Selasa, 30 Januari 2018



Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:


"Barangsiapa diberi Allah kekayaan, tetapi tidak dibayarkannya zakatnya, nanti di hari kiamat hartanya itu akan menjadi ular yang mempunyai dua titik hitam sebelah atas kedua matanya, kemudian ular itu dikalungkan ke lehernya dan menggigit pipinya. Katanya, inilah aku harta yang kamu tumpuk - tumpuk.


Kemudian Nabi membaca ayat: "Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurniaNya menyangka, bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat.

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0720.



Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw. beliau bersabda:




"Sesungguhnya kamu sangat mengharapkan jawatan pemerintahan, tetapi di hari kiamat hal itu menjadi penyesalan. Amat baik perempuan yang menyusukan anaknya dan amat buruk perempuan yang berhenti menyusukan."



Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1897.


Dari Usamah r.a., katanya: Saya mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda:




"Ada seorang laki-laki dihadapkan pada hari kiamat, lalu dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya kemudian ia berputar-putar sebagaimana keldai berputar-putar di sekitar gilingan. Isi neraka lalu berkumpul di kelilingnya, sambil berkata: "Hai Polan! Bagaimana keadaan engkau? Bukankah engkau pernah menyuruh kami berbuat baik dan melarang kami berbuat jahat?"




Jawab orang itu: "Saya pernah menyuruh kamu berbuat baik, tetapi saya sendiri tiada mengerjakannya. Saya pernah mencegah kamu berbuat jahat, tetapi saya sendiri mengerjakannya".




Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1452.


Isnin, 29 Januari 2018

Fahaman Salafi Wahabi: Origin Kepada Ekstremisme dan Radikalisme Kontemporari



 

Salafi Wahabi
Isu Salafi Wahabi dan Salafi Jihadi sememangnya banyak menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat awam sehingga menimbulkan banyak polemik dan perbahasan yang tidak berkesudahan. Pemahaman terhadap isu Wahabi dan Salafi ini akan memudahkan kefahaman terhadap kontroversi jihad dan radikalisme yang dapat dilihat pada kumpulan-kumpulan pengganas kontemporari. Artikel ini akan membincangkan bagaimana ideologi atau doktrin Wahabi menjadi landasan seterusnya mendapat momentum bagi menggerakkan perjuangan menegakkan sebuah Khilafah Islamiyah seperti yang diperjuangkan oleh kumpulan-kumpulan radikal seperti Darul Islam, Al Jama’ah Al Islamiyah dan Ad Dawla Al Islammiya Fii Iraq Wa-Ash Sham (Daesh) @ Islamic State in Iraq and Syria (ISIS).
Daesh
Persoalan tauhid, akidah dan bagaimana doktrin Wahabi diinterpretasi akan dibahaskan bagi mengenal pasti bagaimana dan mengapa ia mendapat tempat di kalangan pengikut kumpulan-kumpulan ekstremis dan teroris kontemporari. Intipati artikel ini adalah untuk memperincikan bagaimana fahaman Wahabi yang kemudiannya bertukar jenama menjadi fahaman Salafi berjaya mendapat tempat  dan menjadi latar belakang dalam gerakan- gerakan ekstremisme dan radikalisme. Artikel ini juga akan membincangkan mengapa fahaman Wahabi atau Salafi itu menjadi kontroversi seterusnya menjadi pemangkin kepada aktiviti-aktiviti keganasan yang dipaparkan oleh beberapa kumpulan radikal yang kita saksikan pada hari ini.


SEJARAH FAHAMAN ATAU ALIRAN WAHABI
Untuk memudahkan pemahaman terhadap matlamat perjuangan gerakan- gerakan seperti Al Jama’ah Al Islamiyah, Boko Haram, Kumpulan Abu Sayyaf (KAS), Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM), Hizbur Tahrir (HT), Darul Islam (DI), Al Arqam, Daesh @ ISIS dan beberapa kumpulan radikal yang lain, perbincangan tentang aliran dan fahaman Wahabi adalah perlu dijelaskan bagi memahami ideologi dan manhaj perjuangan mereka. Ini adalah kerana untuk memahami sejarah gerakan ekstremis dan radikal ini secara holistik, perlu difahami apakah ideologi dan akidah anutan pengikut jamaah ini terlebih dahulu. Justeru, perkara pokok atau tema utama yang perlu diselidiki adalah fahaman Wahabi atau disebut juga sebagai Muwahiddun (golongan yang mentauhidkan Allah/ tuhan yang satu) yang menjadi latar belakang kepada gerakan-gerakan ini. Kebanyakan orang awam memahami atau merujuk serta mengaitkan gerakan-gerakan ini dengan fahaman Salafi atau Salafiyah.
Walaupun Salafi dan Wahabi merupakan dua istilah yang berbeza tetapi sebenarnya kedua-dua istilah ini adalah merupakan fahaman atau ajaran yang sama. Penjelasan ini juga perlu dilakukan bagi menerangkan bagaimana pengikut gerakan radikal ini sebenarnya berselindung di sebalik akidah mereka dengan menyandarkan (menisbatkan) diri mereka dengan golongan Salafus Soleh. Sememangnya bagi masyarakat awam yang tidak memahami sejarah fahaman Wahabi akan terkeliru dengan naratif yang dianjurkan oleh kumpulan-kumpulan sebegini sedangkan sebenarnya aliran fahaman Wahabi inilah yang telah menjurus umat Islam kepada fahaman beragama yang sempit, memecah-belahkan masyarakat dan menyuburkan radikalisme atas nama agama yang akhirnya mencemarkan imej agama dan imej umat Islam itu sendiri.


baca seterusnya:


https://btdmonline.net/2017/12/fahaman-salafi-wahabi-origin-kepada-ekstremisme-dan-radikalisme-kontemporari/


Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:


"Apabila seseorang kamu mati, diperlihatkan kepadanya tempatnya pagi dan petang. Jika ia penduduk syurga, akan masuklah ia ke syurga, dan jika dia penduduk neraka, maka akan masuklah ia ke neraka. Kemudian dikatakan orang kepadanya, "Inilah tempatmu, sampai Allah membangkitkan kamu di hari kiamat."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0709.




Dari Abu Hurairah katanya: "Ketika Rasulullah saw berziarah ke kubur bondanya, maka beliau sempat menangis sehingga orang-orang yang ada disekitar beliau ikut menangis. Saat itu Rasulullah saw bersabda;


"Aku minta izin pada Tuhanku untuk memohonkan ampun bagi bondaku, akan tetapi Dia tidak mengizinkan. Tetapi ketika aku minta izin padaNya untuk berziarah ke kubur bondaku, maka Dia memberi izin padaku. Hendaklah kalian sentiasa berziarah ke kubur sebab, dengan berziarah ke kubur akan mengingatkan kalian pada kematian."


Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2003.


Dari Thowus dari Ibnu Abbas: Ketika Rasulullah saw lalu di kedua kubur, maka Nabi bersabda:


"Sesungguhnya penghuni kedua kubur ini diseksa. Keduanya diseksa bukan dikeranakan dosa-dosa besar, yang satu diseksa kerana tidak pernah bersih bila bersuci dari kencingnya, sedang yang lain suka berjalan dengan menyebarkan fitnah".


Kemudian Nabi saw mengambil sebuah ranting pohon yang masih basah. Ranting itu dibagi menjadi dua dan dicacakkan di kedua kubur itu masing-masing. Tanya para sahabat: "Wahai Rasulullah, mengapa engkau melakukan demikian?" Sabda beliau saw: "Kedua ranting tersebut akan dapat meringankan seksa bagi penghuni kedua kubur itu selama kedua ranting itu belum kering."


Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2038.


Jumaat, 26 Januari 2018

Dari Jabir r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda:


"Iblis membuat pusat kegiatannya di permukaan air (di lautan). Dari sana dikirimnya pasukan-pasukan untuk mengacau umat manusia. Maka yang paling berjasa di antara mereka ialah yang paling besar membuat kekacauan.


Salah seorang di antara mereka datang melapor, "Aku telah berbuat begini dan begitu." Lalu dijawab oleh pemimpinnya, "Engkau belum berbuat apa-apa." Kemudian datang pula yang lain, lalu berkata, "Tidak kutinggalkan dia sehingga aku berhasil memisahkannya dari isterinya." Lalu dijawab oleh pemimpinnya, "Engkaulah yang paling hebat."


Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2409.



Dari Basyir ibnu Nahik dari Abu Hurairab ra. dari Rasulullah saw bersabda:


"Siapa yang beristeri dua, kemudian ia lebih condong kepada salah satu isterinya lebih dari yang satunya, maka pada hari kiamat kelak, separuh badannya akan condong/miring."


Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 3797.



Mengkhabarkan kepada kami Ibnu Juraij dari Atha' berkata: "Kami bersama Rasulullah saw. menghadiri jenazah Maimunah isteri Rasulullah saw. disaraf. Maka kata Ibnu Abbas:

"Ini Maimunah isteri Rasulullah, maka bila kamu memikul jenazahnya, janganlah kamu goncangkan. Sesungguhnya Rasulullah saw. telah hidup bersama sembilan isterinya, tapi beliau memberi giliran untuk lapan isterinya, sedangkan seorang isterinya (Saudah) tidak diberi giliran, kerana ia telah memberikan bahagiannya pada Aisyah."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3056.


Isnin, 22 Januari 2018


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:




"Sebelum terjadi kiamat, matahari terbit dari tempat terbenamnya (barat). Ketika manusia melihatnya, berimanlah orang-orang yang di atas bumi. Ketika itu tiadalah berguna keimanan seseorang yang tiada pernah beriman sebelumnya".




Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1580.


Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda:




"Kita orang yang terakhir di dunia, tetapi orang yang terdahulu pada hari kiamat. Setiap umat sebelum kita menerima Kitab, dan kita menerima Kitab sesudah mereka. Inilah hari yang mereka pertikaikan: Esok (Sabtu) untuk orang Yahudi, dan lusa (Ahad) untuk orang Nasrani. Setiap orang Islam berkewajiban dalam seminggu, satu hari di mana dicucinya kepala dan seluruh tubuhnya (mandi)".




Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1519.




Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw. beliau bersabda:




"Setiap Nabi-Nabi diberikan kepadanya mukjizat-mukjizat menyebabkan manusia beriman (percaya). Tetapi yang diberikan kepada ku hanyalah wahyu (Quran) yang diwahyukan Allah kepada ku dan aku penuh harapan mempunyai pengikut yang lebih banyak di hari kiamat."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1951.


Jumaat, 19 Januari 2018

Dari Abu Hurairah r.a., katanya ada orang bertanya kepada Rasullullah saw., Siapakah orang yang paling berbahagia dengan syafaat (pertolongan) Anda di hari kiamat!"


Jawab Rasulullah, "Saya kira, hai Abu Hurairah, belum ada orang bertanya perkara ini kepada ku sebelum ini. Mungkin barangkali kerana saya lihat engkau sangat rakus mendapatkan hadis. Orang yang paling beruntung mendapat pertolonganku hari kiamat, ialah orang yang mengucapkan Laa ilaaha illallaah, benar-benar ikhlas dari hati sanubari dan seluruh jiwanya."


Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0075.


Rasulullah bersabda;


“Jujurlah kerana sesungguhnya kejujuran menunjukkan kepada kebaikan dan kebaikan menunjukkan kepada syurga."

(HRBukhari)




Dan Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda:




"Belum akan terjadi kiamat, sebelum harta kekayaan telah banyak sampai melimpah ruah, sehingga yang punya harta jadi bimbang, siapakah kiranya yang mahu menerima sedekahnya. Diberikannya kepada seseorang, lalu orang itu berkata kepadanya, "Aku tidak memerlukannya."




Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0724.




Khamis, 18 Januari 2018


Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya Nabi saw. bersabda:




"Siapa yang sentiasa meminta-minta kepada orang banyak, ia akan dibangkitkan nanti di hari kiamat dengan muka tanpa daging sepotong jua pun."




Selanjutnya beliau menambahkan, "Matahari pada hari kiamat nanti sangat dekat sekali, sehingga (genangan) keringat hampir sampai seperdua telinga. Dalam keadaan serupa itu mereka meminta pertolongan kepada Nabi Adam, kemudian kepada Nabi Musa dan akhirnya kepada Nabi Muhammad saw."




Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0762.


Daripada Abdullah bin Amru RA, bahawasanya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah amalan yang terbaik dalam Islam?”




Baginda bersabda, “Memberi makan makanan dan memberi salam kepada orang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenali”.
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, pada suatu masa kami di dalam perjalanan, tiba-tiba datanglah seorang lelaki yang menunggang binatang, lalu dia memandang ke kanan dan ke kiri. Lalu Rasulullah SAW bersabda,




“Sesiapa yang mempunyai kenderaan lebih hendaklah diberikan kepada orang yang tidak ada kenderaan dan sesiapa yang mempunyai bekalan lebih diberikan kepada orang yang tidak ada mempunyai bekalan.” Seterusnya Baginda menyebut berbagai-bagai lagi harta yang patut dibelanjakan, sehinggalah kami semua faham dan sedar bahawa sesiapa pun di antara kami mempunyai harta yang banyak dan berlebihan daripada keperluan sendiri. Maka mereka tidak lagi berhak ke atas harta-harta tersebut.




(Riwayat Muslim)



Rabu, 17 Januari 2018

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata, “Ada seorang laki-laki datang menghadap Rasulullah s.a.w. Ia bertanya : ‘Ya Rasulullah, beritahukan kepadaku (apa yang harus kulakukan) jika bertemu begal yang ingin merampas hartaku?’ Beliau menjawab, ‘Jangan kau berikan hartamu.”


Orang itu lalu bertanya, ‘Bagaimana kalau ia melawanku?’ Rasulullah menjawab, ‘Lawanlah ia.’


Orang itu bertanya lagi, ‘Bagaimana jika ia membunuhku?’ Beliau menjawab, ‘Engkau mati syahid.’


Ia bertanya lagi, ‘Bagaimana jika aku membunuhnya? ’ Beliau menjawab, ‘Dia masuk neraka.’




Hadis sahih riwayat Muslim






Daripada Abu Hurairah RA katanya : Rasulullah SAW bersabda,




“Demi Allah, sesungguhnya orang yang membawa seberkas kayu di atas belakangnya adalah lebih baik daripada dia meminta-minta daripada orang lain sama ada diberi atau pun tidak”.
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)




Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:


"Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya.” 




(Riwayat al-Baihaqi dan Abu Nuim)





Isnin, 15 Januari 2018






suko bena ambo denga ustaz berhujoh ko puok pedooh suko bidooh oghe

Daripada Jabir RA bahawasanya Nabi SAW membeli daripadanya seekor unta, lalu Baginda Rasulullah SAW membayar harganya melebihi daripada harga yang ditentukan.




(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)




Rasulullah s.a.w bersabda:


"Pedagang yang jujur dan terpercaya akan dibangkitkan bersama para Nabi, orang-orang shiddiq dan para syuhada." 


(HR Tirmidzi)


(limau mandarin yang direndamkan bahan kimia)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


"Bertakwalah kepada Allah,wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yg haram."


(HR.Hakim)



Jumaat, 12 Januari 2018

Daripada Abdullah bin Amru bin al-As RA katanya, tidaklah Rasulullah SAW seorang yang bersifat keji, dan tidak pernah melakukan perkara-perkara yang keji, Baginda bersabda,




“Sesungguhnya orang-orang yang terpilih di antara kamu ialah orang yang paling mulia akhlaknya.”
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)




Daripada Aishah RA katanya,


“Rasulullah SAW wafat dan meninggalkan baju besinya yang digadaikan kepada seorang yahudi dengan tiga puluh gantang gandum.”


(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)




Daripada Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :




Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti).
 
(Hadis Riwayat Abu Daud dengan isnad yang sahih)






Khamis, 11 Januari 2018

Daripada Abu Hurairah RA bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda,




“Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka. Sesiapa yang menyeru ke arah kesesatan nescaya dia beroleh dosa seperti orang yang melakukannya, tidak dikurangi dosa mereka itu sedikit pun.”
 
(Riwayat Muslim)




Daripada Abu Hurairah RA katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda,




“Tidak ada suatu kaum pun yang duduk beramai-ramai di sebuah masjid kemudian mereka beramai-ramai membaca al-Qur’an secara bertadarus di kalangan mereka (bergilir-gilir membaca al-Qur’an) nescaya mereka mendapat ketenangan dan mereka juga akan dilimpahi rahmat Allah dan juga di kelilingi oleh para Malaikat, Allah SWT sentiasa menyebut mereka kepada makhluk-makhluk yang ada di sisinya iaitu para malaikat”.
 
(Hadith Riwayat Muslim)




Rasulullah s.a.w bersabda:


"Bacalah kamu akan al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada pembaca-pembacanya ".


(Riwayat Muslim)



Rabu, 10 Januari 2018

Rasulullah saw bersabda,


"Tidaklah tumbuh daging dari makanan haram, kecuali neraka lebih utama untuknya."


(HR At Tirmidzi)




Daripada Jabir RA lagi katanya, “Bahawa Rasulullah SAW biasanya berjalan dibelakang sekali di dalam sesuatu perjalanan, Baginda menolong orang yang lemah mendapatkan rombongan dan menumpangkan ke atas kenderaan yang dinaikinya serta mendoakan untuknya”.
 
 (Hadis Riwayat Abu Daud dengan isnad yang hasan)





Dari Ibnu Umar Ra. ia berkata: "Pada satu ketika dibawa ke hadapan Rasulullah Shallallahu‘Alaihi wa Sallam sepotong emas. Emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dibawa oleh Bani Sulaim dari pertambangan mereka. Maka sahabat berkata: "Hai Rasulullah! Emas ini adalah hasil dari tambang kita".


Lalu Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab, "Nanti kamu akan dapati banyak tambang-tambang, dan yang akan menguasainya adalah orang-orang  jahat."



(HR. Baihaqi)



Selasa, 9 Januari 2018


Dari Anas bin Malik Ra. ia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda,


"Tidak akan terjadi qiamat sehingga waktu terasa pendek, maka setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seperti satu jam serta satu jam dirasakan seperti satu kilatan api." (sebentar saja, hanya seperti kilatan api sekejap).

(HR. Tirmizi)





Dari Abu Hurairah Ra. Ia berkata: "Pada suatu hari ketika Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam sedang berada dalam suatu majelis dan berbicara dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A'rabi (Arab Badwi) lalu dia bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam,"Kapankah akan terjadi hari qiamat?"


Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam terus saja berbicara. Sebagian yang hadir berkata, "Beliau (Nabi) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disenanginya." Sementara yang lain berkata, "Bahkan beliau tidak mendengar pertanyaan itu." Sehingga apabila Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam selesai berbicara, beliau bersabda, "Di mana orang yang bertanya tentang hari qiamat tadi?"Lalu Arab Badwi itu menyahut, "Y a !    S a  y  a     h  a i     R  a   s   u  l   u  l   l   a  h."

M  a  k  a       N  a  b   i     S  h  a  l  l  a  l  l  a  h   u     ‘A  l  a  I  h   I     w  a      S  a  l  l  a  m        b  e  r   s   a   b   d  a  ,      " A   p   a   b    i    l   a           a  m   a  n  a   h       t   e   l    a   h        d    i  s    i  a    -    s  i  a    k    a    n          m    a   k  a       t   u   n   g   g   u   l   a     h      h   a    r    i          q   i   a   m    a   t.    "        A    r    a    b        B    a    d    w    i        i   t    u        b     e     r    t    a    n     y     a          p     u     l     a      ,        "   A    p   a       y    a      n      g            d  i   m    a    k    s     u    d    k    a    n         d    e    n    g    a    n          m    e    n    y    i   a      -n    y   i    a   k    a    n        a     m    a    n     a     h           i  t    u      ?   "         N    a    b    i          S     h     a    l    l     a     l     l     a     h     u           ‘A    l     a    i  h     i           w      a    S      a     l    l     a     m          m    e      n    j    a    w     a    b      ,        "    A     p    a   b    i   l    a           u     r     u     s     a     n         d    i  s    e    r    a   h     k     a    n        k     e    p    a     d    a        y      a     n     g        b     u    k     a     n           a     h     l    i   n     y      a     ,          m      a     k    a        t    u     n   g   g    u    l    a    h        k    e    d    a     t    a     n    g    a    n           h     a     r    i         q    i   a    m     a      t.     "



(HR. Bukhari)









Dari Abu Hurairah Ra. ia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda,


"Akan datang suatu zaman saat itu orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila dia lari membawanya dari puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu gua ke gua yang lain. Maka apabila zaman itu telah tiba, segala mata pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat diperoleh kecuali dengan melaksanakan sesuatu yang menyebabkan kemurkaan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Apabila ini telah terjadi, maka kebinasaan seseorang adalah dari sebab mengikuti kehendak isteri dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya dari sebab mengikuti kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tidak ada lagi, maka kebinasaannya dari sebab mengikuti kehendak familinya atau dari sebab mengikuti kehendak tetangganya".



Sahabat bertanya, "WahaiRasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, apakah maksud perkataan engkau itu?" (kebinasaan seseorang karena mengikuti kemauan isterinya, atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau tetangganya). Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab, "Mereka akan menghinanya dengan kesempitan kehidupannya. Maka ketika itu lalu dia menceburkan dirinya di jurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya.


(HR Baihaqi)




Isnin, 8 Januari 2018


Dari Abu Hurairah Ra. ia berkata: Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam;


"Akan datang suatu zaman di mana seseorang tidak mempedulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber  yang halal ataupun haram."

(HR. Nasa'i)



Dari Abu Hurairah Ra. ia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda,

''Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka, keduanya belum pemah aku lihat mereka. 


Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cambuk bagaikan ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang.

Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, lenggang-lenggok waktu berjalan, mengayun-ayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (ponok unta yang condong). 


Kedua golongan ini tidak akan masuk sorga dan tidak akan dapat mencium bau harumnya. Sesungguhnya bau harum sorga itu sudah tercium dari jarak perjalanan yang sangat jauh

(HR. Muslim)


Dari Ali bin Abi Thalib Ra. dikatakannya, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:


"Apabila umatku telah melakukan lima belas perkara, maka bala' pasti akan turun kepada mereka, yaitu:

1.   Apabila harta negara hanya beredar pada orang orang tertentu 
2.   Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3.   Zakat dijadikan hutang 
4.   Suami memperturutkan kemauan isteri
5.   Anak durhaka terhadap ibunya
6.   Sedangkan ia berbuat baik dengan temannya
7.   Dia menjauhkan diri dari ayahnya
8.   Suara-suara ditinggikan di dalam masjid
9.   Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka
10. Seseorang dimuliakan karena ditakuti kejahatannya
11. Khamar (arak) sudah diminum di segenap tempat
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki )
13. Para biduanita disanjung-sanjung 
14. Musik banyak dimainkan
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)

Maka ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain."

(HR.Tirmizi)




Jumaat, 5 Januari 2018


Dari Salamah binti al-Hurr Ra. ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi waSallam bersabda:


"Akan datang suatu zaman, pada waktu itu orang banyak berdiri tegak beberapa lama, karena mereka tidak mendapatkan orang yang dapat mengimami mereka shalat."



(HR. Ibnu Majah)



Dari Abu Hurairah Ra .. bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam

bersabda,

"Tidaklah akan terjadi qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi, Apabila kaum Yahudi itu bersembunyi di balik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata. “Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada di belakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia!, kecuali pohon gharqad (sejenis pohon yang berduri), karena sesungguhnya pohon ini adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itu ia melindunginya).

(HR. Bukhari Muslim)




DariAbu Hurairah Ra., bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:


"Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates, yaitu sebuah sungai yang ada di Iraq) menjadi surut airnya sehingga kelihatan sebuah gunung dari emas. Banyak orang yang terbunuh karena memperebutkannya. Maka terbunuhlah sembilan puluh sembilan dari seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata. "Mudah-mudahan akulah orang yang selamat itu. "


Di dalam riwayat lain disebutkan: "Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu kelihatan perbendaharaan dari emas, maka siapa saja yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun dari harta itu."

(HR. Bukhari)


Khamis, 4 Januari 2018


Dari Abu Hurairah Ra. ia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda,


"Akan keluar di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjua1 agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang dibuat dari kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang banyak, dan perkataan mereka lebih manis dari gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang buruk).


Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan-Ku Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepada-Ku? Demi kebesaran-Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)."


(HR.Tirmizi)



Dari Sahl bin Saad as-Sa 'idi Ra. ia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:


"Ya Allah! Jangan Engkau pertemukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu zaman di kala para ulama sudah tidak diikuti lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak dihiraukan lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)."

(HR. Ahmad)



Dari Abu Hurairah Ra. ia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda;

"Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang  yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah
dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara hanyalah golongan "Ruwaibidhah".

Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?" Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab,"Orang kerdil, hina dan tidak mengerti bagaimana mengurus orang banyak." 

(HR. Ibnu Majah)



Rabu, 3 Januari 2018


Dari Abu Hurairah Ra. ia berkata: Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam.;


"Tidak akan terjadi qiamat sehingga Tanah Arab (yang tandus itu) menjadi lembah yang subur dan dialiri sungai-sungai."


(HR. Muslim)




Dari Ibnu Umar Ra. ia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam mendatangi kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda,'


"Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah diuji dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tidak ada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung denganAllah SUBHANAHU wa Ta’ala., semoga kamu tidak menemui zaman itu. Perkara-perkara itu ialah:



1.  Tidak tampak perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, melainkan akan berjangkit di kalangan mereka wabah penyakit menular (Tha'un) dengan cepat, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pemah menimpa umat-umat yang telah lalu. 

2.  Dan tiada mereka mengurangkan sukatan/ukuran dan timbangan, kecuali mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan mencari rezeki dan kezaliman dari kalangan pemimpin mereka .

3.  Dan tidak menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tidak ada binatang (yang juga hidup di atas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

4.  Dan tiada mereka menyalahi akan janji Allah dan Rasul-Nya, kecuali Allah akan menurunkan ke atas mereka musuh yang akan merampas sebagian dari apa yang ada di tangan mereka.

5.  Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Qur'an dan tidak mau menjadikannya sebagai pilihan, maka (di waktu itu) Allah akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri. " 

(HR. Ibnu Majah)







Dari Ali bin Abi Thalib Ra. ia berkata: Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi waSallam.:


"Sudah hampir tiba suatu zaman, kala itu tidak ada lagi dari Islam kecuali hanya namanya, dan tidak ada dari Al-Qur'an kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka indah, tetapi kosong dari hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong langit. Dari merekalah keluar fitnah, dan kepada mereka fitnah itu akan kembali."


(HR.al-Baihaqi)


Selasa, 2 Januari 2018


Dari Aisyah Ra. ia berkata: "Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda;


"Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga seorang anak menjadi sebab kemarahan (bagi ibub apaknya) hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas), akan bertambah banyak orang yang tercela dan akan berkurang orang yang baik, anak-anak menjadi berani melawan para orang tua serta orang yang jahat berani melawan orang-orang baik.


(HR.Thabrani)



Dari Huzaifah bin Al-Yaman Ra. katanya: "Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam pernah memberitahu kami dua buah Hadits (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat, sedangkan yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah Shallallahu‘Alaihi wa Sallam memberitahu bahwasanya sifat amanah itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang tertentu. Kemudian turunlah Al-Qur'an. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui pedoman Al-Qur'an dan mengetahuinya melalui pedoman As-Sunnah.

Selanjutnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam; menceriterakan kepada kami tentang hilangnya amanah, lalu beliau bersabda,


"Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan saja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya sepertil epuh di tangan (menggelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gelindingkan dengan kakimu, kemudian menggelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa."

Ketika Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menceriterakan Hadits ini, beliau mengambil sebuah batu kerikil lalu menggelindingkannya dengan kakinya .."Kemudian pagi-pagi (jadilah) orang banyak berjual beli, maka hampir saja tidak ada seorang  pun yang mau menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahwasanya di kalangan Bani Fulan (di tempat tertentu) ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang banyak mengatakan, "Alangkah tekunnya bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tidak ada lagi keimanan sekalipun hanya seberat biji sawi. "

"Maka sesungguhnya telah sampai waktunya, saya pun tidak mempedulikan siapakah di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya'ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikannya kepadaku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nashrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan mengembalikannya kepadaku (maksudnya jika dia seorang Nashrani atauYahudi maka orang yang memegang kekuasaan/pemerintahlah yang dapat membantu aku untuk mendapatkan semua hak-milikku darinya.) Ada pun pada hari ini, saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu saja)."


(HR.Bukhari Muslim)



TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak