Jumaat, 30 Mac 2018

kuingin jd bintang di langit, bergemerlap, tapi tiada siapa mengenalinya



sebut melayu je racis ye dok.. org melayu pulak tumpang skaki pelehkehkan...






Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Rasulullah saw. adalah seorang yang berakhlak paling baik. Beliau sering datang ke rumah kami, lalu beliau solat di rumah itu. Beliau suruh bentangkan tikar, beliau suruh sapu, kemudian diperciki air, sesudah itu beliau solat mengimami kami, dan kami mengikuti beliau di belakang. Tikar kami terbuat dari pelepah kurma,"


Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0618.


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Seorang laki-laki datang kepada Nabi saw. menagih piutangnya. Dan orang itu menagih dengan sikap kasar. Kerana itu timbullah niat para sahabat hendak memukul orang itu. Beliau bersabda,


"Biarkanlah dia! Dia berhak untuk menagih." Selanjutnya beliau menambahkan,"Berikanlah kepadanya unta yang sebanding dengan untanya !" Kata mereka, "Ya, Rasulullah! Tidak, kami dapati unta yang sebanding dengan untanya, tetapi ada yang lebih daripada untanya."


Sabda beliau, "Berikanlah kepadanya! Sesungguhnya orang yang paling baik di antaramu, ialah yang paling baik pembayarannya."


Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1119.



Diceritakan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa dia mendengar Rasulullah saw. bersabda:


"Kita ini adalah umat terakhir, tetapi terkemuka. Mereka (Yahudi dan Nashara) lebih dahulu diturunkan kepada mereka kitab. Dan hari ini (Jumaat) adalah hari diwajibkan kepada mereka solat. Tetapi mereka berselisih pendapat tentang hari itu. Kerana itu Allah swt. memberi petunjuk kepada kita tentang hari itu. Sedang orang-orang lain mengikuti di belakang kita, iaitu Yahudi esoknya (Sabtu) dan Nasrani lusa (Ahad)."


Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0472.


Khamis, 29 Mac 2018

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah saw. telah melarang melakukan nikah syighar:


Kemudian Ibnu Numair menambahkan, Syighar ialah: Seorang lelaki mengatakan kepada lelaki lain, kahwinkanlah anak gadismu dengan ku, ku kahwinkan pula anak gadisku dengan kamu; atau kahwinkanlah saudara perempuanmu dengan ku, ku kahwinkan pula saudara perempuanku denganmu."


Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1338.


Dari 'Abdullah r.a., katanya: "Di zaman Rasulullah saw., kami adalah pemuda-pemuda yang tidak memiliki apa-apa. Rasulullah saw. berkata kepada kami:


"Hai para pemuda! Siapa yang mampu berumah-tangga, kahwinlah! Perkahwinan itu melindungi pandangan mata dan memelihara kehormatan. Tetapi siapa yang tidak sanggup kahwin, berpuasalah, kerana puasa itu merupakan perisai baginya."


Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1583.


Dari Anas r.a., katanya: "Beberapa orang sahabat Nabi saw. bertanya kepada para isteri beliau tentang amal ibadah beliau ketika sedang bersunyi diri. Setelah mendapat jawapan, maka di antara para sahabat itu ada yang berkata, "Aku tidak akan pernah kahwin!" Sebahagian lagi berkata, "Aku tidak akan makan daging." Yang lain berkata pula, "Aku tidak akan tidur di atas kasur." Mendengar ucapan-ucapan para sahabat itu, Nabi saw. serta-merta memuji dan menyanjung Allah swt. lalu beliau bersabda:


"Bagaimanalah cara berfikir mereka, sehingga mereka berujar begini dan begitu. Padahal aku sendiri solat, tidur, puasa, berbuka, dan bahkan aku menikah. Siapa yang benci kepada cara hidup (sunnah)ku maka dia tidak termasuk golonganku."


Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1320.


Rabu, 28 Mac 2018

Dari Rasyid bin Sa'ad dari salah seorang sahabat Rasulullah saw: "Bahawasanya ketika ada seorang berkata pada Rasulullah saw: "Wahai Rasulullah, mengapa orang-orang yang beriman akan diuji oleh Allah di dalam kubur mereka kecuali seorang yang mati syahid?"


Jawab beliau saw: "Pukulan pedang yang telah menimpa seorang yang mati syahid di kepalanya boleh disamakan dengan ujian Allah yang diujikan baginya."


Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2022.


Dari Abdullah ibnu Tsa'labah Al-Hadlramiy, bahawasanya dia memdengar Ibnu Hujairah bercerita dari Uqbah ibnu 'Amir berkata; Rasulullah saw bersabda:


"Ada lima cara kematian, barangsiapa yang dimatikan Allah dengan salah satu cara itu, maka ia mati syahid:


1. Orang yang gugur di jalan Allah.
2. Orang yang mati tenggelam.
3. Orang yang mati kerana sakit perut.
4. Orang mati kerana wabak kolera.
5. Orang yang mati kerana melahirkan."


Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3023.


Mewartakan kepada kami 'Imran bin Musa; mewartakan kepada kami 'Abdul-Warits bin Sa'id; mewartakan kepada kami 'Abdul'Aziz bin Shuhaib, dari Anas, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda:
 

"Janganlah salah seorang diantara kalian mengangankan mati kerana musibah yang menimpanya. Dan jika terpaksa mengangankan mati, maka hendaklah dia membaca: "Ya Allah! Hidupkanlah aku, jika hidup itu baik bagiku. Dan matikanlah aku, jika mati aku baik bagiku".


Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4265.


Khamis, 22 Mac 2018






puok wahabi buat kalut masyarakat je.. abih huru-hara dibuatnya

baca yasin bidaah, maulud bidaah, majlis zikir bidaah... babi anjing ble amik pekdah... pelik puok wahabi pedooh ni
sumber: fb kami tidak mahu fahaman wahabi di malaysia


Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Maula Maimunah disedekahi orang kambing, lalu kambing itu mati. Kebetulan Rasulullah saw. lalu dekat bangkai kambing itu. Maka sabda beliau,


"Mengapa tidak kamu ambil kulitnya, lalu disamak agar dapat dimanfaatkan?" Jawab mereka, "Bukankah kambing itu sudah mati?"


Sabda Rasulullah saw., "Yang haram adalah memakannya!"


Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0311.


Dari Ibnu Abbas dari Maimunab ra, bahawasanya seekor tikus telah terjatuh di dalam minyak samin yang beku kemudian ia mati, maka ketika hal itu ditanyakan kepada Rasulullah saw; beliau bersabda:
 

"Buanglah tikus itu dan minyak samin yang berada di sekitarnya, sedangkan sisa minyak samin itu boleh dimakan."


Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4106.


Muhammad bin Basysyar menceritakan kepada kami, Muadz bin Hisyam memberitahukan kepada kami, Ayahku menceritakan kepada ku dari Qatadah dari Syahr bin Hausyab dari Abu Hurairah bahawasanya sekelompok sahabat Rasulullah SAW berkata: "Kam'ah itu cacar bumi." Rasulullah SAW bersabda:


"Kam'ah itu dari makanan manna dan airnya merupakan ubat mata, kurma ajwah itu dari syurga dan ia merupakan ubat racun".


Hadis ini adalah hasan.


Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2148.


Rabu, 21 Mac 2018


menyelongkar senarai rodong yang telah lama ditinggalkan... aku cuba susuri beberapa rakan yang akrab mengomen di blog ini suatu ketika dulu, nyata ropanyanya dorang pon ramai yang dah lama tak berblog... masing-masing dengan sebab tersendiri.


istirehatlah
sumber: TPM_bernama201705275194
pic lama 2017... ngekor tpm program buka posa kat sremban ni


Dari Abu Shalih dari Abu Hurairah r.a berkata: "Rasulullah saw. bersabda:




"Siapa yang mati sedang ia belum pernah berjihad, dan ia tidak pernah berkeinginan untuk berjihad, maka ia mati dengan salah satu sifat munafiq."




Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2957.



Dari Abu Hurairah katanya: "Aku pernah mendengar Rasulullah saw bercerita:


"Dulu sebelum kalian, ada seseorang yang menghabiskan seluruh umurnya untuk berbuat mungkar dan maksiat, hingga ketika menjelang kematiannya, maka dia berpesan pada keluarganya: "Jika aku mati, maka bakarlah mayatku dan kemudian abunya taburkan di angin dan di laut, agar Allah tidak dapat menyeksa aku dengan siksaan-Nya yang amat pedih". Pesan orang itu dilaksanakan oleh keluarganya hingga sempurna.

Ketika orang itu ditanya oleh Allah: "Mengapa engkau berpesan demikian?" Jawab orang itu: "Aku berpesan demikian dikeranakan aku takut akan siksaMu". Maka dengan ucapan orang itu, maka Allah mengampuni semua dosa orang itu".


* Diampuni dosa orang itu, dikeranakan dia mati dalam keadaan beriman kepada Allah dan hari kiamat, walaupun dia banyak dosanya


Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2048.


Muhammad bin Basysyar menceritakan kepada kami, Ibnu Abi 'Adiy menceritakan kepada kami dari Hisyam dari Qatadah dari Anas bahawasanya Rasulullah saw. bersabda:




"Tidak ada penyakit menular dan tidak ada tenung, dan aku suka pada fa'1. Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah fa'1 itu.".


Beliau bersabda: "Kata yang baik."


hadis ini adalah hadis hasan sahih.


Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 1664.


Selasa, 20 Mac 2018

Dari Abu Dzar r.a, dari Nabi saw. sabdanya:


"Jibril 'alaihissalam datang kepada ku, lalu dia menyampaikan berita gembira kepada ku: "Siapa saja dari umatmu yang mati, sedangkan dia tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, dia masuk syurga."


Tanya ku, "Sekalipun dia berzina dan mencuri?" Jawabnya, "Ya, sekalipun dia berzina dan mencuri. "


Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0074.


Dari Abdullah bin Amru katanya: "Ketika ada seorang yang dilahirkan di kota Madinah, meninggal di dalam Madinah, maka Rasulullah saw ikut mensolati jenazahnya. Setelah itu beliau berkata:


"Sungguh alangkah baiknya, jika orang ini mati di tempat yang jauh dari tempat kelahirannya". Tanya para sahabat: "Mengapa demikian wahai Rasulullah?"  

Sabda beliau: "Jika seorang mati jauh dari tempat kelahirannya, maka dia akan diberikan kemuliaan di syurga terhitung dari mulai tempat kelahirannya hingga di akhir tempat kematiannya."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1802.


Dari Abi Qatadah katanya: "Ketika ada jenazah yang lewat dihadapan kami, maka Rasulullah saw bersabda:


"Bila yang mati ini adalah seorang mukmin, maka kematian akan memberikan kesempatan baginya untuk beristirehat dari segala kesulitan dan kesusahan di dunia. Bila yang mati ini seorang jahat, maka manusia, negeri-negeri, pohon-pohon, dan binatang-binatang akan terhindar dari kejahatannya."


Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1901.


Isnin, 19 Mac 2018

Kata Musa bin Ali bin Rabah: "Aku pernah mendengar dari ayahku bahawa Uqbah bin Amir Al Juhani berkata: "Ada tiga waktu yang Rasulullah saw melarang untuk melakukan solat dan menguburkan orang mati iaitu:


1. Ketika matahari mulai naik,
2. ketika matahari tepat berada di tengah/tepat di atas kepala dan
3. ketika matahari mulai condong ke barat."


Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1982.


Dari Mugbirah bin Syu'bah r.a., dari Rasulullah saw. sabdanya:


"Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla mengharamkan atasmu:


(1) mendurhakai ibu;
(2) mengubur anak perempuan hidup-hidup;
(3) tidak suka memberi, tetapi suka meminta.

Dan Allah membenci bagi mu tiga perkara :

(1) suka desas-desus;
(2) banyak bertanya (pertanyaan-pertanyaan yang tidak berisi bahkan bersifat mencemuh):
(3) menyia-nyiakan harta (membelanjakannya tidak menurut kehendak syarak, dan pemboros)."


Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1697.


Dari Anas bin Malik r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda:


"Siapa yang ingin rezekinya dilapangkan Allah, atau ingin usianya dipanjangkan, maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim."


Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2187.


Jumaat, 16 Mac 2018

Diceritakan oleh Zaid bin Wahab, r.a., bahawa dia melihat seorang yang tidak sempurna rukuk dan sujudnya. Katanya kepada orang itu,


"Sesungguhnya engkau tidak solat. Kalau engkau mati, maka engkau mati di atas agama yang bukan agama Muhammad saw."


Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0434.


Dari Abdullah bin Busur katanya: "Pada waktu aku duduk di samping Rasulullah saw pada suatu hari Jumaat, maka ada seorang yang melangkahi leher-leher manusia sehingga Rasulullah saw berkata:


"Wahai fulan, duduklah kamu jangan kamu melangkahi pundak orang lain, sebab kamu telah mengganggu orang lain.''


Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1373.


Dari Mujahid dari Abdullah ibnu Umar dari Muhammad ibnu Adam dari Rasulullah saw bersabda:
 

"Barangsiapa yang meminum arak, maka solatnya tidak akan diterima oleh Allah selama tujuh hari dan jika dia mati ketika itu, maka dia mati kafir."

Kata Muhammad Ibnu Adam: "Dalam riwayat lain disebutkan: "Seorang yang minum sampai mabuk, maka solatnya tidak akan diterima oleh Allah selama empat puluh hari, jika dia mati waktu itu, maka dia mati dalam keadaan kafir."


Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5514.


Khamis, 15 Mac 2018

Dari Yahya ibnul Jazzar dari Ummu Salamah katanya: "Nabi saw melakukan solat witir (Solat malam) sebanyak tiga belas rakaat, tetapi setelah usia beliau bertambah lanjut dan tubuh makin lemah, maka beliau hanya melakukan solat malam sebanyak sembilan rakaat."


Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1682.


Dari Ubaidullah ibnu Abdullah dari Ibnu Abbas ra. berkisah, bahawasanya Sa'ad Ibnu Ubadah datang kepada Rasulullah saw dan bertanya: "Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia, sedangkan ia mempunyai nazar yang belum dilaksanakannya?"


Sabda Rasulullah saw: "Laksanakan nazar itu untuk ibumu."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 3677.


Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: Seorang laki-laki datang menghadap Nabi s.a.w., lalu mohon izin kepada beliau untuk berjihad (perang). Beliau bertanya: "Apakah ibu bapa engkau masih hidup?"


Jawabnya: "Masih!"


Beliau bersabda: "Maka berjihadlah mengurus kedua orang tua itu.".


Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1355.


Selasa, 13 Mac 2018

Dari Mash'ab ibnu Sa'ad dari ayahnya berkata, bahawa ia telah merasa kalau ia mempunyai kelebihan atas kaum yang dibawahnya dari para sahabat Rasulullah. Maka Rasulullah saw. bersabda:


"Sesungguhnya Allah menolong umat ini dikeranakan doa kaumnya yang lemah kerana solat mereka dan kerana keikhlasan mereka."


Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3038.


Mohammad bin Basyr menceritakan kepada kami, Amr bin Ashim memberitahukan kepada kami, Hammam memberitahukan kepada kami, Hamman memberitahukan kepada kami dari Qatadah dari Muwarriq dari Abul Ahwash dari Abdillah dari Nabi saw bersabda:


"Perempuan adalah aurat, ketika perempuan keluar maka syaitan menghias-hiasnya (dalam pandangan lelaki.".


Hadis ini hasan sahih gharib.


Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1182.


Mewartakan kepada kami Muhammad bin Rumh, memberitakan kepada kami Al-Laits bin Sa'ed, dari Yazid bin Abu Habib, dari Abul-Khair, dari 'Abdullah bin 'Amr, bahawasanya ada seorang lelaki yang bertanya kepada Rasulullah, dia berkata: Wahai Rasulullah, mana urusan-urusan Islam yang paling baik.".


Beliau bersabda: "Kamu memberikan makanan dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal, maupun orang yang tidak kamu kenal".

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3253.


Isnin, 12 Mac 2018

Berita dari Zaid bin Khalid al Juhaini r.a. mengatakan, bahawa dia bercerita: "Pada suatu kali Rasulullah saw. menjadi imam Subuh bagi kami di Hudaibiyah. Sedangkan tadi malam habis hujan. Setelah selesai solat, beliau menghadap kepada kami dan bersabda:


"Tahukah Tuan-tuan, apa yang telah difirmankan Allah?" Jawab mereka, "Allah dan RasulNya yang lebih tahu."


Kata Nabi, "Allah berfirman, pagi ini ada di antara hambaKu yang beriman kepadaKu dan ada pula yang kafir. Siapa yang mengatakan, hari hujan kerana rahmat dan kurnia Allah, maka itulah orang yang iman kepadaKu, dan kafir kepada bintang. Tetapi siapa yang mengatakan, hari hujan kerana bintang ini dan bintang itu timbul, maka itulah orang yang kafir kepadaKu dan iman kepada bintang-bintang."


Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0463.


Dari Aisyah: "Telah bersabda Rasulullah saw;

"Barangsiapa yang senang bertemu dengan Allah, maka Allah senang bertemu dengannya dan barangsiapa yang tidak senang bertemu dengan Allah, maka Allah tidak senang bertemu dengannya".

Dalam riwayat Amru ditambahkan bahawa para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, tidak seorangpun yang senang kematian, walaupun kematian itu akan menyebabkan seorang bertemu dengan Allah".

Sabda beliau: "Sebenarnya yang dimaksudkan ialah ketika seorang mukmin hendak menghembuskan nafasnya yang terakhir, maka diberitakan bahawa dia akan mendapat rahmat dan ampunan Allah. Disaat itu seorang yang senang bertemu dengan Allah, maka Allah akan senang bertemu dengannya. Adapun jika diberitakan kepadanya akan seksa Allah, maka dia akan tidak senang bertemu dengan Allah. Disaat itulah Allah tidak senang bertemu dengan orang itu."


Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1808.


Dari Abu Shalib dari Abu Hurairab ra berkata: "Rasulullah saw bersabda:


"Aku telah diperintahkan untuk memerangi orang-orang hingga mereka mahu mengucapkan kalimat tauhid "Laa ilaaha illallah" (Tiada Tuhan melainkan Allah), bila mereka telah mengucapkannya, bererti mereka telab menyelamatkan darah dan jiwa mereka, kecuali dengan hak Islam, adapun hisab mereka terserah kepada Allah."


Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 3828.


Jumaat, 9 Mac 2018

Dari Jabir bin Abdillah katanya: "Pada suatu kali ketika nabi saw berpidato di hari Jumaat, maka ada seorang datang masuk ke dalam masjid. Ketika lelaki itu segera duduk, maka nabi bertanya: "Apakah engkau sudah mengerjakan dua rakaat solat sunat?" Jawab lelaki itu: "Belum".

Sabda beliau: "Kalau begitu, kerjakanlah solat sunat dua rakaat sebelum kamu duduk."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1383.
 

Mewartakan kepada kami Muhammad bin Ash-Shabbah, memberitakan kepada kami Sufyan bin Uyainah, dari Ayyub, dari Muhammad bin Sirin, dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Saw. bersabda:


"Di hari Jumaat ada saat, seorang muslim mendapatinya, dia sedang mengerjakan solat, memohon kebajikan kepada Allah di saat itu, maka Allah pasti memberinya." Dan Nabi mengisyaratkan waktu tersebut sedikit sekali, dengan tangannya.


Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1137.


Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:


"Solat yang lima, begitu pula solat Juma'at ke Jumaat berikutnya, dapat menghapus dosa-dosa yang terjadi antara semuanya selama tidak diperbuat dosa-dosa besar!"


Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0182.


Khamis, 8 Mac 2018


Dari Abu Hurairah Ra. ia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:


"Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakannya secara langsung, ia akan terkena debunya."

(HR. IbnuMajah)



Dari Abu Malik Al-Asy'ari Ra. katanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda;


"Sesungguhnya akan ada sebagian dari umatku yang meminum khamar dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka meminum) sambil diiringi dengan alunan music dan suara biduanita. Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi( dengan gempa) dan Allah Subhanahu wa Ta’ala akan mengubah mereka menjadi kera atau babi." 

(HR. Ibnu Majah)




Nabi Muhammad s.a.w bersabda:


"Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir."


(Riwayat Ahmad, Bukhari, Abu Daud & al-Tarmizi)


Rabu, 7 Mac 2018

Dari Tsabit dari Anas ra. berkata: "Ketika Abu Thalhah melamar Ummu Sulaim, maka jawab Ummu Sulaim: "Demi Allah, wahai Abu Thalhah, tidaklah pantas jika lamaranmu ditolak, akan tetapi kamu seorang kafir, sedangkan aku wanita muslimah, maka tidak dihalalkan bagiku menikah denganmu, tetapi jika kamu bersedia masuk Islam maka itulah mas kahwinku, dan aku tidak meminta yang lain dari padamu."


Kerana itu Abu Thalhah masuk Islam; dan Islamnya itulah sebagai mas kahwinnya untuk Ummu Salamah". Kata Tsabit: Sama sekali belum pernah mendengar wanita yang mas kawinnya lebih mulia daripada mas kahwin Ummu Sulaim, iaitu masuk Islam. Maka Abu Thalhah menikah dengannya dan ia sempat memberi anak baginya."


Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3201.



Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Nabi saw. melihat bekas kuning pada 'Abdur Rahman bin 'Auf. Lalu beliau tanya, "Apa ini?" Jawabnya, "Ya, Rasulullah. Aku baru mengahwini seorang wanita dengan maharnya emas seberat biji kurma."


Sabda beliau, "Semoga Allah memberkati perkahwinanmu. Adakanlah jamuan bagi perkahwinanmu itu, walaupun hanya dengan seekor kambing."




Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1350.


Dari Anas r.a. katanya: Telah menjadi sunnah bahawa kalau seseorang mempunyai isteri janda, lalu ia kahwin dengan seorang gadis, maka ia tetap tinggal dengan isteri mudanya selama tujuh hari, setelah itu bergiliran.


Kalau ia mempunyai isteri gadis, lalu ia kahwin pula dengan seorang janda, maka ia tinggal selama tiga hari dengan isterinya yang baru, setelah itu bergiliran."


Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1609.


Selasa, 6 Mac 2018

Dari 'Abdullah bin 'Amru bin 'Ash r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:


"Mencaci ibu-bapa, termasuk dosa besar." Para sahabat bertanya, "Adakah orang yang mencaci ibu-bapanya?" Jawab Rasulullah saw., "Ya,ada! Dicacinya bapa orang lain, lantas orang itu mencaci bapanya pula. Dicacinya ibu orang lain, lalu orang itu mencaci ibunya pula."


Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0070.


Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya:










“ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”




[Riwayat al-Hakim]











Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda:


"Siapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka apabila dia menyaksikan suatu peristiwa, hendaklah dia menanggapinya dengan baik atau diam. Bijaksanalah membimbing wanita, kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagiannya yang paling bengkok ialah yang sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya dia patah. Tetapi jika engkau biarkan, dia akan sentiasa bengkok. Kerana itu bijaksanalah membimbing wanita dengan baik."


Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1413.


Isnin, 5 Mac 2018

Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:




"Apabila seseorang kamu mati, diperlihatkan kepadanya tempatnya pagi dan petang. Jika ia penduduk syurga, akan masuklah ia ke syurga, dan jika dia penduduk neraka, maka akan masuklah ia ke neraka. Kemudian dikatakan orang kepadanya, "Inilah tempatmu, sampai Allah membangkitkan kamu di hari kiamat."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0709.


Dari Jabir r.a., katanya: "Nabi pernah menyatukan dua jenazah sahabat yang gugur dalam peperangan Uhud dalam sehelai kain kapan. Sesudah itu beliau bertanya, "Siapa di antara keduanya yang lebih banyak mempelajari Al Quran?"


Ketika telah ditunjukkan orang salah satu di antara mereka, maka itulah yang diletakkan beliau di muka lahad. Beliau saw. bersabda, "Aku menjadi saksi bagi mereka di hari kiamat nanti." Dan beliau memerintahkan supaya menguburkan mereka dengan berlumuran darah, tanpa dimandikan dan tanpa disolatkan."




Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0695.



Rasulullah s.a.w bersabda:


"Tiada amal perbuatan anak Adam yg lebih menyelamatkannya dari azab Allah daripada zikrullah."



[HR. Ahmad]
















Jumaat, 2 Mac 2018

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. memegang tangannya, lalu beliau bersabda:


"Allah Azza wa Jalla menjadikan tanah pada hari Sabtu, memasakkan gunung pada hari Ahad, menumbuhkan pohon-pohon pada hari Isnin, menjadikan bahan-bahan mineral pada hari Selasa, menjadikan cahaya pada hari Rabu, menebarkan binatang pada hari Khamis, dan menjadikan Adam Alaihissalam sesudah Asar pada hari Jumaat setelah selesai tercipta seluruh makhluk dan pada saat terakhir di hari Jumaat antara 'Asar dan malam."


Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2388.


“Kami memeluk Islam dan berbaiat kepada nabi kami, di saat kami menjumpainya. Datang padanya kabar-kabar tentang kitab-kitab, lalu ia memperlihatkan tanda-tanda (kebesaran Allah) pada kami. Orang yang melihat apa yang kami lihat dan mendengar apa yang kami dengar membenarkannya, berislam, dan membaiatnya. Adapun kalian, kalian belum pernah menjumpai apa yang kami jumpai. Belum pernah mendengar apa telah kami dengar berupa mukjizat dan hujjah. Kalau kalian memeluk Islam dengan tulus dan sebenar-benarnya. Tentu lebih baik dari kami.”




Jawaban Khalid al-Walid kepada Panglima Byzantium, George bin Todzira ketika sebelum pecah perang Yarmuk. Georrge memluk Islam, solat sunat dua rakaat dah syahid dalam perang tersebut.


Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah, mewartakan kepada kami Al-Husain bin 'Ali, dari 'Abdur-Rahman bin Yazid bin Jabir, dari Abul-Asy'ats Ash-Shan'aniy, dari Syaddad bin Aus, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda:


"Sesungguhnya salah satu hari raya hari kamu sekalian yang paling utama adalah hari raya Jumaat. Pada hari Jumaat, Adam diciptakan. Pada hari Jumaat ada tiupan Sangkakala. Pada hari Jumaat orang-orang pada mati (Baca: Az-Zumar, 39:69). Maka dari itu, perbanyaklah kamu sekalian membaca Selawat kepadaku di hari itu. Sebab solatmu itu ditampakkan kepadaku".


Ada salah seorang lelaki berkata: "Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami itu ditampakkan kepadamu, sementara engkau telah menjadi tulang-belulang, yakni engkau sudah hancur?" 'Nabi SAW. menjawab: "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan terhadap bumi makan jasad para nabi."


Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 1085.



Khamis, 1 Mac 2018

Rasulullah s.a.w bersabda :


"Barangsiapa yang suka melambat-lambatkan pekerjaannya maka tidak akan dipercepat hartanya."


(HR. Muslim)


Dari Abu Bakar r.a dari Qabishah ibnu Mukhariq r.a berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda:

"Tidak dihalalkan sedekah melainkan untuk tiga orang,

  • seorang yang hartanya tertimpa musibah hingga habis, maka ia boleh meminta hingga keperluan hidupnya mencukupi, kemudian ia harus berhenti.
  • Seorang yang menanggung harga tebusan darah seseorang muslim, maka ia boleh meminta sedekah, hingga ia dapat menutup tanggungannya, setelah itu harus segera berhenti dari meminta.
  • Dan seorang yang disaksikan oleh tiga orang pintar dari kaumnya, bahawa ia berhak menerima sedekah, maka ia boleh meminta sedekah, hingga cutuk keperluan hidupnya, setelah itu ia harus berhenti dari meminta sedekah.
Adapun selain dari ketiga sebab di atas, maka harta sedekah diharamkan bagi seseorang."


Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2451.



Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda kepada wanita-wanita Ansar, sabdanya:



"Tidak seorang jua pun di antara kamu sekalian yang kematian anak sampai tiga orang, lalu dia menerima musibah itu dengan sabar, melainkan dia masuk syurga." Maka bertanya seorang di antara mereka, "Bagaimana kalau dua orang, ya Rasulullah?" Jawab beliau. "Atau dua orang."


Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2260.


Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:


"Syaitan akan datang kepada Anda bertanya, Siapakah yang menciptakan ini dan itu? Sehingga akhirnya dia bertanya, Siapa pula yang menciptakan Tuhan mu itu?" Apabila sudah sampai ke situ, maka berlindunglah dengan Allah (mengucapkan: A'udzubillahi minasy syaithanirrajim), dan sudahilah."



Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0109.



TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak