerana kota jiwa ini telah sengsara raganya telah sesar...

aku tak mampu lagi berpaut pada kehidupan yang berpura-pura in...

maksudnya :"Ibnu Abi Umar menceritakan kepada kami, Sufyan memberitahukan kepada kami dari Ibnu Ajlan, dari Maqburi dari Abu Hurairah; sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : "Bersin itu dari Allah, menguap itu dari syaitan, tatkala kamu semua menguap maka letakkanlah tangan pada mulut, dan tatkala ia menyuarakan 'Ah', 'Ah', maka syaitan mentertawakannya dari dalam. Sesungguhnya Allah senang pada bersin dan benci menguap, tatkala seorang lelaki...

Dari Sulaiman bin Shurad r.a., katanya: Ketika saya duduk bersama Nabi s.a.w., ada dua orang laki-laki memaki satu sama lain. Seorang di antaranya lalu merah mukanya dan besar lehernya. Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya saya mengetahui perkataan, kalau diucapkannya perkataan itu, nescaya akan hilanglah apa yang dirasakannya (marahnya). Jika diucapkannya: "Aku berlindung kepada Allah dari syaitan, nescaya hilanglah marahnya". Mereka...

Mewartakan kepada kami 'Amr bin Rifi'; mewartakan kepada kami Jarir, dari Manshur, dari Salim bin Abl-Ja'd dari Kuraib, dari Ibnu 'Abbas, dari Nabi Saw., beliau bersabda: "Seandainya salah seorang diantara kalian, apabila mendatangi isterinya membaca: "Allahumma jannibnisy-syaitha na wa jannibisy-shaithaana fiima razaqtanii." Artinya: Ya Allah, jauhkanlah aku daripada syaitan, dan jauhkanlah syaitan atas apa yang hendak Engkau berikan...

Selasa, 10 April 2018

dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda : "Seorang wanita janganlah berpuasa (sunat) ketika suaminya ada, melainkan dengan izin suaminya; dan janganlah dia membolehkan orang lain masuk ke rumahnya, melainkan dengan izin suaminya; dan sesuatu yang disedekahkan isteri dari hasil usaha suaminya tanpa perintah suami, pahalanya seperdua bagi suami. Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0983. ...

Dari 'Aisyah r.a., katanya : "Rasulullah saw. pernah ditanya orang tentang seorang perempuan yang telah kahwin, lalu ditalak oleh suaminya, kemudian dia kahwin dengan lelaki lain, lalu ditalak pula oleh suaminya yang kedua ini sebelum mereka melakukan sanggama. Ditanyakan, "Apakah boleh wanita itu kahwin kembali dengan suaminya yang pertama?" Sabda Rasulullah saw., "Tidak boleh, sebelum suaminya yang kedua itu merasakan madunya masing-masing...

maksudnya :"Ahmad bin Manie' menceritakan kepada kami, Abidah bin Humaid memberitahukan kepada kami, dari Mansur dari Ibrahim dari Alqamah dari Abdullah "Sesungguhnya Nabi SAW melaknat perempuan-perempuan pembuat tahi lalat, perempuan-perempuan minta dibuatkan tahi lalat, dan perempuan-perempuan pencukur bulu alis dan mata yang mereka mengharap kecantikan dengan merubah ciptaan Allah". Hadis ini hasan sahih. Hadis Sunan At-Termizi Jilid...

Isnin, 9 April 2018

Dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Kamu akan dikumpulkan pada hari kiamat dalam keadaan telanjang bulat tidak berkhatan". Kemudian beliau membaca ayat yang ertinya: "Sebagaimana Kami menjadikan makhluk mula pertama, Kami ulang serupa itu. Janji Kami, sesungguhnya Kami laksanakan". Orang-orang yang mula-mula diberi pakaian di hari kiamat, ialah Nabi Ibrahim. Dan dari sahabat-sahabatku akan dibawa ke arah kiri (ke...

Mewartakan kepada kami 'Ali bin Al-Mundzir; mewartakan kepada kami Muhammad bin Fudhail. Mewartakan kepada kami Hautsarah bin Muhammad; mewartakan kepada kami Muhammad bin Bisyr, keduanya berkata: Mewartakan kepada kami Hajjaj bin Dinar, dari Abu Thalib, dari Abu Umamah, dia berkata: Rasulullah Saw. bersabda "Tidak akan tersesat suatu kaum sesudah mereka mendapat petunjuk, melainkan setelah mereka mendatangi perdebatan (suka berbantah-bantahan)"...

Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa melihat Amir (pembesar negeri) melakukan suatu tindakan yang tidak disukainya hendaklah dia bersabar, kerana siapa memisahkan diri dari jemaah walaupun hanya sejengkal, lalu dia mati, maka matinya sama dengan mati jahiliyah." Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1816. ...

Jumaat, 6 April 2018

kita dulu takde ade disambut bebi merengek bebudak keletah remaja lincah dewasa ligat muda matang tua kecut bangka kerepot kojol mereput kita dilupai ...

Dari Anas bin Malik r.a., Ada seseorang perempuan Yahudi datang kepada Nabi s.a.w. membawa daging kambing yang beracun, lalu beliau makan daging itu. Kemudian perempuan itu dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w. Ada orang bertanya: "Bolehkah kami bunuh?" Jawab beliau: "Tidak!" Kata Anas: "Saya selalu mengetahui pengaruh racun itu dalam kerongkongan beliau". Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1220. ...

Dari Al Bara' r.a. katanya: "Rasulullah saw. adalah seorang yang berwajah paling tampan, berakhlak paling indah, perawakannya tidak tinggi kurus dan tidak pula gemuk pendek." Sollu alan nabi! Allahumma solli ala saidina Muhammad, wa ala alihi wasahbihi wasallam Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2160. ...

Daripada Abu Hurairah dan juga Ibn Umar RA bahawa kedua-keduanya mendengar Rasulullah SAW bersabda : Ketika Baginda membaca khutbah jumaat di atas mimbar, mudah-mudahan orang ramai tidak terus menerus suka meninggalkan sembahyang jumaat tanpa uzur nescaya Allah akan menutup ke atas hati-hati mereka daripada menerima kebenaran dan kebaikan yang dikehendaki oleh agama. Maka jadilah mereka golongan orang yang lalai.   (Hadith Riwayat Mus...

Khamis, 5 April 2018

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Bani Israel itu dipimpin (diperintah) oleh Nabi-nabi. Setiap seorang Nabi mati, digantikan Nabi yang lain. Tetapi tidak ada Nabi sesudahku, dan akan ada Khalifah-khalifah. Mereka itu sampai banyak." Sahabat-sahabatnya bertanya: "Maka apakah perintah tuan kepada kami? Beliau bersabda: "Tepatilah baiah (perjanjian) yang pertama, kemudian yang berikutnya. Berikanlah hak mereka,...

Dari Ibnu 'Abbas r.a., ada sejumlah sahabat Nabi saw berjalan melalui tempat pengambilan air, di mana terdapat orang yang disengat binatang berbisa. Lalu salah seorang dari orang-orang yang berada dekat tempat air itu datang dan berkata: "Adakah di antaramu yang pandai mengubati? Di tempat pengambilan air ada seorang laki-laki disengat binatang berbisa." Lalu salah seorang dari sahabat pergi ke sana. Ia membaca al-Fatihah dengan upah seekor...

Diceritakan oleh Abu Burdah r.a. dari bapanya, bahawa Rasulullah saw. bersabda, "Ada tiga jenis orang yang mendapat dua pahala sekaligus. Iaitu: (1). Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani), yang percaya kepada Nabinya dan, percaya pula kepada Muhammad saw. (2). Hamba sahaya, apabila dibayarkannya kewajibannya kepada Allah dan kewajiban kepada majikannya, dan (3). Laki-laki yang mempunyai hamba sahaya perempuan, diajarnya berkesopanan dan...

Rabu, 4 April 2018

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Allah Ta'ala tertawa (rela) kepada dua orang lelaki, di mana seorang di antaranya membunuh yang lain, lalu keduanya masuk syurga. Tanya para sahabat, "Bagaimana bisa begitu, ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Lelaki yang terbunuh itu mati dalam jihad fi sabilillah, maka dia itu mati syahid. Kemudian si pembunuh taubat kepada Allah Ta'ala, lalu Allah menerima taubatnya. Sesudah...

Dari Anas bin Malik r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Tidak satu pun orang yang telah mati, pada hal dia telah memperoleh pahala yang menggembirakan di sisi Allah, yang ingin kembali ke dunia sekalipun dunia dan seluruh isinya diberikan kepadanya, kecuali orang yang mati syahid. Orang mati syahid itu ingin kembali ke dunia, kerana dia ingin sekali lagi sebagai syuhada kerana dia telah melihat bagaimana mulianya mati syahid." Hadis Sahih...

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Sebelum kiamat terjadi kamu akan memerangi orang Yahudi, sampai sebuah batu di mana orang Yahudi bersembunyi di baliknya, berkata: "Hai orang Islam! Inilah orang Yahudi di balikku! Bunuhlah dia!" Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1326. ...

Selasa, 3 April 2018

perbahasannya tak capai tujuan...

doh stahung bincang, sampa le ning dok ade folo ak.. parohhh...

khawarij moden... hati-hatilah sohabat...

alangkah baik orang yang disebut, menjawab sendiri...

berguru dengan wahabi, rujuk daesh pon ada?...

kena ada ilmu baru tau...

bagus juga ada muzakarah gini, ketnya ade ke tak didedahkan pada masyarakat?...

Saban waktu terpaku di daerah lesu ...

Mewartakan kepada kami Bakru bin Kholaf, yaitu Abu Bisyr, mewartakan kepada kami Abdur-Rahman bin Mahdiy, mewartakan kepada kami Abdur-Rahman bin Budail, dari ayahnya, dari Anas bin Malik, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai keluarga dari manusia." Para sahabat bertanya: "Siapakah mereka itu?" Beliau menjawab: "Mereka adalah Ahlul-Quran, keluarga Allah dan orang pilihan-Nya.'' Dalam Az-Zawaid: Isnad...

Dari Sam'an dari Samrah berkisah: "Tatkala kami berada di hadapan orang mati bersama Rasulullah saw, beliau bertanya: "Adakah di sini seorang dari keluarga orang yang mati?" Setelah beliau mengulangi pertanyaan tersebut hingga tiga kali; maka seseorang berdiri, maka Rasulullah saw bertanya padanya: "Apakah yang mencegahmu untuk menjawab pertanyaanku tadi?" Sungguh aku tidak ingin menyampaikan berita padamu melainkan demi kebaikan. Sesungguhnya...

Qutaibah menceritakan kepada kami. Al laits memberitahukan kepada kami dari ibnu Had dari Musa bin Sarjis dari Al-Qasim bin Muhammad dari Aisyah: Sesungguhnya dia berkata: "Saya melihat Rasulullah saw ketika menjelang wafatnya, di sampingnya ada gelas berisi air dan beliau memasukkan tangannya ke gelas itu dan mengusup mukannya dengan air,kemudian beliau berdoa: (Ya Allah! tolonglah saya atas kesengsaraan mati dan payahnya mati) Hadis...

Isnin, 2 April 2018

Dari Abu Sa'id Al Khudri bahawasanya: "Ketika Nabi saw pernah melihat sebahagian sahabatnya datang terlambat, beliau bersabda pada mereka; "Mari kita solat lebih dahulu, biarkan orang-orang yang terlambat, mengikuti yang datang setelah kalian. Ada kalanya suatu kaum selalu datang terlambat, sehingga Allah pun mengakhirkan rahmat-Nya bagi mereka." Hadis Sunan An-Nasai Jilid 1. Hadis Nombor 0774. ...

Dari Abu Said r.a.: Nabi s.a.w. bersabda: "Kamu akan mengikuti Sunnah (tradisi) orang-orang yang sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta biarpun mereka memasuki lobang dhab (sebangsa biawak), kamu juga akan memasukinya". Kami berkata: "Hai Rasulullah! Orang Yahudi dan Nasranikah?" Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa lagi?" Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1507. ...

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

356,861

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak