Isnin, 18 Mac 2019

“ALLAH mengizinkanmu untuk merenungkan apa yang ada di seluruh alam. Tetapi, Dia tidak mengizinkanmu hanya berhenti pada benda-benda di semesta alam semata.

"Katakanlah: Perhatikanlah apa yang ada di langit," - (QS Yunus 10: 101).

Dia membuka pintu-pintu pemahaman bagimu. Dan, Dia tidak mengatakan: "Perhatikanlah langit itu!" agar tidak hanya menunjukkanmu tentang adanya benda-benda semata.”

--- Syekh Ibn Atha’illah dalam Al-Hikam.


Sahabatku, manusia memang memiliki kecenderungan untuk ingin tahu. Ini merupakan sifat dasar manusia, yang tak dimiliki makhluk lain. Kita sering memikirkan, merenungkan, menghayati, memerhatikan, melihat, dan mencari makna serta tujuan di balik kejadian dan penciptaan makhluk Allah. Dan, semua ciptaan Allah berkaitan dengan sifat-sifat Ilahiah, baik dalam wujud keindahan (al-Jamal) hingga keagungan (al-Jalal), dari yang kecil hingga yang besar, dari yang sempit hingga yang luas, terang-gelap, kering-basah, panas-dingin, dan sebagainya.
Allah memerintahkan kita untuk, “Iqra'! Bacalah! Pelajari! Renungkan! Fikirkan!” Namun, Dia sebenarnya tidak hanya menyuruhmu untuk itu, kita justru dianjurkan untuk berhenti pada tataran ini. Kita harus tahu siapa yang menciptakan? Membentangkan? Mengatur, memelihara mereka, dan meliputi segala ciptaan?
Jangan sampai, pengetahuanmu tentang benda-benda itu melupakan dan mengalihkan pandanganmu tentang Al-Khaliq, Al-Ahad, As-Shamad, Ar-Razaq, Ar-Rahman, Ar-Rahim...

Jumaat, 15 Mac 2019





baru ada kesempatan nak edit... seblom aku buang sume pic ni, insha Allah t aku tulih detail pengalaman tu

“JIKA hatimu masih berasa kecewa dan sedih bererti masih terhalang untuk menyaksikan-Nya," jelas Syekh Ibnu Atha'illah.
Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi menjelaskan bahawa jika hati kita masih berasakan kecewa, sedih dan gelisah terhadap hal-hal yang bersifat duniawi, bererti hati kita masih terhalang daripada melihat Allah dengan mata batin. Jika tidak, tentu dia tidak akan berasa risau ataupun sedih atas hilangnya sesuatu dari dunia ini.
Perasaan kecewa dan sedih tersebut adalah akibat daripada sikap memandang diri sendiri dan mengedepankan keuntungan peribadi semata-mata. Padahal, jika seseorang tak hanya melihat dirinya sendiri dan hanya menyaksikan Al-Haqq, tentu dia akan selalu senang dan bahagia.
Allah berfirman, “Janganlah engkau bersedih. Sesungguhnya Allah selalu bersama kita.”
Siapa yang hatinya bersinar dengan cahaya makrifat, ia tidak akan bersedih selamanya. Tetapi, jika orang yang mencapai maqam ini masih merisaukan kesedihan dan kekecewaan yang tak tertahankan, ketahuilah bahawa di dalam kesedihan, kekecewaan dan kerisauan itu masih ada faedah yang mulia. Kesedihan, kekecewaan dan kerisauan dapat menjernihkan hati dan memendam hawa nafsu, serta mengurangi kesenangan dunia.
Kerisauan dan kekecewaan selalu berhubungan dengan sesuatu yang akan datang. Sedangkan kesedihan berhubungan dengan masa lampau. Orang yang dekat kepada Allah, dan mampu menyaksikan kekuasaan dan kehendak-Nya, tentu tidak akan berasa sedih dan kecewa, sebab dirinya selalu merasakan kehadiran Allah, yang begitu dekat dan sangat dekat.

-- Syeikh Ibnu Atha’illah dalam kitab Al-Hikam, dengan syarah oleh Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.
 
 



SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan:

"Perbaikilah hubunganmu dengan Allah. Engkau perlu takut terhadap hukum-hukum-Nya. Kemudian, tunaikanlah hak-hak-Nya. Jika engkau beramal atas dasar hukum-hukum Allah, bererti engkau telah beramal dengan jerih payah yang benar. Bahkan engkau termasuk ikut mendorong orang lain untuk berbuat amal yang baik.
Wahai saudaraku, orang yang beriman adalah yang mahu mempelajari kewajipan yang datang daripada Allah. Lalu ia beribadah kepada-Nya dan mengamalkan perintah-Nya. Mengenal Allah, lalu mencintai-Nya. Sentiasa berkhidmat kepada-Nya. Dan, ia juga benar-benar menyedari bahawa bahaya dan manfaat itu tiada lain datangnya hanya daripada Allah SWT.
Hati yang tertuju kepada Allah itu lebih tenang daripada hati yang menuju kepada makhluk, sebab Allah itu satu sedang makhluk itu beraneka ragam. Dan orang yang hatinya itu tertuju pada makhluk, maka hidupnya tidak akan tenteram, kerana ketenteraman hati itu boleh tercapai bila hanya tertuju kepada Allah semata-mata. Perlu diketahui, bahawa berhenti pada satu pintu itu lebih baik daripada beberapa pintu yang beraneka ragam.
Maka, berhentilah pada pintu Allah. Maka hidupmu akan merasa tenteram dan selalu tertuju kepada-Nya."

-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, kitab Jala A-Khathir.
 
 





SYEIKH Ad-Daqqaq mengatakan: 


"Makrifat itu memastikan datangnya ketenteraman pada hati, seperti juga ilmu membawa ketenteraman pada akal. Siapa bertambah nilai makrifatnya, bertambah pulalah rasa tenteram pada hatinya."
- (Risalah Al-Qusyairiyah).

Dalam kitab kitab Tanwirul Qulub, Syeikh Amin Al-Kurdi mengatakan: 

"Maka hendaknya bagi orang berakal agar mengerahkan seluruh kemampuannya dalam menuntut ilmu makrifat dan tidak menunda-nunda dalam hal tersebut. Jangan sampai terjadi, bila maut datang menjelang, kebutaan kerana kebodohan datang menimpa, hingga tak ada lagi jalan untuk melihat bashirah.
Allah SWT berfirman, "Siapa yang buta di dunia sekarang ini, maka di akhirat kelak pun akan lebih buta dan tersesat jalan."
Maka, mari bersegera untuk belajar makrifat. Datangilah majlis ilmu dan majlis zikir. Bergurulah kepada para ulama pewaris nabi, ahli zikir yang membimbingmu ke jalan rohani. Segera kenali diri kita, kenali Tuhanmu.

Syekh Amin Al-Kurdi juga mengatakan:

"Ketahuilah bahawa pengenalan diri adalah urusan yang sangat penting untuk setiap diri. Kerana, siapa yang mengenal dirinya, maka dia mengenal Rabb-nya. Kenali diri yang hina, lemah dan hina. Dengan begitu kau akan mengenal Tuhannya yang Maha Mulia, Maha Berkuasa dan Kekal Abadi. Siapa yang bodoh terhadap dirinya, bererti bodoh pula terhadap Tuhannya!"
 
 


Khamis, 14 Mac 2019

DALAM kitab Al-Mahabbah, Imam Al-Ghazali bercerita tentang kerinduan Ibrahim bin Adham kepada Allah SWT yang begitu dahsyat. Sebuah kerinduan yang sangat menggelisahkan jiwanya. Ibrahim begitu kecewa dan gelisah.

Suatu hari Ibrahim bin Adham bertutur, “Wahai Rabb-ku. Jika Engkau pernah memberi salah seorang daripada para pecinta-Mu sesuatu yang dapat menenangkan hatinya sebelum bertemu dengan-Mu, maka berikanlah juga itu padaku! Sungguh aku kecewa dan gelisah dibuatnya.”
Setelah itu, aku bermimpi berdiri di hadapan-Nya. Dia berfirman, “Wahai Ibrahim. Apakah engkau tidak malu meminta agar Aku memberimu sesuatu yang dapat menenangkan hatimu sebelum bertemu dengan Aku? Apakah orang yang tercekam rindu dapat tenang hatinya sebelum bertemu kekasihnya?”
Lalu, aku pun menjawab, “Wahai Rabb-ku. Kecintaanku kepada-Mu telah melambung tinggi hingga aku tak tahu bagaimana harus berkata. Ampunilah aku, ajarilah apa yang harus aku ucapkan.”
Maka, Dia menjawab, “Ucapkanlah, Ya Allah...Relakanlah aku dengan ketentuan-Mu, sabarkanlah aku atas cubaan-Mu, dan berikanlah aku kesedaran untuk mensyukuri segala nikmat-Mu.”

Jadi, menurut Imam Al-Ghazali, kerinduan seperti ini baru akan reda dan menemukan ketenangan nanti di akhirat kelak. Kerinduan ini hanya berakhir di akhirat melalui perjumpaan dan penyaksian langsung terhadap Allah Azza wa Jalla.


-- Imam Al-Ghazali dalam kitab Al-Mahabbah wa al-Syawq wa al-Uns wa al-Ridha, Ihya Ulumuddin.
 
 


AL-HASAN AL-BASHRI mengatakan, 

“Ada lima macam manusia di dunia ini:
Pertama, para ulama; mereka adalah ahli waris para nabi.
Kedua, para zahid; mereka adalah orang-orang yang rendah hati.
Ketiga, para pejuang; mereka adalah pedang-pedang Allah.
Keempat, para pedagang; mereka adalah orang-orang kepercayaan Allah.
Kelima, para raja; mereka adalah para penjaga manusia.

Jika orang alim menjadi tamak dan senang mengumpulkan harta, maka siapa yang akan menuntun kaum muslimin?
Jika orang zahid menjadi cintai dunia, maka kepada siapa kaum muslimin akan mengambil petunjuk? Jika pejuang menjadi orang yang riak —sementara amalan orang riak tidak akan diterima oleh ALLAH — maka siapa yang akan mengalahkan musuh?
Jika pedagang menjadi penghianat, maka siapa lagi orang yang dapat dipercayai?
Jika penguasa menjadi serigala yang buas, maka siapa yang akan menjaga kambing-kambing ternak?”

Jadi, tidak akan ada manusia yang akan celaka, kecuali kalau para ulama mencari muka, para zahid mencintai dunia, para pejuang bersikap riak, para pedagang berkhianat, dan para penguasa menzalimi.
 
ALLAH SWT berfirman, “Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.” - (QS As-Syu’ara[26]:227).



--- Syeikh 'Abd al-Hamid Anquri dalam Munyah al-Wâ‘ìzhîn wa Ghunyah al-Muta‘azhzhîn.

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak