Ahad, 11 April 2021

"Ya, akhi. Duduk, duduk, duduk. Kita makan bersama" Ujar seorang Syeikh Arab yang jernih wajah nya kepada aku dalam bahasa arab yang aku faham sikit sikit. Manakala seorang lagi menarik tangan aku supaya aku duduk.

Aku lihat plastik panjang dalam gulungan itu ditebarkan membentuk tikar yang panjang. Datang beberapa orang membawa roti, cheese, kurma syai [teh arab] dan beberapa makanan lagi. Terbentuk sebuah saf panjang, saf untuk makan. Tahulah aku bahawa mereka ingin berbuka puasa sunat.

Aku cuba bangun dari kumpulan itu dan ingin berlalu sebab aku tidak puasa hari itu tapi aku ditarik tangan oleh jamaah di sebelah aku. Yang lain merenung aku sambil tersenyum dan mengisyarat aku agar duduk. Dalam malu-malu aku duduk juga.

Seorang yang tegur aku tadi tanya aku, "Malaysia, Indonesia?"

"Malaysia." Ujar ku.

"Alhamdulillah. Bagus." Jawabnya sambil menujuk jari tanda bagus. Aku senyum. Dia senyum. Aku resah dan malu. Mereka nak berbuka, aku pulak tak puasa. Arab itu terus merenung aku.

Akhirnya aku bercakap bahasa inggeris. "Ya, sheikh. I m not fasting. I am not comfortable to be here."

Dia merenung temannya di sebelah. Rupanya temannya itu pandai berbahasa inggeris. Dia menerang kan pada syeikh itu tentang apa yang aku cakap.

"Tak mengapa, tak mengapa. Kamu tak puasa tapi kamu mera'ikan orang berpuasa itu dapat pahala. Barakah. Barakah. Kita sama sama dapat pahala." Katanya

Sejuk melihat mereka, walau pun orang lain tak puasa dan mereka puasa tapi mereka meraikan juga. Mereka tidak merasa mereka hebat dan melihat orang tak berpuasa itu hina. Malah mereka memotivasi dan mengajak orang lain mera'ikan mereka.

Itulah Madinah. Tempat yang selalu aku rindukan.

Panjang kalau aku nak ceritakan tentang bualan kami, tapi akhlak orang Madinah mahu pun Mekah amat mulia. Mereka suka memuliakan orang lain walau pun orang lain itu faqir dan asing bagi mereka. Berbeda di Malaysia. Tidak semua orang Malaysia baik dan tawadhuk dalam beramal. Memang tak semua. Tapi ada. Pernah terjadi didepan mata aku di satu surau di Shah Alam sewaktu aku singgah untuk solat maghrib. Waktu itu surau itu mengadakan berbuka puasa. Dan sememangnya surau itu terkenal dengan program berbuka puasanya setiap isnin dan khamis.

Surau itu memang ada orang luar, foreigner dan macam macam orang. Selepas maghrib, kami yang tak tahu ni ingat ada kenduri lah! Ada lah sorang dua ni masuk, nak ambik makanan. Mungkin mereka ingatkan kenduri biasa. Bila mereka nak tumpang makan, beberapa jamaah melarang, "Ini hanya untuk yang berpuasa ya tuan tuan. Yang tak puasa tu faham fahamlah yer."

Aku yang baru nak masuk ambik air minum tersentak. Terus tak jadi. Bayangkan yang dah ambik pinggan, terus letak balik. Jamaah lain yang berpuasa tu, seorang pun tak cakap apa apa, malah senyum saja seolah memperkecilkan hamba hamba Alalh yang ingin makan. Apa salahnya. Bukan boleh habis pun sedangkan makanan itu banyak. Aku hanya mampu senyum dan geleng kepala.

Sangka aku orang yang berpuasa sunat ini dan beramal yang sunat sunat ini adalah orang yang bertakwa. Orang bertakwa mesti indah akhlaknya. Tapi di Malaysia tidak begitu. Orang berpuasa sunat atau yang banyak mengamalkan benda sunat sunat ni belum tentu lagi takwanya kecuali setelah diuji akhlaknya.

Usai, solat isya', aku keluar dari surau dan melihat ke dewan makan. Aku lihat makanan dan air minuman masih banyak lagi tersisa. Allaahu. Aku tak boleh bayangkan saudara yang ingin mengambil makanan tadi. Mungkin dia seorang yang fakir atau miskin. Sudahlah makan tak dapat. Dapat lagi rasa malu yang aku rasa suatu pengalaman pahit bagi mereka. Moga kita yang rajin berpuasa dan mengamal yang sunat sunat ini tidak begitu.

Berakhlaklah! Allah tidak melihat amal zahir kamu yang berpuasa tapi melihat hati dan akhlak kamu. Muliakanlah sesiapa saja yang kamu temui jalanan hidup ini dan jangan merasakan diri kamu lebih baik dari orang lain kerana itu petanda penyakit hati yang parah. Selamat berbuka pada yang berpuasa sunat muharram. Semuga Allah menerima amal amal kamu dan membaiki akhlak kamu.

Penulis Dakwah

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak