Jumaat, 4 Mei 2018

aduhai anak
kau tahu Kataha
atau Langkasuka
turunan Merong Mahawangsa
pendiri Gangga Negara
mana perginya Pahangh dan Kalathana
mana hilangnya Temasik jua Sriwijaya
tak terhitung Funan dan Champa
Melayu agung di swarnabhumi ini
ketulahan sungguh
Melayu hanya bersinonim dengan Melaka
hidayah turun
terbuka kota rezki melimpah ruah
penguasa panglima pelayar pedagang hebat
menjadi alim kerana Muslim
di rumah Nusantara ini


aduhai anak
jatuh bangsamu
kerana gagal tahan bersatu
sejak dulu
telah kukuh bina empayar
melutut satu-persatu
alah penyakit hati
digigit molekul iri
dikepat sel hasad dengki
ditelan barah cemburu


aduhai anak
kuwariskan
tanah sekangkang kera
pada siapa kauingin pautkan setia
pada tahta yang kabur senja
pada negara yang terkongsi bersama
pada kuasa direbut sang gila
diinjak manusia haloba
dilelong si bijaksana



Related Posts:

  • KiTa BaNgSa HEBAT!tahniah kepada semua anak MELAYU yang berjaya dalam peksa baru ni. yang gagal, bukan le gagal idop kalau gagal dalam pelajaran. ramai orang yang berjaya walaupun tak reti membaca. contohnya nabi s.a.w kita. tapi kalau sebut n… Read More
  • spirit of china"dorang punya pakaian ni colorfull and beautiful yea" jadik, sema peserta tak lepas peluang nak bergambo dengan pelajar atau pemandu pelancong yang memakai pakaian etnik masing-masing. (buah labu yang dikeringkan dan dimasu… Read More
  • dah londeh, londeh lagihubaya! hubaya! melayuku cerita tentang masalah orang melayu memang tak penah abis... bercakap banyak tak mendatangkan kesan, langsung tak bercakap memburukkan keadaan. ramai: sang pemimpin dengan lagak masing-masing tak a… Read More
  • mencari diri di celah usia lampau1991 ayahku sorang tukang rumah... namun kemahiran yang ada tak dapat diwarisi dengan mudah kerana kami bersekolah. hanya waktu tertentu, kederat kami adik-beradik diperlukan untuk membantunya. itu pun sekadar membina rumah … Read More
  • DaH SaRaPaN ke LuM? Diceritakan bahawa suatu masa dahulu dua beranak, ibu dan si anak dara tinggal di hujung kampung. Ketika pagi yang damai mula menjengah, si ibu telah bersiap-siap hendak ke ladang sambil berpesan... Ibu : … Read More

1 zmn org suka mengomen:

terokai seni berkata...

nama-nama yang dicatakan tersebut merupakan nama kerajaan melayu lama

pada tahta yang kabur senja - membawa maksud kedudukan institusi raja yang semakin diperlekehkan

#pengarangtolongtafsirkan

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

356,885

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak