Jumaat, 22 Februari 2019

SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan:

"Sungguh aneh jika kau marah kepada Rabb-mu, menyalahkan-Nya dan menganggap Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Agung telah bertindak tak adil, dianggap telah menahan rezeki, dan tak menjauhkan daripada musibah.
Tahukah kau bahawa setiap kejadian ada waktunya, dan setiap musibah ada akhirnya? Kedua-duanya tak boleh dimajukan atau dimundurkan.
Masa-masa musibah tak berubah hingga datang kebahagiaan. Masa-masa kesulitan tak berlaku hingga datang kemudahan.
Maka, bertindaklah yang sopan di hadapan Allah. Kau harus diam, sabar, pasrah, dan redalah kepada Allah. Bertaubatlah kepada-Nya. Di hadapan Allah tak ada tempat untuk menuntut atau membalas dendam seseorang tanpa dosa daripada hawa nafsu, sebagaimana yang terjadi dalam hubungan antara hamba-Nya.
Allah Maha Berkuasa, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui atas segala sesuatu. Dia tak melakukan sesuatu pun tanpa erti, tak ada yang sia-sia. Tak layak menyebut cacat atau salah atas tindakan dan kuasa-Nya.
Jadi, tunggulah jalan keluar daripada-Nya hingga datang takdir-Nya, sebagaimana datangnya musim panas setelah musim dingin, dan sebagaimana datangnya siang setelah berlalunya malam. Jadi, jika kau berharap dan memohon tibanya siang saat pekat dan gelapnya malam kian memuncak, maka permohonanmu sia-sia!
Kepekatan malam pun akhirnya memudar dan mendekati fajar, siang pun datang dengan kecerahan, entah kau menghendaki atau tidak. Jika kau menghendaki malam pada saat itu, maka doamu tak akan terkabul. Sebab kau telah meminta yang tak layak. Kau akan dibiarkan meratap, lunglai, jemu dan enggan.
Tinggalkanlah semua itu! Berimanlah dan patuhlah kepada Allah. Bersabarlah dengan kehendak-Nya. Segala milikmu tak akan lari daripadamu, dan segala yang bukan milikmu tak akan kauperolehi."

-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Adab as-Suluk wa at-Tawassul ila Manazil al-Muluk.


0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak