Rabu, 26 Jun 2019

"اخرج من اوصاف بشريتك عن كل وصف مناقض لعبوديتك لتكون لنداء الحق مجيبا ومن حضرته قريبا."

"KELUARKAN sifat-sifat kemanusiaan yang bertentangan dengan kehambaanmu agar kau mudah menyambut panggilan Allah dan dekat dengan-Nya.

-- Syeikh Ibnu Atha'illah.

Sahabatku, menurut Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi maksud daripada hikmah ini adalah bahawa kita harus keluarkan sifat-sifat kemanusiaan yang tercela dari dalam hati kita dengan riyadhah dan mujahadah. Seperti sifat riya, iri, dengki, hasad, ujub, sombong, gila harta, gila hormat dan kedudukan.

Jauhkan dirimu daripada sifat-sifat yang bertentangan dengan jangkaanmu sendiri sebagai hamba agar engkau mudah menjawab seruan Al-Haq. Ketika engkau berhasil mengeluarkan sifat sifat burukmu, lalu menyisakan sifat-sifat baik, tawadhu, khusyuk di hadapan-Nya, mengagungkan-Nya, menjaga hukum-hukum-Nya, takut kepada-Nya, ikhlas dalam menyembah-Nya, maka di saat datang seruan padamu "Wahai hambaku," maka engkau pun akan menjawab "Aku datang kepada-Mu, Tuhan."

Engkau pun akan tulus dan ikhlas menjawab seruan sifat-sifat yang bertentangan itu telah hilang. Kau pun akan dekat dengan-Nya sehingga Dia akan menjagamu daripada dosa (mahfuzh) dan memudahkan segala amalmu yang kelak akan kau nikmati hasilnya.

Ada perbezaan makna antara Mahfuzh (terjaga) daripada dosa dengan lafal Ma'shum (terlindungi daripada dosa). Mahfuzh itu diberikan Allah kepada para wali, sedangkan Ma'shum hanya diberikan kepada Rasul-Nya. Bezanya adalah Ma'shum sama sekali tidak pernah menyentuh dosa, sedangkan Mahfuzh terkadang melakukan kesalahan dan kekeliruan, tapi tidak selamanya demikian. Saat keliru, seseorang yang telah Mahfuzh akan langsung bertaubat.

Ketahuilah bahawa di mata ahli thariqah, menjauhi sifat buruk dan memiliki sifat mulia merupakan hakikat dan tujuan daripada suluk. Hal itu tidak akan boleh diraih kecuali orang itu diberi taufik dan bimbingan Allah untuk mengenali dirinya sendiri dan mengetahui sifat sifat buruknya. Sebab, siapa yang mudah mengenali dirinya dan sifat buruknya, ia akan waspada dan berusaha menghindari sifat sifat itu.

-- Syeikh Ibnu Atha'illah dalam Al-Hikam, syarah oleh Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak