Selasa, 18 Mei 2010

Filled Under:

jangan buru-buru, fikir-fikir dulu

Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda:

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
http://dzikir-fikir.com/article/16418/tandatanda-sudah-dekat-dengan-ajal.html

semenjak-dua menjak

dekat dua minggu ikan aku sakit. meneneng dan ketetel aje aku tengok. kesian, mulut pon mengomel... camana la aku nak tolong ko ni. aku bukan doktor. kalu pon ada doktor haiwan, aku tak penah dengo lagi orang bawak ikan gi klinik tu. anjing dengan kucing biasa le... hai! apa le sakit ko ni.

dalam pada itu, aku tengok kengkawan dia sekejap kang datang dok sondol member yang tengah termenung. tak tau le aku apa tujuannya. suruh dia aktif kot jangan dok terbaring macam orang demam, aku tak pasti. sesekali ikan kenit datang dok berlaga idong. biasanya aku tengok orang pompuan suka buat cenggitu, berlaga pipi time baru jumpa atau bila nak balik. budaya baru? gamaknya ikan ni pon tiru manusia juga, atau sebaliknya. tapi aku rasa ikan kenit tu datang berziarah dan bertanya khabar. macam kita tengok semut bila berjumpa. orang kata, dia tengah bagi salam. wallahu a'alam.

baru-baru ni

aku tersenyum lebo... tak sangka dia dah sihat. jarang beno ikan sakit yang boleh bertahan. tapi nampaknya yang ini dah mula kembali ceria bermain dengan rakan dan dah mula berebut makanan. cuma badannya tak berapa lembut bila berenang. "kot kena stroke", kata orang rumah. ceh! suka-suka je...

heh... sib baik aku tak semelih dulu atas alasan menamatkan penderitaan. kalu tak, saje je menjadi pembunuh yek.

12 orang adijauhari:

piewahid berkata...

lain teknik penceritaan org berseni ni. halus & bersih dan penuh keindahan...

akuanakpahang berkata...

Bergitulah erti sebuah kehidupan yang pasti akan berakhir dgn kematian... janji Allah setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati.

Semoga kita sama2 bertaqwa. Insyaallah.

Saya berkata...

ahahha..

best2..kene stroke..ahaha..kesian..

azieazah berkata...

Kalu dah ajal, mana leh diubah walau sesaat...

melatidaisy berkata...

lawa kolam ikan en.cemomoi..btol la tu ikan tu kena stroke, tp alhamdulillah panjang umo =)

arryani berkata...

ikan tu putus cinta...kihkihkih..Carikan awek baru tuk dia

Werdah berkata...

Salam cemomoi,

Ya lah kan, siapa sangka nyawa-nyawa ikan tiba-tiba segar bugar lak..

"Manusia itu dijadikan dengan sifat tergesa-gesa.... maksud ayat al-Anbiya' ayat 37.

Nur -al- Ain berkata...

cam ne nak tau ikan sakit? hiii, tau tau dah mati je.. erkk

cemomoi berkata...

assalamualaikum:

abgpie: takde le (heee tengoh kembang idong ni)

akuanakpahang: amin.. cuma ramai orang islam yang putus asa berakhir dengan tragedi

saya: kesssiaaan (madu tiga)

kak azieazah: setuju, datang malaikat pon kita tak tau camana la nak tahan maut tu

melatidaisy: kolam tu... ala untuk anak-anakkkk (ikan!)

arryani: dah... ada tambah lagi yang baru. kiut, bawah umur lagi, tapi tak tau la mana jantan mana betina

kak werdah: nampaknya tak bule pakai le perumpaan 'nyawa-nyawa ikan' tu dah

ain: cam orang demam jugak... kalo moyok je tu cuba la tanya dia

seri berkata...

hidup jangan disia-siakan.....

nina berkata...

selamat lagi ikan tuuuuu..

cemomoi berkata...

nina: kalo tak, kena gorenggg

seri: hidup hanya sekali buat le sebaik mungkin supaya tak menyesal