Selasa, 14 Mei 2019

SEORANG Ustaz Turkey menceritakan...
 
Suatu hari, empat anggota polis menunggu dekat sebuah bangunan toilet Masjid Nabawi. Mereka menunggu seseorang yang telah lama dicari. Apabila tiba seorang anak muda di situ, mereka terus menerkam untuk menangkap dan memberkasnya. Pemuda itu menjerit-jerit minta dilepaskan. “Saya bukan penjenayah! Saya bukan pencuri! Kenapa tangkap saya?!”

Dalam suasana kelam kabut itu saya cuba perhatikan wajah pemuda itu. Seakan-akan saya pernah mengenalinya. Ya saya memang mengenalinya. Dialah anak muda yang sering menangis di makam Rasulullah SAW. Dia pemuda dari Albania. Umurnya sekitar 35 ke 36. Rambutnya perang. Punya janggut nipis. Kasihan melihat pemuda itu, saya berkata kepada polis yang menangkapnya, “Pemuda ini tak ada masaalah. Apa yang kamu lakukan kepada dia? Apa tuduhan kamu? Apa yang dia telah buat?”

Mereka jawab, “Hei Turkey, kamu jangan masuk campur. Ini bukan urusan kamu.”

Saya kata, “Tapi apa masaalah lelaki ini? Adakah dia mencuri?”

“Bukan. Dia dah tinggal di Madinah tanpa permit sejak enam ( 6 ) tahun. Kami cuba tangkap dia untuk dihantar pulang ke Albania. Tapi tiap kali kami cuba tangkap dia melarikan diri dan bersembunyi dekat makam Rasulullah SAW. Di dalam masjid kami tak boleh tangkap dia. Sudah 6 tahun kami memburunya.,” ujar polis berkenaan.

“Habis sekarang apa yang kamu mahu lakukan?” Aku bertanya.

“Sekarang kami mahu hantarnya ke kapal terbang yang akan membawanya pulang ke Albania.”

Prmuda itu menangis. Dia merintih, “Lepaskanlah saya. Saya tidak akan mencuri. Saya tidak akan buat jahat. Saya tinggal di sini *HANYA KERANA SAYA KASIH KEPADA RASULULLAH SAW!"*

Polis menjawab, “Tidak boleh. Kamu tidak dibenarkan tinggal di sini!”

Mereka memegangnya dengan semakin kukuh. Lalu pemuda itu berkata, “Kalau kalian benar-benar ingin menangkapku baiklah. Aku mohon sebelum dibawa pergi, tolong hadapkan mukaku ke arah makam Rasulullah SAW. Aku ingin bercakap sesuatu dengannya.”

Merekapun menghadapkan wajahnya ke arah kubah hijau sambil salah seorang daripadanya berkata (dengan mempersenda), “Hah bercakaplah kamu apa yang kamu nak cakap dengan Rasulullah.”

Lantas lelaki itu memandang ke arah kubah hijau dan bercakap dalam Bahasa Arab, “Wahai Rasulullah. Beginikah berakhirnya perjanjian antara kita? Aku telah berjanji denganmu. Aku telah tinggalkan ibu dan bapaku. Aku tutup kedaiku. Aku datang ke sini semata-mata keranamu ya Rasulallah. Aku telah berjanji untuk menjadi jiranmu.” “Akan tetapi ya Rasulullah, lihatlah mereka ini yang menghalangku. Ya Rasulallah. Kenapakah kau tidak masuk campur membantuku? Kenapa kau tidak masuk campur? Kenapa kau tidak masuk campur..??!!!” Dengan kata-kata itu, lelaki itu jatuh terjelepuk di atas lantai.

“Biarkan dia merebahkan dirinya sendiri,” kata salah seorang anggota polis yang bertugas.

Dia rebah dan tidak bergerak-gerak lagi. Setelah beberapa ketika polis berkenaan mengherdik, “Bangun wahai penipu!”

Lelaki itu tidak bergerak. Mereka mengambil air. Dicurahkan ke mukanya. Namun tiada sebarang reaksi.
Anggota polis mula risau. Ada yang berkata dia sudah mati. Yang lain pula berkata, mana ada kita pukul dia sampai mati. Ambulan dipanggil. Pasukan perubatan masuk dari pintu 7. Setelah diperiksa, didapati lelaki itu telah mati kira-kira 15 minit lalu. Semua polis terduduk. Mereka sangat menyesal. Mahu rasanya mereka mematah-matahkan tangan mereka yang menangkap lelaki itu.

“Kami tidak tahu sehingga ke tahap ini kasihnya dia kepada Rasulullah SAW….”

Ambulan terus membawa jenazah itu ke tempat pemandian jenazah di tepi Baqi’. Saya mengikutinya.
Setelah selesai mandi saya mohon untuk turut mengusung jenazah berkenaan. Tiba-tiba polis-polis tadi muncul dan berkata, “Cukuplah kami sahaja yang berdosa kepadanya. Biarlah kami sahaja yang mengusung jenazahnya, Semoga nanti di akhirat dia memaafkan kami."

Lihatlah kecintaannya yang sangat tinggi kepada Rasulullah SAW. Sebaik dia berkata, "Kenapa engkau tidak masuk campur..." Lantas Malaikat Maut segera menjalankan tugasnya. Semoga Allah menganugerahkan kepada kita semua kecintaan kepada Rasulullah SAW sepertimana cintanya lelaki Albani itu.





1 zmn org suka mengomen:

AzianKhalil berkata...

tersentuh hati membacanya

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak