Rabu, 29 Januari 2020

"اذا اردت ان يفتح لك باب الرجاء فاشهد ما منه اليك فاذا اردت ان يفتح لك باب الخوف فاشهد ما منك اليه."
"JIKA kau ingin dibukakan pintu harapan, lihatlah kurnia-Nya kepadamu. Tapi, jika kau ingin dibukakan pintu takut, lihatlah amal yang kau persembahkan untuk-Nya."
-- Syeikh Ibnu Atha'illah, Al-Hikam.

Jika kau ingin Allah membukakan pintu harapan (raja') untukmu, maka rasakanlah dalam dirimu kehadiran nikmat-Nya kepadamu, baik yang berupa manfaat maupun perlindungan-Nya daripada bahaya sejak engkau masih dalam perut ibumu sampai waktu kau hidup sekarang ini.

Jika kau merasakan hal itu, maka kau akan dihiasi harapan besar dan tak pernah putus asa daripada Rahmat-Nya, walaupun saat kau terjerumus ke lembah dosa sekalipun.

Jika kau sudah dikurniai rasa harapan dan kau takut hal itu akan membuatmu melanggar perintah Allah kau akan merasa ingin dibukakan pintu takut (khauf) kepada-Nya agar boleh menjagamu daripada yang kau takutkan.

Oleh kerana itu sedarilah apa yang sudah kau berikan kepada-Nya, baik berupa kesalahan, pelanggaran, maksiat, mahupun kekurangan-kekurangan di hadapan-Nya. Jika kau merasakan hal itu, maka kau akan dikuasai rasa takut kepada-Nya sehingga kau pun akan berhenti melanggar perintah.

Harap dan takut merupakan dua kondisi yang timbul daripada dua (2) kesedaran di atas; kesedaran atas nikmat Allah dan kesedaran atas amal perbuatan yang kau persembahkan kepada-Nya!



-- Syeikh Ibnu Atha'illah Al-Hikam, syarahan oleh Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak