Isnin, 12 November 2018

24 oktober - 6 november 2010



journey to china


berpeluang jalan-jalan kat china kali ni memang luar biasa. luar biasa kerana programnya memang jalan-jalan makan angin. melawat tempat-tempat pelancongan dan mempelajari china menguruskan pemeliharaan warisan ketara dan warisan tak ketara. trip ini dianggotai semua negara asia tenggara bersama tuan rumah dan jepun... tapi orang jepun balik awal sebab panas ati... takyah crita la hok tu

sama macam g australia dulu, kat china bibir aku pecah lagi tak tahan sejukkkk... pakai baju berlapis pon aku rasa macam nak beku. gamaknya, suhu pnah gak cecah 0 celcius. sesekali angin kuat, aku macam nak tergolek diterbangkan angin... huhh! serik la nak g obesi lepas ni.

seperkara yang tak tahan kat sini, tiap kali g lawat satu-satu tempat baru, welkang drink mesti disuakan arak. budaya dorang gitu la kot. bagi peminat arak sudah tentu balun cukup-cukup... almaklum bukan stakat free, mesti arak yang ada stended, kan. geng vietnam dan thai aku tengok paling kuat perabihkan minuman tu. bukan takat welkang drink je, ada adat perkahwinan etnik china yang akan berlumba minum arak dengan pasangannya. jadik dalam hal ni, sorang pompuan akan bagi arak pada peserta lelaki... lepas tu masing-masing akan pegang telinga pasangan sambil minum sampai merah-merah muka... hadirin yang lain tumpang gelak dan tepukkkk.

dalam satu demo perkahwinan etnik, beberapa peserta ditarik ke pentas untuk mencuba merasai dikahwinkan... keh3x kalu betui-betui pon ok gak, ada la ole-ole dari china nak dibawa balik, kan? bila bab gini, cepat-cepat aku jadik burung unta, sorokkan kepala dalam tanah sambil punggung terangkat, macam la orang tak nampak!
acara usung bini oleh peserta thai dan Vietnam!

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak