jumaat0510199009.00a.m
cekgu yatie (ajar Sejarah) nangis depan aku (dalam library) pasal sedey nengok nasib sudin sakit takde sapa amik peduli. aku ingat lagi la, mulanya sudin kena buluh kat lutut. masa tu kitorang, kama, topik, eddie, mat nodin, dan mazli nak hapy la baru abih oral b. inggeris. gie mandi dan main ragbi buah kelapa hanyut kat sungai dong belakang rumah ustazah jainah (08091990), kira cedera parah gak le. tiga pat minggu dok spital raub last hantar ke spital lipih. sampai le time exam masih bertongkat. masa tu le aku aku nengok sikap persahabatan yang akrab dan kememberan yang terserlah di kalangan geng-geng aku. tolong mandikan, usungkan ke bilik ayaq bila dia nak melebur... dan macam-macam lagi le.
persahabatan ini memberikan kesan yang amat kuat terhadap aku. adakala time rehat waktu sekolah biasanya kitorang gie ramai-ramai ke kantin dan collect le sapa-sapa yang ada duit, tak kira la brapa pon nak bagi. last kitorang makan le sesama apa yang ada. sampai hari ini aku tak temui kawan-kawan macam tu dan aku sering merindui mereka.
* eksklusif buat teman, korang mesti tak tau crita ni,
Selasa, 4 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 zmn org suka mengomen:
Catat Ulasan