Selasa, 14 Mei 2019

oleh kerana blog ni sudah hilang pengunjung setia yang sentiasa memeriahkan omelan, maka aku dikira sebagi membebel... syok sendiri. saja nak mencurah perasan kat sini dengan satu hal yang menjelikkan budaya luhur orang melayu...

'jangan jaga tepi kain orang' adalah salah satu pepatah yang sering ditohmah banyak orang sebagai membawa maksud 'jangan sibuk hal orang...' atau 'kubo ngko, jaga sendiri' dalam bahasa yang lebih menikam ulu ati... huuu

orang melayu terkenal dengan kelembutan ati dan ketinggian budi. sebab itu mereka slalu cakap berkias dan berlapik untuk menjaga sensitiviti dan perasaan orang lain. bahkan, satu ketika waktu blajo silat dulu ada guru kaka yang bagitau bahawa dalam persilatan melayu, kebanyakan orang melayu tidak tendang musuh melebihi paras pinggang... bayangkan sampai begitu sopannya orang melayu time nak kalahkan musuh pon masih menjaga adab.

balik semula kepada pepatah 'kain'... andai orang sebelah kita terlondeh kain, gamaknya sapakah orang yang akan kena tempias malu dan kutukan kalau bukan kita yang berada di sebelahnya. member mesti kutuk "napa ko tak cover, time kain kawan terlondeh..." jadik, ungkapan pepatah melayu menggunakan perkataan 'kain' bermaksud sesuatu yang melindungi aurat atau aib... yang kain tu tutup ialah 'suatu yang memalukan orang'. makanya yang patut jangan disibuk-sibuk, kan ialah aib orang. bahkan perlu dijaga kalu kita tau.

jadi apa hubungan dengan 'jangan sibuk hal orang lain'? 'aib' dan 'hal' mesti tak sama maksud dengan kehendak pepatah tu, kan? justeru, bagi orang yang besa dok di kampung akan besa pula dengo pesan seseorang, "kalu anak aku buat salah korang tegur la dia... kalu patut pukul (marah/rotan) buat le"... jadik, masyarakat berfungsi sebagai mata dan telinga dalam mengawal tingkah laku bebudak yang nakal. tak timbul soal jangan sibuk hal orang.

oleh dek tak memahami budaya sendiri, keadaan menjadik celaru. kekadang kita sakit mata bila tengok bebudak jadik penunggu kepala simpang, bawak moto laju-laju dalam kawasan perumahan, rosakkan harta-benda kat taman permainan dan macam-macam lagik. sebelom mereka naik setakuk lagi menjadik pakar rempit, ragut dan lain-lain yang kemudiannya mendatangkan kesengsaraan kepada masyarakat.

bala sungguh!

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak