Rabu, 28 Februari 2018

Rasulullah s.a.w bersabda:  "Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara; masa muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit, dan hidup sebelum mati." (Hadis riwayat Imam Ahma...

Termasuk baiknya keislaman seseorang ialah ia meninggalkan apa yang tidak berguna baginya (HR Tirmidzi) ...

Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” (Hadis riwayat al-Hakim) ...

Isnin, 26 Februari 2018

Sesungguhnya, ada 2 hal pada dirimu yg dicintai oleh Allah, iaitu lemah lembut dan tidak mudah marah. (HR Muslim) ...

Biarlah setiap kamu mempunyai hati yang mengenang budi, lidah yang setiasa berzikir, dan seorang isteri yang beriman dan beramal soleh untuk membantu kamu menyiapkan diri untuk hari akhirat. (Riwayat Ibn Majah) ...

Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” (Hadis riwayat al-Hakim) ...

Jumaat, 23 Februari 2018

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.” (HR Bukhari dan Muslim) ...

"Sesungguhnya Allah menerima taubat hamba-Nya selama nyawa belum sampai ke tenggorokan." (HR. Ahmad) ...

“Barangsiapa tak henti beristighfar, nescaya Allah akan mengadakan baginya untuk setiap himpitan hidup solusi dan jalan keluar, untuk setiap kepedihan perlepasan dan kebebasan, serta memberinya rezeki secara tidak diduga-duga”.   (HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah dari Ibnu Abbas ra.) ...

Khamis, 22 Februari 2018

Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah; mewartakan kepada kami Yazid bin Harun; memberitakan kepada kami Hariz bin 'Utsman; mewartakan kepadaku 'Abdurrahman bin Maisarah, dari Jubair bin Nufair, dari Busr bin Jahhasy Al-Qurasyiy, dia berkata: "Nabi saw. meludah di telapak tangannya, kemudian meletakkan jari telunjuknya- dan berkata: Allah Azza wa Jalla berfirman: "Bagaimana mungkin engkau membuatku lemah hai Bani Adam! Padahal aku telah...

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya Allah berfirman kepada ku: Berinfaklah kamu, Aku akan berinfak kepada mu." Sabda Rasulullah saw., "Pemberian Allah selalu cukup, dan tidak pernah berkurang walaupun mengalir siang dan malam. Adakah terfikir olehmu, sudah berapa banyakkah yang dinafkahkan Allah sejak terciptanya langit dan bumi? Sesungguhnya apa yang di dalam tangan Allah tidak pernah berkurang kerananya....

"Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi) ...

Rabu, 21 Februari 2018

"Barangsiapa mengajarkan kepada kebaikan maka dia mendapatkan pahala seperti orang yang mengerjakannya." (HR. Muslim) ...

Sabda Rasulullah s.a.w : "Barangsiapa yg ingin ditolong Allah saat tertimpa malapetaka dan kesempitan, maka perbanyaklah berdoa di saat lapang (senang)." (HR Tirmidzi)  ...

Rasulullah SAW bersabda " Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas ketika memasuki rumah, maka hilanglah kefakiran penghuni rumah dan tetangganya". (HR At-Tabrani dan Ibnu Mas'ud - dlm kitab Sa'adatul Darain) ...

Selasa, 20 Februari 2018

Dari Abu Hwairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Allah 'Azza wa Jalla berfirman: Anak Adam suka mencela Ku. Katanya, "Alangkah sialnya masa." Kerana itu janganlah kamu berkata demikian. Kerana sesungguhnya Akulah pencipta masa. Akulah yang menggilir siang dan malamnya. Jika Aku mahu, Aku berkuasa menghentikan pergantian keduanya'" Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2101. ...

"Ibnu Abi Umar menceritakan kepada kami, Sufyan memberitahukan kepada kami dari Ibnu Juraij dari Ibnu Abi Mulaikah dari Aisyah, ia berkata :"Rasulullah SAW, bersabda : "Lelaki yang paling dibenci oleh Allah, iaitu yang banyak berbantah-bantahan (bermusuh-musuhan)".   Hadis ini hasan. Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 4059. ...

Dari 'Aisyah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Manusia diciptakan Allah mempunyai tiga ratus enam puluh ruas. Maka siapa yang membaca takbir, tahmid, tahlil, tasbih dan istighfar, menyingkirkan batu, duri, atau tulang dari jalanan umum, serta mengajak orang kepada kebajikan dan mencegah kepada yang mungkar sebanyak tiga ratus enam puluh kali itu, nescaya dia terhindar dari api neraka pada hari itu." Hadis Sahih Muslim Jilid 2....

Rabu, 14 Februari 2018

Mewartakan kepada kami 'Imran bin Musa; mewartakan kepada kami 'Abdul-Warits bin Sa'id; mewartakan kepada kami 'Abdul'Aziz bin Shuhaib, dari Anas, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Janganlah salah seorang di antara kalian mengangankan mati kerana musibah yang menimpanya. Dan jika terpaksa mengangankan mati, maka hendaklah dia membaca: "Ya Allah! Hidupkanlah aku, jika hidup itu baik bagiku. Dan matikanlah aku, jika mati aku baik bagiku". Hadis...

Dari Abu Sa'id dan Abu Hurairah r.a.. keduanya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Tidak ada suatu cubaan yang menimpa orang mukmin seperti sakit biasa, kesusahan, sakit berat, kesedihan dan kecemasan, melainkan Allah Ta'ala menghapus dosa-dosanya kerananya." Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2205. ...

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Tuhan menciptakan rasa kasih sayang itu seratus bahagian. Sembilan bahagian saja yang diturunkanNya ke atas dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah para makhluk saling berkasih-sayang, sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terinjak." Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1698. ...

Selasa, 13 Februari 2018

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Syaitan akan datang kepada anda bertanya, Siapakah yang menciptakan ini dan itu? Sehingga akhirnya dia bertanya, Siapa pula yang menciptakan Tuhan mu itu?" Apabila sudah sampai ke situ, maka berlindunglah dengan Allah (mengucapkan: A'udzubillahi minasy syaithanirrajim), dan sudahilah." Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0109. ...

sambung sket bubuh sket lagi ...

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Orang banyak sentiasa bertanya-tanya (tentang ini dan itu), sehingga akhirnya mereka bertanya: "Alam ini ciptaan Allah; maka siapakah yang menciptakan Allah?" Sabda Rasulullah saw., "Hendaklah kamu jawab: Aku iman dengan Allah!" Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0108. ...

Isnin, 12 Februari 2018

Bisyr bin Muadz Al-Bashri menceritakan kepada kami, Abu Awanah memberitahukan kepada kami dari Ziyad bin Ilaqah dari Usamah bin Syarik berkata: "Orang badawi berkata: "Wahai Rasulullah kita tidak perlu berobat!" Beliau bersabda: "Ya, hai hamba-hamba Allah, berobatlah kerana sesungguhnya Allah tidak menciptakan penyakit melainkan menciptakan pula ubatnya, kecuali satu penyakit". Mereka berkata: "Wahai Rasulullah apa itu?" Beliau bersabda:...

Dari Anas r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Ketika Allah Ta'ala membentuk tubuh Adam di dalam syurga, Allah meninggalkannya beberapa lama. Sementara itu iblis datang mengelilingi dan memperhatikan apa yang sedang dibuat Allah. Ketika dilihat iblis tubuh itu berongga, tahulah dia bahawa Adam diciptakan sebagai makhluk yang tak dapat menguasai diri." Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2237. ...

Mewartakan kepada kami Ya'kup bin Humaid bin Kasib, mewartakan kepada kami Al-Mughirah bin 'Abdurrahman dari 'Abdullah bin Su'id bin Abu Hind, dari Ziyad bin Abu Ziyad, Maula ibnu 'Ayyasy, dari Abu Bahriyyah, dari Abud-Darda-, bahawasanya Nabi saw. bersabda: "Mahukah aku beritahukan kepada kalian dengan amal-amal kalian yang terbaik, dan paling diridhai di sisi Tuhan kalian, dan membuat tinggi derajat kalian, dan lebih baik bagi kalian daripada...

Khamis, 8 Februari 2018

Dari Ibnu Umar r.a.. kalanya: Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang mengambil sebahagian tanah orang lain tanpa hak (dengan aniaya), maka pada hari kiamat ia akan dikubur sampai tujuh lapis bumi." Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1173. ...

Dari 'Abdullah bin 'Amr r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Ada empat sifat bila terdapat pada diri seseorang, maka dia adalah munafik, sehingga ditinggalkannya sifat-sifat itu: (1) Apabila berbicara, dia dusta; (2) Apabila bersumpah setia, dia khianat; (3) Apabila berjanji, dia mungkir; (4) Apabila bermusuhan, dia kejam." Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0047. ...

Dari Abu Ayyub al-Ansari r.a, Rasulullah saw. bersabda: "Seorang laki-laki tidak boleh bermusuhan dengan saudaranya lebih daripada tiga malam. Kalau mereka bertemu maka yang ini memalingkan mukanya dan yang itu pun memalingkan mukanya pula. Yang terbaik dari mereka itu adalah yang pertama-tama mengucapkan salam." Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1711. ...

Rabu, 7 Februari 2018

Dari Anas bin Malik r.a. katanya: "Rasulullah saw. pergi ke tempat-tempat bekas pertempuran di Badar setelah tiga hari perang selesai. Beliau mendatangi pula tempat-tempat musuh terbunuh dan memanggil mereka. Kata beliau, "Hai Abu Jahil bin Hisyam! Hai, Umayyah bin Khalaf! Hai, 'Utbah bin Rabi'ah! Hai, Syaibah bin Rabi'ah! Bukankah kalian telah merasakan apa yang dijanjikan Tuhan mu sungguh-sungguh terjadi? Dan aku sendiri menyaksikan apa...

Ibnu Abbas r.a. menceritakan: "Nabi saw. berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh beliau suara dua orang sedang diseksa dalam kuburnya. Maka berkata Nabi saw., "Keduanya diseksa bukanlah kerana dosa besar." Kemudian Nabi melanjutkan perkataannya, "Yang seorang diseksa kerana kencing di tempat terbuka, dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan." Sesudah itu Nabi menyuruh...

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Saya bertanya, "Ya Rasulullah, dosa manakah yang paling besar?" Beliau menjawab: "Jika engkau mengadakan sekutu bagi Tuhan, padahal Dia lah yang menciptakan engkau." Saya berkata: "Setelah itu apa?" Beliau menjawab: "Jika engkau membunuh anak sendiri kerana takut ia makan bersama mu." Saya berkata: "Setelah itu apa?" Beliau menjawab: "Berzina dengan isteri tetanggamu." Hadis Sahih Bukhari Jilid 4....

Selasa, 6 Februari 2018

AL-ALBANY MENGKAFIRKAN IMAM BUKHARY Posted on July 10, 2008 by admin AL-ALBAANY MENGKAFIRKAN IMAM BUKHARY Di sediakan oleh ; Abu Lehyah al-Kelantany (0133005046) بيان الحق وكشف أهل الضلال بسم لله الرحمن الرحيم, الحمد لله رب العالمين,المنـزه عن الشبيه والمثيل والزوجة والولد...

Dari Busr ibnu Sa'id, telah mengkhabarkan padaku Zainab Ats-Tsaqafiyah (isteri Abdullah), bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda padanya: "Wahai Zainab bila kamu hendak pergi ke masjid untuk mengikuti jamaah solat Isyak, maka janganlah kamu memakai minyak wangi." Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5106. ...

Dari Abi Shaleh dari Abu Hurairah katanya: "Allah akan merahmati seorang lelaki yang bangun di malam hari kemudian melakukan solat, setelah itu dia membangunkan isterinya, dan isterinya pun ikut solat, tetapi jika isterinya tidak mahu bangun, maka dia memercikkan air ke wajah isterinya sampai isterinya mahu bangun.  Demikian pula Allah akan merahmati seorang wanita yang bangun di malam hari kemudian dia solat, kemudian dia membangunkan...

Dari Ummul Fadhal r.a., katanya: "Seorang Arab dusun datang kepada Nabi saw. ketika beliau sedang berada di rumahku, lalu dia bertanya: "Ya, Rasulullah! Aku telah beristeri, lalu aku kahwin pula dengan wanita lain. Kemudian, isteri pertamaku mengatakan bahawa dia pernah menyusukan isteri ku yang muda itu satu atau dua kali susuan. Bagaimana itu, ya Rasulullah?" Jawab Nabi saw., "Satu atau dua kali susuan tidak mengharamkan perkahwinan." Hadis...

Isnin, 5 Februari 2018

Dari Abu Salamah bin 'Abdurrahman r.a., katanya: "Aku bertanya kepada 'Aisyah r.a., isteri Nabi saw., "Berapakah mahar Rasulullah saw"?" Jawabnya, "Mahar Rasulullah saw. untuk para isteri beliau dua belah uqiyah dan satu nasy. Tahukah anda berapa satu nasy itu?" Jawab ku, "Tidak!" Kata beliau, "Setengah uqiyah. Maka jumlahnya sama dengan lima ratus dirham. Sekianlah mahar Rasulullah saw. bagi masing-masing isteri beliau." Hadis Sahih...

Dari Abul 'Ajfa' dari Umar ibnu Al Khathab ra. berkata: "Ingatlah, jangan terlalu tinggi memberikan mas kahwin pada para wanita, kerana jika mas kahwin itu merupakan ukuran kemuliaan di dunia atau ukuran taqwa kepada Allah, maka sesungguhnya orang yang paling taqwa di antara kamu adalah Rasulullah saw. Padahal Rasulullah saw tidak pernah menentukan mas kahwin untuk isteri-isterinya ataupun atas perkahwinan putra-puterinya, di atas dua belas...

Jumaat, 2 Februari 2018

*sumber : https://generasisalaf.wordpress.com/2018/01/31/tanya-jawab-ibnu-qoyyim-al-jauziyah-dalam-kitab-ar-ruuh/#more-15102 Mengenai Hadiah Bacaan Quran utk Mayit ; فإن قيل : فهذا لم يكن معروفًا في السلف، ولا يمكن نقله عن واحد منهم مع شدة حرصهم على الخير، ولا أرشدهم النبي صلى الله عليه وسلم،...

Dari Anas r.a.: Ada seorang laki-laki menanyakan kepada Nabi s.a.w. mengenai kiamat. Katanya: "Bilakah hari kiamat?" Beliau bersabda: "Apakah yang telah engkau siapkan untuk hari itu?" Katanya: "Tiada suatu pun selain mencintai Allah dan RasulNya". Beliau bersabda: " Engkau akan bersama orang yang engkau cintai!" Kata Anas: Belum pernah kami gembira seperti kegembiraan kami kerana mendengar sabda Nabi s.a.w.: " Engkau akan bersama...

Jabir bin Abdullah mengabarkan, bahawa Nabi saw. bersabda: "Aku diberi (Allah swt.) lima perkara yang tidak pernah diberikan-Nya kepada seorang pun sebelumku. Iaitu: 1. Aku dimenangkan dengan perasaan gentar pada musuh sejauh satu bulan perjalanan. 2. Dijadikan Allah bagiku bumi sebagai masjid dan untuk bersuci (tayammum). Maka di mana saja umatku berada dan waktu solat tiba, mereka boleh solat di sana. 3. Dihalalkan bagiku harta...

Dari Anas r.a. katanya: Saya mendengar Nabi saw. bersabda: "Apabila telah terjadi kiamat, aku diberi hak untuk menolong. Lalu aku memohon: "Ya Tuhan ku! Masukkanlah ke dalam syurga orang yang dalam hatinya ada (iman) sebesar biji sawi!" Lalu mereka masuk syurga. Kemudian itu aku bermohon lagi: "Masukkanlah ke dalam syurga orang yang ada dalam hatinya (keimanan) biarpun sangat kecil." Kata Anas: "Seolah-olah saya melihat anak jari Rasulullah...

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

356,855

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak