Jumaat, 15 Mac 2019

“JIKA hatimu masih berasa kecewa dan sedih bererti masih terhalang untuk menyaksikan-Nya," jelas Syekh Ibnu Atha'illah.
Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi menjelaskan bahawa jika hati kita masih berasakan kecewa, sedih dan gelisah terhadap hal-hal yang bersifat duniawi, bererti hati kita masih terhalang daripada melihat Allah dengan mata batin. Jika tidak, tentu dia tidak akan berasa risau ataupun sedih atas hilangnya sesuatu dari dunia ini.
Perasaan kecewa dan sedih tersebut adalah akibat daripada sikap memandang diri sendiri dan mengedepankan keuntungan peribadi semata-mata. Padahal, jika seseorang tak hanya melihat dirinya sendiri dan hanya menyaksikan Al-Haqq, tentu dia akan selalu senang dan bahagia.
Allah berfirman, “Janganlah engkau bersedih. Sesungguhnya Allah selalu bersama kita.”
Siapa yang hatinya bersinar dengan cahaya makrifat, ia tidak akan bersedih selamanya. Tetapi, jika orang yang mencapai maqam ini masih merisaukan kesedihan dan kekecewaan yang tak tertahankan, ketahuilah bahawa di dalam kesedihan, kekecewaan dan kerisauan itu masih ada faedah yang mulia. Kesedihan, kekecewaan dan kerisauan dapat menjernihkan hati dan memendam hawa nafsu, serta mengurangi kesenangan dunia.
Kerisauan dan kekecewaan selalu berhubungan dengan sesuatu yang akan datang. Sedangkan kesedihan berhubungan dengan masa lampau. Orang yang dekat kepada Allah, dan mampu menyaksikan kekuasaan dan kehendak-Nya, tentu tidak akan berasa sedih dan kecewa, sebab dirinya selalu merasakan kehadiran Allah, yang begitu dekat dan sangat dekat.

-- Syeikh Ibnu Atha’illah dalam kitab Al-Hikam, dengan syarah oleh Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.
 
 


0 orang adijauhari:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

MaKaSeH JeNgUk

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

lukisan simple semua orang ble buat sendiri