Isnin, 15 April 2019

"KETIKA lisanmu digerakkan untuk meminta, bererti Dia hendak memberimu."
--- Syekh Ibnu Atha'illah dalam Al-Hikam.

Sahabatku, Syekh Abdullah Asy-Syarqawi menjelaskan bahawa diam adalah sifat yang dituntut daripada seorang hamba yang tak lagi memerlukan perkara duniawi dan tak lagi memedulikan keperluan-keperluannya.
Namun, boleh jadi Allah melepaskan tuntutan diam itu daripadamu. Misalnya, dengan memberimu kemiskinan dan keperluan sehingga membuatmu terdorong untuk berdoa kepada-Nya. Maka, pada saat itu lisanmu digerakkan untuk meminta kepada-Nya dengan lisan keterdesakan. Ini juga bererti keinginanmu terwujud, sebab janji Allah mengabulkan doa seorang yang terdesak keperluan pasti akan ditepati-Nya. Allah tidak perlu melanggar janji-Nya.

Rasulullah SAW bersabda,
"Siapa yang diberi kesempatan berdoa, maka pengabulannya tidak akan terhalang." Terkabulnya doa itu boleh jadi berupa sesuatu yang dimintanya, atau boleh pula selainnya; boleh langsung atau tak langsung.
Seorang sufi berkata, "Terkabulnya doa itu terjadi jika doa itu bersumber daripada ikhtiar dan niat baik. Adapun jika ia mengalir saja daripada lisan tanpa disertai niat dan tujuan, maka terkabulnya doa boleh jadi akan terlambat."

--- Syeikh Ibnu Atha'illah dalam Al-Hikam, syarah oleh Syekh Abdullah Asy-Syarqawi.

Related Posts:

  • MENGENAL SAHABAT SEJATIMU "ما صحبك الا من صحبك وهو بعيبك عليم و ليس ذالك الا مولاك الكريم خير من تصحب من يطلبك لا لشيء يعود منك اليه." "KAWAN sejatimu adalah sahabat yang mengetahui aibmu. Tak lain Dia adalah Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Sebaik-ba… Read More
  • MARILAH DEKATKAN DIRI KEPADA YANG MAHA PEMBERI NIKMAT SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani memberi nasehat: “Jika Allah ‘Azza wa Jalla melimpahkanmu kekayaan, dan kekayaan itu kemudian menyibukkan dirimu daripada berbuat ketaatan kepada-Nya, maka Dia memisahkanmu daripadanya, bai… Read More
  • AHMAD BIN MISKIN dan NAFSU TERSEMBUNYI AHMAD bin Miskin, seorang ulama abad ke-3 Hijriah dari kota Basrah, Iraq pernah bercerita: "Aku pernah diuji dengan kemiskinan pada tahun 219 Hijriyah. Saat itu, aku sama sekali tidak memiliki apapun, sementara aku har… Read More
  • HIKMAH DI SEBALIK UJIAN ليخفف الم البلاء عنك علمك بانه هو المبلي لك فالذي واجهتك منه اللاقدار هو الذي عودك حسن الاختيار AGAR ujian terasa ringan engkau harus mengetahui bahawa ALLAHlah yang memberi ujian. Zat yang menetapkan takdir atasmu adala… Read More
  • ILMU YANG BERMANFAAT BAGI KALBUMU "العلم النافع هو الذي ينبسط في الصدر شعاعه وينكشف به عن القلب قناعه." "ILMU yang bermanfaat adalah yang cahayanya melapangkan dada dan menyingkap tirai kalbu." -- Syeikh Ibnu Atha'illah, Al-Hikam. Sahabatku, menurut S… Read More

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

356,986

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak