Jumaat, 9 Mei 2014

al-kisah zaman dulu, sorang polis pening kepala bila sorang pencuri di bawah jagaannya melarikan diri dari tahanan. dia pon tak brani nak balik ke balai kang tak pasal-pasal dia pulok masuk lokap. dah sakit kepala dok memikirkannya, tetiba ada orang nasihatkan "pie le jumpa tok ku paloh!" jadik dia pon gie le kat pondok tuan guru tok ku paloh untuk mendapatkan bantuan. dia dibawa bertemu dan mengadu le dia akan nasibnya. tok ku paloh kabo, "nak wat camana, dah itulah ketentuan takdir Allah ke atas kamu"

tak putus harap beliau merayu lagi, "tuan guru tolong buat la camana pon janji mamat tu balik" "gini la, awak balik le, kita tengok la camana..."

polis ni pon balik la, ketnya kat rumah tetap tak bule tido selagi masalah tak selesai. sudahnya dia pon nak mengelamun kat luo rumah. eeelok je bukak pintu, ehhh mamat tu dah dok terpacak depan rumah... huh!!!

(TG Nik Aziz gambo ni masa masih menjadi Menteri Beso kelantan. ada ke pemimpin beso yang lain dok rumah sempoi sambil bela kambing cenggini)

dek brasa bukan sembarangan tok guru, polis ni datang jumpa tok ku paloh dengan hajat nak nuntut ilmu. "ilmu apa ko nak blajo?" "tak kesah la tapi datang nak mengaji le..."

"gini le... kalu nak belajar bole tapi dengan satu syarat, belajar dengan kambing selama seminggu bole?"

dek kerana  datang tadi sungguh-sungguh kata nak belajo, malu alah le kalu nak patah balik, sudahnya terima juga le syarat yang tak berapa munasabah tu.

"senang je..." kata tok ku paloh, "awak catat amenda kambing tu buat dalam seminggu ni."

polis ni pon dok la catat setiap masa akan hal kambing ni tadi. cukup seminggu dia jumpa tok guru untuk present laporan. "kambing ni lain keja takde, siang malam asik makan je."

"lain?"

"dia makan tak kira ladang orang ke, kebun orang ke, pokok bunga orang ke. pendek kata dia punya dia punya, orang punya pon dia punya."

"lain?"

"emak dia bini dia, anak dara dia bini dia, bini orang bini dia... senang cakap asal je betina, tu kira semua dia punya bini. teruk tul kambing ni!"

"awak tau kambing tu sapa?"

"kambing tu kambing le tok, lain pada tu tak tau la saya"

"kambing tu, awak la!"

terkedu dan terus menangis hamba Allah ni. baru dia sedar selama ni dalam kita mencari rezeki, tak peduli siang atau malam, makanan halal dan haram bercampur-aduk, maksiat berkapuk-kapuk... astaghfirullahul azim!

Jumaat, 2 Mei 2014

crita sorang kawan...

sorang member sms, katanya "jiwa kacau sekarang!" "napa?" aku tanya. "suami ko nak kawin lagi ke?" eh boleh pulok aku gurau saat dia tengah sedih cenggitu.... "tak! hasben yang meracau. dia dapat rasakan ajalnya makin dekat..."

apa yang bole aku tolong aaa...?

moga emel ni dapat membantu jiwa kamu yang dirundung sedih

Assalamualaikum w. b. t

apa crita sekarang... dah oke ke abang ko... harap dapat tenangkan fikiran. mati tu kerja Allah sama ada dekat atau jauh setiap orang akan mati. berbahagialah orang yang dah tau kematiannya kian dekat dan dia makin dekat dengan Allah, tapi sebaliknya kalau lupa pada mati dan lupa pada Allah itu tanda orang yang celaka ('celaka' dalam agama je, sebab tu perkataan tu disebut dalam al-Quran, kata ustaz yang ngajar kat surau aku. dia pelik bila kita istilahkan kemalangan kepada kecelakaan! - sori, iklan jap)

orang yang ingat pada mati itu cerdik, kata Rasulullah sallahu alaihi wassalam. sebab orang yang ingat mati akan perbanyakkan amalannya. kerana kita hidup kekal di akhiratlah, maka kita sediakan bekalan untuk ke sana, bukan beli tanah banyak-banyak macam aku ni. jangan menangis pada orang yang akan kita tinggalkan, kerana biasanya mereka akan ketawa setelah kita tiada lagi di dunia ini. ada baiknya kita tangisi pada nasib yang bakal menimpa kita kelak. nauzu billah. memang kematian itu menakutkan.

Allahumma tahtimna bi husnul khatimah wa la tahtim alaina bi suu'il khatimah

moga kita sentiasa ingat mati

Selasa, 22 April 2014

masa senangmu dah abih, la ni masa sibukmu plak....

assalamualaikum w.b.t

memang teruk! kalu yang kenit dah beso, yang beso pon sampai dah hilang gigi... tak patuttt

lama betul blog ni berkubur

doa untuk semua rakan yang pnah bermastautin dan bermukim di sini, moga ceria sokmo dan teruskan perjuangan


Jumaat, 20 Januari 2012

aku ni takde la tua sangat, bila ada pulak yang panggil tuan lagi la aku gelabah beruk... (jadik tolong la jangan panggil aku tuan). cuma dua tiga menjak ni memang terpaksa jadik bos kat opis sebab bos besar dan lagi besar kat atas aku tak diisi.... maka banyak le yang aku tanggung. termasuk tanggung azab kalo nak kena marah dengan orang atasan.

errr bukan itu yang nak crita. crita sebenar ialah bila member ajak jadik saksi anak dia nak kawin. kami (sorang lagi kawan @ jiran yang diajak jadik saksi) turut berseloroh "heee... saksi 25%!" dan bila imam kata kat bapa si perempuan (jiran kami ni) "nanti kena sediakan duit rm160 untuk bayo tok kadi, saksi dan bla, bla, bla..." sengih kami lagik lebar.

lepas setel urusan isi borang, kami dibawa soru kat sebuah kedai makan. dah tentu banyak crita hal kawin disembangkan. memandangkan aku ni semua anak lelaki, manakala member yang jadik saksi kedua baru dapat anak (semua pompuan) maka isteri jiran aku pon memeriahkan suasana:

"haa bole le amir berbesan dengan rusdi ni nanti..."

aku diam jap, amik napas dan kata, "dua perkara yang tak bole buat main, kawin dan cerai. kalu bergurau pon bole menjadik. haaa jadik statement cenggitu bahaya laa."

kalu le bapak si pompuan yang berkata cenggitu kat aku dan terima offer dia serta cukup syarat saksi maka nikah bole jadik sah. maka anak kita yang kecik-kecik ni kawin le tanpa pengetahuan dia. malangnya bila dia beso nanti dia kawin pulak dengan orang lain. jadik tak heran le kalu ada hadis nabi yang mengabarkan anak zina akan berleluasa kelak.

psst: orang tua-tua kita dulu rajin buat keja gitu, jadik eeelok le kita beringat!

Isnin, 9 Januari 2012

orang melayu berpolitik memang teruk... bukan matlamat yang dijaga tapi brapa banyak yang bole disebat dan dikebat!

...

"yakinlah betapa masanya untuk kita menguasi dunia sudah tiba" kata tok khatib dengan penuh optimis dan wajah yang kompiden.

"15 hari saya di gaza, hampir 115 buah masjid dimusnahkan oleh yahudi, kenapa masjid jadik sasaran? kerana mereka tau di situ le pusat kekuatan orang islam"

dari sudut sejarah, kata tok khatib bahawa pusat kekuatan dunia dahulunya berada di timur. lihat aje kerajaan firaun, himyar, babylon, persia dan sebagainya. kendiannya berpindah ke eropah di tangan romawi, athens, greek dan lain-lain lagi. "tapi dengan izin Allah ia kembali ke pangkuan timur di bawah naungan Islam. malangnya atas kealpaan kita akhirnya ia berpindah semula ke eropah!" tok khatib menyorot sejarah dalam khutbahnya.

tok khatib memberikan justifikasi kuasa dunia akan berpindah ke timur:

1. "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, ... " (maksud surah Yunus:49). maka dah dekat sampai masanya untuk ajal (expired date) umat/bangsa yang zalim yang memerintah dunia

2. "Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap." (maksud surah al-Isra :81). retinya kezaliman tak selamanya bertahan

3. "...Bumi akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang salih." (maksud surah Anbiyak :105). dan janji Allah jelas bahawa bumi ini hanya untuk dimakmurkan bukan untuk dibinasakan dan orang yang memakmurkan bumi ini tentu le orang yang saleh je

dan seperti besa, lepas jemaat di kedutaan indon tu berakhir, kami akan ikut membahaskan serba sedikit khutbah pak imam tu. "ko tau apa kesimpulan tok khatib tu tadi?" joe diam je sambil sengih nunggu aku ngabihkan ayat power...

"walopon yahudi dah bagitau rahsia, heee... rentikan la kita nak takluk dunia kalu waktu subuh kita jemaahnya tak seramai waktu solat jumaat... tu pon asik subuh gajah je, camana!"

Selasa, 3 Januari 2012

tahun baru ni rasa tak berseri pulak...

ahad lepas ke pasir gudang, jb untuk berziarah ibu saudara yang dah lama tak berjumpa. khabar tak baik betapa dia kini terlantar sakit teruk kerana disihir orang. penyakit yang dah lama tapi kian kelihatan sengsaranya akhir-akhir ini. rambutnya pon banyak yang gugur selain pergerakan terpaksa dipapah.

mengikut crita sepupu, sihir ini dah diakui oleh beberapa ustaz yang pakar mengubat. baru-baru ni seorang ustaz dari darul syifa' telah merawatnya. apabila diurut hujung kakinya keluar pasir. ustaz tu sendiri muntah darah waktu mengubatnya. diperkirakan sihir ni dimport dari siam. selain pasir ditabur di dalam rumah, ada benda kotor turut diletakkan dalam makanan. semuanya untuk melepaskan rasa sakit ati orang pada mak sedara aku ni. dan yang buatnya pon orang yang akrab kluo masuk dalam rumah, begitu menurut kata beberapa pengamal perubatan tersebut.

"berasabar le mak ngah, Allah nak ujji kita ni untuk diberikan pahala yang banyak atas kesabaran kita. pada orang yang berbuat tidak baik tu takpe la... ada hutang yang bole kita tuntut di akhirat kelak" itu je la yang bole aku katakan.

psst: sbenonya ada beberapa kes lagi yang hampir sama aku hadapi sejak menjak ni. letih juga bila berhadapan dengan hal cenggini. nanti le ada kesempatan aku sambung lain kali.

Khamis, 29 Disember 2011

dek mood menulih ada datang sikit, maka aku gagahkan diri jengok la blog ni... tapi cam besa, bila nak stat mesti dengan isu yang tak pnah selesai ni (penambah semangat)... sesapa nak baca eelok juga jenguk n3 paling terhangat walopon takde perkaitan tapi mungkin kesan daripada penyakit yang sama

...

"kamu tau datuk (nama kena rahsia sebab kang korang kenal lak) tu?" kata sorang bekas bos (pompuan) lama aku yang dah lama juga pencennya.

"napa?" aku nunjukkan minat, saja mancing bio dia buka crita yang menarik nih...

"dia bukan takat kawin dua tapi ada empat bini... bini pertama dia cuma tau bermadu pon dah lewat, tapi dua-dua tu tak tau yang dorang sebenonya kena madukan sampai empat..." dia tersengih je.

aku pon sengih juga memikirkan kehebatan 'datuk' nih... apa ilmu dia pakai?

"tapi seblom tu, dia dah bagi amaran dengan dua orang lagi ni tadik jangan nak ngengada nak expose diri atau 'makan luar'. dok diam-diam je la rumah, keta mewah dah dapat, kan?" sambil crita dia juga ikut mengomen. mungkin dari sudut pandangan wanita yang positif bab poligami.

pada asalnya, dia bagi respon tentang tak kesah kalu lelaki berpoligami sambil kata, "Allah jadikan tu mesti ada kebaikannya"

sabda Rasulullah s.a.w "umatku akan sentiasa baik selagi belum lahir anak zina di kalangan mereka. Jika anak zina sudah tersebar di kalangan mereka, maka aku bimbang Allah akan menimpakan azab-Nya kepada mereka." (maksud hadis riwayat imam ahmad)

psst: emmm barangkali tu la 'ilmu' zaman moden kot - bagi 'kemewahan' dengan bersyarat. penen juga memikirkan bila kita berada di persimpangan antara kehendak fitrah (kawin) dan nafsu (harta).

cuma satu lagi isu, bila dah masuk peringkat 'datuk' sama ada bergelar atau digelar dek cucu ni tak heran le kalu kes 'makan luar' berlaku. dulu crita bangla tapi sejak akhir-akhir ni awang hitam pon mula join skaki. makin bertambah la penyakit moral dalam masyarakat kita ni

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak