Isnin, 8 Julai 2019

"تشوفك الي ما بطن فيك من العيوب خير من تشوفك الي ما حجب عنك من الغيوب."

"USAHAMU untuk mencari-cari kekurangan yang tersembunyi di dalam dirimu lebih baik daripada usahamu untuk menyibak tirai ghaib yang terhijab bagimu."

-- Syeikh Ibnu Atha'illah dalam kitab Al-Hikam.

Sahabatku, contoh kekurangan yang biasa bersemayam dalam diri adalah sifat riya', tingkah laku tidak sopan, bermuka dua, suka pangkat, dan haus akan kedudukan. Jadi, engkau harus mengarahkan tekadmu untuk menghapus semua keburukan itu dengan riyadhah dan mujahadah, serta berusaha untuk terbebas daripadanya. Upaya ini biasanya harus di bawah bimbingan seorang guru. Langkah rohani semacam ini lebih baik daripada usahamu dalam menelusuri takdir yang terselubung, pelajaran yang tersembunyi, rahsia-rahsia Ilahi, ilmu laduni atau karamah. Sebab, biasanya, dorongan-dorongan seperti itu semua ditunjukkan demi kepuasan dirimu, bukan demi mencari reda ALLAH.

Maka, janganlah engkau mencari semua itu dengan amalan-amalanmu. Jangan sibukkan hatimu dengannya. Jangan pula berhenti di tempat munculnya karamah tersebut, kerana hal itu justeru akan mengurangi ibadahmu.

Sahabatku, ketahuilah olehmu:
"Jadilah pencari istiqamah, jangan menjadi pencari karamah!"

Jiwamu selalu bergerak dan berkeinginan mencari karamah, padahal RABBmu menuntutmu untuk istiqamah. Kerana itu, tunaikanlah hak ALLAH lebih dahulu daripada kau tunaikan keinginanmu sendiri!

Fikir-fikirkanlah... Renung-renungkanlah!

0 orang adijauhari:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

MaKaSeH JeNgUk

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

lukisan simple semua orang ble buat sendiri