Mentari telah segalah tinginya, namun Si Putih masih lagi merayau-rayau mencari makan. Perutnya berbunyi lagi menandakan ia perlu diisi. Hari beransur tengah hari. Si Putih menuju ke pasar mencari jika ada sisa-sisa makanan. Dilihatnya terlalu ramai orang di pasar hari ini. Si Putih menghitung hari, hari ini hari Ahad, bermakna telah seminggu ia dihalau oleh tuannya.
Si Putih mengenang hari-hari berlalu. Betapa indahnya dia tinggal di sebuah banglo bersama tuannya yang penyayang. Masih segar di dalam ingatannya di hari-hari terakhir ia berada di sebuah banglo kepunyaan Dato' Amir, tuannya.
'Ni muntah siapa pula ni? Mak ngah!", jerit Dato' Amir memanggil orang gajinya. Mak ngah bergegas mendekati Dato' Amir yang sedang dikuasai perasaan marah. Dato' Amir menyoal mak ngah. "Ni mungkin si putih punya kerja ni Dato'!", jawab mak ngah.
"Eddie!", jerit Dato' Amir lagi memanggil anaknya. "Buangkan Putih cepat", perintah Dato' Amir. Tanpa banyak soal, Eddie akur dengan perintah ayahnya. Eddie menangkap Si Putih yang sedang terbatuk-batuk. Hidung Si Putih berhingus meloyakan tekak Eddie. Si Putih dimasukkan ke dalam guni lalu dibawa pergi.
"Di mana aku?" tanya Si Putih di dalam hati. Sedang Si Putih melayani fikirannya, tali yang mengikat guni itu dihuraikan. Si Putih dicampak keluar. Kini Si Putih berada di longgokan sampah. Suatu pemandangan yang menjijikkan. Tidak lagi di tempat yang indah.
Tapi itu semua tinggal kenangan. Takkan berulang lagi. Kini Si Putih telah tua tidak secomel dahulu. Mungkin tuannya telah membenci dirinya.
"Syooh!". Tiba-tiba lamunan Si Putih terputus. Ia dihamun oleh seorang penjual ikan di situ. Si Putih bergerak lemah meninggalkan tempat itu. Tidak semena-mena Si Putih disepak oleh penjual tadi. Aduh! jerit Si Putih. Si Putih terperosok di celah-celah kaki orang ramai. Cepat-cepat Si Putih lari meninggalkan tempat itu bersama denyut-denyut yang menyakitkan. Si Putih terdengar rungutan penjual tadi... mungkin memarahinya. Si Putih sedar dia telah tua dan kotor. Mungkin orang ramai akan menghindari si penjual tadi jika dia masih di situ.
bersambung...
* cerpen pertama aku masa tingkatan tiga penah kontroversi, orang lain yang dapat nama
Selasa, 11 Ogos 2009
Ogos 11, 2009
terokai seni
seni
No comments
Related Posts:
DuNiaKu CaCaMerBa 28 satu waktu, kalu tak silap sekitar 2012 kot... kawan aku orang kuat politik mintak tolong... dia nak aku buat lukisan kartun mengenai aktiviti YB dia la... untuk diterbitkan dalam buletin ADUN. besa la, orang politik ni kalu… Read More
DuNiaKu CaCaMerBa 31 kat rumah, kekadang bila takde menda nk tengok, aku akan dok ngulang video keluarga yang aku buat untuk tatapan anak2. imbauan-imbauan ini ada waktunya, melahirkan kekesalan kerana tak buat yang terbaek untuk mereka pada wak… Read More
PIALA DoNiA 4-2 piala dunia piala dah diamik orang yang tinggal kat kita hanya dunia ada yang ditinggal dunia ada yang dunia tinggalkan dia ada ramai yang meninggal dunia ada sedikit yang meninggalkan dunia 4 - 2 4 untuk ak… Read More
IBLIS ITU SANGAT ALIM 👹 👺Assalamualaikum wbk. JIKA engkau bertanya tentang Al-Qur'an kepada iblis, maka iblis akan bisa menerangkan dengan sangat jelas, kerana iblis tau persis kapan ayat itu turun dari langit... Jika engkau ber… Read More
DuNiaKu CaCaMerBa 27 jun 2001 tamat zaman bujang aku. tinggalkan dunia glemer kengkawan pompuan. zaman tu setiap kali balik dari asrama ke kampung mesti ada surat sampai... gamaknya cemuih posmen nganto. sebahagian surat tu masih aku simpan seb… Read More
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 zmn org suka mengomen:
Catat Ulasan