Selasa, 1 Mac 2011

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain daripada Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (maksud Surah Al-An'am Ayat 145)

selain islam, yahudi dan kristian pon dilarang makan babi. semua orang tau tentang cerita cacing pita dalam babi yang tak mati walaupun dimasak dalam suhu yang tinggi sekalipun.

pnah satu kes pada 2008 di spital washington, amerika, sekumpulan doktor pakar terkejut beruk bila jumpa cacing lepas buat pembedahan tumor pada sorang pompuan. dari ujian yang dibuat, dorang kata kemungkinan beso disebabkan banyak makan daging babi yang tak masak atau mungkin disebabkan oleh tersebar kotoran dari individu yang tak cuci tangan lepas pegang najis atau gunakan tandas (lihat wikipedia).

yang tu tak brapa heran, sebab kita dah tau tentang cacing tu... cuma yang heran kenapa babi ni multipurpose? kata saintis, babi mempunyai genetik (DNA) yang hampir menyerupai manusia. gamaknya tu yang semua organ babi nak digunakan hatta pnah jantung babi digunakan menggantikan jantung manusia sementara tunggu stok penderma. babi digunakan dalam kosmetik, lemak dan gelatin dalam pemakanan, bulu sebagai berus, kulit, tulang, dan gamaknya najis pon dorang manipulate supaya jadi berharga.

tak ke kita terasa seolah ia suatu dakyah dan momokan dorang je... sebab dorang tau orang islam tak bule makan babi. ada orang kata minum susu lembu nanti sikit-sebanyak perangai pon ada ala-ala lembu. jadik, melalui proses yang tak disedari orang islam ni, akhirnya babi masuk dalam tubuh kita secara perlahan-lahan yang kendiaannya memberikan kesan pada psikologi dan perwatakan tingkah laku kita dan akhirnya menjalar pulak dalam keturunan.

psst: hui... berwaspada le time membeli. cuba tengok pada kandungan 'mulsifiers E-Codes' kalu dia tulih E 471 dan E 472 tu kompom diperbuat daripada lemak babi. kalu qra-qra tu terang-terang tulih 'pork' manakala pada kasut digunakan sebagai lapisan dalam kasut, kununnya lebih lembut dan mengelakkan kecedaraan pada kaki

24 zmn org suka mengomen:

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum cemomoi...

semoga kita semua dijauhkan dari terjebak dengan najis babi...ia lebih teruk dari najis dadah..

ikan emas berkata...

info yg patut semua Muslim kena tahu..

mai kita sebarkan..

Aku Anak Pahang berkata...

Dompet duit bahagian dalam pun mmg byk diperbuat drp kulit babi. Sebab yang membuatnya makan babi yang mengguna tidak makan babi. Berwaspada sentiasa.. kalau timbul was2 lempor aje ke sungai .

Abu Aiman berkata...

memang kena selau berhati-hati membeli barangan kulit serta makanan terproses zaman ler ni...

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

ish..... kena hati2 selalu...

suri solehah berkata...

salam setuju sangat pasal kod makannan tu,,tapi patutnya benda tu tak berlakukan..di neg ramai islam ni..

ckLah @xiiinam berkata...

Kalau barangan kulit babi, pada tekstur kulit itu ada corak 3 lubang (dot) yang berulang-ulang...

saharul berkata...

babi dah le babi.....ni manusia yg berperangai babi yang payohnyer...

zulkbo berkata...

salam..
koi ada dengar juga salah satu ubat untuk pesakit jantung yang popular di Malaysia buat dari bahan berasas khinzir..moga di jauhkan pada yang muslim..

Miecyber berkata...

Kita selalu menjadi mangsa dalam isu babi nie...

Tatu

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Pernah tengok kat youtube sampai peluru pun ada bahan dari babi..

cuba tengok di sini - http://www.youtube.com/watch?v=BRETz2F-heQ

CekWa berkata...

semuga kita semua dihindari dari babi ni!

Puan Nurussalwa berkata...

akan lebih selamat kalo dpat bwk list codes makanan bile p beli belah.

Ati Masrif berkata...

kisah cacing tu kita tau dari
kakak kita yg belajar medic dulu
eee..mmg geli
minta di jauhkan lah

oya berkata...

ooo..kene hati2 cek code kan..
mcm2..bole tersilap jadinya bile taktau

Kakzakie Purvit berkata...

Betul cemomoi.... kena perhati betul-betul benda yg berkemungkinan dibuat dari babi ini. Contohnya peralatan kulit seperti wallet, handbag, kasut/selipar kalau lubang tiga tu tersusun disetiap permukaan kulitnya sah memang dialah tu.

p/s: bersama mentarbiah apa yg kita tahu. Terima kasih.

Nerzhul berkata...

jauhilah babi dari hidup anda..

munna berkata...

sekarang ni kena hati-hati... habis semua benda pada babi tu boleh guna...

Cik SHiNJU berkata...

Goner nak mengelaknye..
Kdg2 kita tatau ade babi dlm mende2 yg kita guna ter...kelemahan org Islam,kita x menghasilkan produk..harap membeli produk keluaran kapir jek...

dear anies berkata...

penah dpt emel cam ni jg

shameel Iskandar berkata...

saya amat risau takut2 kita terguna produk berasaskan bai tanpa sedar. meskipun ia dimaafkan tapi samapi bila kita ingin bersifat memandang ringan. Trima kasih ats penjelasan

::Budak Degil:: berkata...

na'uzubillah...berwaspade lah..

terokai seni berkata...

assalamualaikum:

sahromnasrudin: moga Allah beri petunjuk dan ampunkan mana yang dah terlepas tanpa pengetahuan kita

ikan emas: eelok le kongsikan dengan kegnkawan.. apa je yang ada kat dalam blog ni kalu bermanfaat sebar je le takde copy right - tu je le sedekah yang bule kita buat untuk sesama muslim

akuanakpahang: koi pakai hok muroh tu pon duit tak isi kat situ... jangan tidak je

Abu Aiman: kekadang nak cepat dah tak kesah pon.. apa pon barangan daripada china nak kena tengok betui-betui

Alimaz-Kembara Terasing: nabi kabo, orang islam tak sepatutnya masuk lubang biawak kali kedua... kalu terkena skali takan kena lagi kot

suri solehah: pelik, kata negara islam contoh dan ada hub halal lagi!

ckLah: tul tu cuma yang heran kulit menatang lain takan takk leh pakai kot

Cikgu Jang: jangan mati pon bertuko jadik babi weh...

zulkbo: adoi la kompom tak bule samak dan kekal pulok dok dalam badan kita ter

Miecyber: selagi kita tak jadi pembuat dan pembekal barangan

Abd Razak: teringat cerita dato' dol said kalah perang disebabkan pengkhiatan orang melayu yang suruh omputih tembak meriam guna tulang babi

CekWa: ya Allah peliharalah kami daripada segala kemudaratan yang membawa bencana kepada iman dan akidah kami

cik nurussalwa: eelok le bawak... memang sokmo bawak tapi kadang lupa juga nak rujuk walopon ada dalam dompet ni

Ati Masrif: tengok cacing gelang tu pon dah geleman... gone rupanya cacing bati tu

oya: selalunya barangan dari china yang banyak guna tu...

Kakzakie: beli yang murah kurang sikit kot... barangan kulit ni yang banyaknya guna menda alah tu, termasuk le kulit yang tak disamak pon takleh pakai juga kang nak bawak semayang payah pulak

Nerzhul: heee babi sokmo dok jauh dari koi tapi koi pulok manjang lari jauh bila lori babi lalu

munna: saja dorang je tu kununnya babi ni binanatng yang bagus

Cik SHiNJU: ketnya banyak juga orang kita hasilkan produk tapi nok cari tu yang payohnya...

http://aniesandyou.blogspot.com: jangan simpan, kena bagitau kengkawan

shameel: kalu makanan, jadik sebati dalam diri kalu berbentuk pakaian dan aksesori kita bawak dalam solat dah camana ibadat kita nanti

Budak Degil:: harap Allah pelihara kita semua

cik sakdi berkata...

babi senang membiak la. biarkan je setahun, penuh satu kandang. huhu

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak