Isnin, 8 Julai 2019

 SIKAP raja' (mengharap) adalah perasaan gembira dalam hati kerana mengenal Allah dan fikiran lapang kerana yakin terhadap kelapangan rahmat Allah. Sedangkan lawan sikap raja' adalah ja's (putus harapan) daripada rahmat Allah dan berhentinya hati mengingati-Nya. Ini merupakan bahagian daripada maksiat.

Abul-Qasim Al-Qusyairi menyebutkan bahawa, "Raja' adalah tempat bergantungnya hati kepada apa yang disukai dan akan berhasil pada waktu kemudian. Dengan sikap raja' hati menjadi hidup. Ia berbeza sama sekali dengan tamanni (melamun), kerana tamanni menimbulkan kemalasan."

Syekh Al-Karmani mengatakan, "Tanda-tanda sikap raja' adalah ketaatan."

Perbuatan raja' itu bagaikan seseorang menanam benih yang baik pada tanah yang subur lalu menyiraminya. Sebaliknya, seseorang yang menanam benih pada tanah yang gersang dan tidak pernah disiram lalu ia berkata, "Allah Mahakuasa menumbuhkannya, semoga saja tanaman itu tumbuh." Ini adalah tamanni.

Ibnu Khubaiq membagi sikap raja' menjadi tiga (3) bahagian :

1. Seseorang yang mengerjakan kebaikan, lalu ia berharap untuk diterima. Ini adalah sikap raja' yang benar.

2. Seseorang mengerjakan keburukan, lalu bertaubat dengan mengharapkan ampunan. Ini juga termasuk raja'.

3. Seseorang terus menerus mengerjakan dosa dan tidak mahu bertaubat. Lalu ia berkata,
"Semoga aku diampuni." Ini tak termasuk sikap raja'.

Hal yang tepat adalah jika seseorang merasa dirinya banyak dosa, maka perasaan takutnya harus lebih besar daripada harapannya, kerana dengan takutnya itu ia mahu bertaubat dan setelah bertaubat ia lalu bersikap raja" (berharap) kepada Allah.

-- Imam Al-Ghazali dalam Minhajul-'Abidiin.

0 orang adijauhari:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

MaKaSeH JeNgUk

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

lukisan simple semua orang ble buat sendiri