Isnin, 8 April 2019

DALAM Kitab “Al-Isti’dad li Yaum Al-Ma’ad”, Imam Ibn Hajar Al-Atsqalani menyebutkan ada empat mutiara yang ada di dalam diri manusia, yang akan hilang dan hancur kerana empat hal lainnya, iaitu:
Akal, agama, malu dan amal soleh adalah empat permata yang menjadi penghias bagi individu seorang manusia.

Keempat-empat permata tersebut akan dengan mudah hancur kerana empat hal lainnya, yakni:
1. Marah akan menghancurkan Akal.
2. Hasad akan menghancurkan Agama.
3. Tamak akan menghancurkan Rasa Malu.
4. Ghibah akan menghancurkan Amal Soleh.


"KEADAAN kalbu bagaikan atap rumah. Jika engkau menyalakan api di dalam rumah, asapnya akan membumbung ke atap dan membuatnya hitam. Seperti itu pulalah api syahwat. Ketika api syahwat berkobar dalam tubuh, asap-asap dosa akan naik ke kalbu dan menghitamkannya.”

-- Syekh Ibnu Atha’illah dalam kitab Taj Al-‘Arus.

Muhammad Najdat menjelaskan, amal kebaikan akan melahirkan cahaya dalam kalbu, menjadi kekuatan pada tubuh, menjadi sinar pada wajah, kelapangan rezeki, serta kecintaan di hati makhluk. Sebaliknya, amal keburukan akan melahirkan kegelapan dalam kalbu, menjadi suram pada wajah, kelemahan badan, merasa kurang dalam urusan rezeki, serta mendapat kebencian di hati makhluk.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ahmad disebutkan bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Mukmin berbuat dosa, terdapat goresan hitam di kalbunya. Jika bertaubat, sedar dan meminta ampunan, maka kalbunya akan menjadi bersih. Namun, jika dosanya bertambah, maka bertambah pulalah goresan tersebut sehingga mendominasi hati. Itulah hijab yang disebutkan oleh Allah, ‘Sekali-kali tidak (demikian). Sebenarnya apa yang selalu mereka kerjakan telah menutup hati mereka.”
-- (QS Al-Muthaffifun [83]:14).
Hudzaifah Ibn Yaman r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Fitnah dan ujian menyerang kalbu seperti jalinan tikar yang terangkai seutas demi seutas. Ketika kalbu menerima fitnah, goresan hitam melekat padanya. Sedangkan ketika kalbu tidak menerimanya, akan tergores titik-titik putih. Dengan demikian, kalbu terbahagi menjadi dua macam. Pertama, hati yang putih bersih laksana batu pualam bening yang tidak ternodai fitnah selama bumi dan langit terbenam. Kedua, kalbu yang hitam legam dan cekung bagaikan gayung terbalik sehingga ia tidak mengenal yang makruf dan tidak mengingkari yang mungkar, kecuali apa-apa yang diserap oleh hawa nafsu.”
-- (HR Muslim).
Jadi, maksiat akan mengotori kalbu dan menghitamkannya. Sebaliknya, mengingkari maksiat dan bertaubat daripadanya akan membersihkan dan memutihkan kalbu. Kalbu seperti itulah yang dipenuhi keimanan, kecintaan kepada Allah, dan rasa takut kepada-Nya.
 
 

– Syeikh Ibnu Atha’illah dalam kitab Taj al-‘Arus, syarah oleh Dr. Muhammad Najdat.

IMAM Al-Ghazali dalam Kitab At-Taubah, Ihya Ulumuddin mengatakan bahawa ada 6 jenis perbuatan yang membuat dosa kecil berubah menjadi dosa besar:
...

4) Tidak menghargai anugerah Allah yang selalu menutupi aibnya.
Salah satu yang membuat nilai dosa kecil menjadi dosa besar adalah tidak adanya sikap menghargai anugerah Allah yang telah menutupi aib-aibnya dan menangguhkan siksa-Nya. Orang tersebut tidak menyadari bahawa sebenarnya dia telah diberi tangguh / tempoh waktu bertaubat, tapi justeru membuatnya semakin menambah dosa dan membuat murka Allah pun semakin besar kepadanya. Bahkan, yang lebih parah lagi, orang jenis ini menjadikan kesempatan yang diperolehinya itu untuk berbuat maksiat yang lainnya, dia menganggap bahawa Allah telah memerhatikannya dan meredainya sehingga dia merasa aman daripada murka-Nya.
(sendiket barang tiruan)

5) Melakukan dosa dengan terang-terangan dan mengumumkan pada orang lain.
Dosa kecil akan menjadi besar jika dilakukan secara terang-terangan, di hadapan orang lain, atau bahkan menceritakan perbuatannya kepada orang lain tanpa menyesal. Sikap semacam ini sama saja dengan merobek-robek tabir Allah yang telah ditutupkan padanya.
Rasulullah SAW bersabda,
“Semua manusia diampuni, kecuali orang-orang yang mengumumkan perbuatan dosanya kepada orang lain (dengan tanpa penyesalan). Salah seorang daripada mereka melakukan suatu dosa di malam hari, dan Allah menutupi perbuatannya itu (agar tak diketahui orang lain). Tapi, pada pagi harinya, ia justeru membuka sendiri tabir Allah itu, dan menceritakan tentang dosanya pada orang lain.”
- (HR Bukhari dan Muslim).

6) Dosa-dosa para ulama yang dijadikan anutan.
Seorang ulama yang menjadi anutan masyarakat jika sampai melakukan dosa secara sedar, maka dosanya lebih besar daripada dosa orang biasa. Seperti misalnya dosa seorang ulama yang suka menghujat dan menyerang orang lain di depan umum dengan lisannya, menerima rasuah daripada penguasa, suka bermegah-megah dengan kehidupan duniawi, maka dosanya lebih besar daripada orang biasa.
Rasulullah SAW bersabda,
“Barangsiapa yang pertama kali mengadakan tradisi buruk, ia akan menanggung dosanya dan dosa-dosa orang yang melakukannya tanpa mengurangi sedikit pun daripada dosa mereka.”
- (HR Muslim).

Renung-renungkanlah & fikir-fikirkanlah!
--- Disarikan daripada Kitab At-Taubah, Ihya Ulumuddin, karya Imam Al-Ghazali.

Jumaat, 5 April 2019


SALAH satu jalan salik mengenal, mendekati dan mencintai Allah adalah dengan muraqabah. Yakni sikap meyakini bahawa kita selalu dalam pengawasan Allah. Tak ada sesuatu pun yang lepas daripada-Nya. Ini adalah konsep ihsan: "menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Apabila engkau tidak melihat-Nya, yakinlah bahawa Allah melihatmu."
- (H.R. Muslim).

Muraqabah juga melahirkan kewaspadaan pada diri, penerimaan, sabar, tunduk, patuh, ingat dan tawakal kepada Allah.
Penyedaran tentang ihsan ini merupakan bahagian penting yang harus dilalui seorang sufi. Sebab, kerohanianlah yang kelak melahirkan disiplin kerja, prasangka baik, semangat, dan kerja keras. Jadi, semakin tinggi kerohanian seseorang adalah mereka yang paling berakhlak mulia, menghargai manusia dan kemanusiaan, menjadi rahmat, serta selalu mengilhamkan bagi sesama.
Mereka mampu menebarkan cahaya ilahiah bagi yang lain. Jiwanya telah sampai pada pemahaman tauhid yang tinggi, sedangkan sikap alamiah kemanusiaannya selalu bermanfaat bagi sesame.
Rasulullah SAW bersabda:
"Peliharalah perintah Allah, nescaya engkau akan mendapatkan Allah sentiasa berada di hadapanmu. Ingatlah Allah saat engkau dalam kegembiraan, nescaya Allah akan mengingatimu dikala engkau dalam kesulitan. Ketahuilah, sesuatu yang terlepas daripadamu itu bukanlah bahagianmu dan sesuatu yang menjadi bahagianmu tidak akan terlepas daripadamu. Ketahuilah, kemenangan akan diperolehi dengan kesabaran, kegembiraan akan diperolehi setelah berpeluh-peluh, dan selepas kesulitan pasti akan ada kemudahan."

- (H.R. At-Tirmidzi).

Satu kisah berlaku di zaman Syekh Abdul Qadir al-Jailani..
Ada seorang yang busuk hati nya ingin menfitnah Syekh Abdul Qadir... lalu ia mencari jalan untuk menfitnahnya... Maka ia menebuk lubang di dinding rumah Syekh Abdul Qadir dan mengintipnya..
Kebetulan ketika ia mengintip Syekh Abdul Qadir... ia melihat Syekh Abdul Qadir sedang makan dengan muridnya.. Syekh Abdul Qadir suka makan ayam.. dan setiap kali ia makan ayam dan makanan yang lain..ia akan makan separuh sahaja.. lebihan makanan tersebut akan diberi kepada muridnya..

Maka orang tadi pergi kepada bapa murid Syekh Abdul Qadir tadi..
Pakcik ada anak namanya ini?
Jawab si bapa: ya ada..
Anak pak cik belajar dengan Syekh Abdul Qadir?
Jawab si bapa: ya.
Pakcik tahu, anak pakcik dilakukan oleh Syekh Abdul Qadir Jailani seperti seorang hamba dan kucing sahaja..
Syekh Abdul Qadir beri lebihan makanan pada anak pak cik..
Maka si bapa tidak puas hati lalu ke rumah Syekh Abdul Qadir..

Wahai tuan syekh, saya menghantar anak saya kepada tuan syekh bukan untuk jadi pembantu atau dilakukan seperti kucing..Saya hantar kepada tuan syekh,supaya anak saya jadi alim ulama'..
Syekh Abdul Qadir hanya jawab ringkas sahaja.. Kalau begitu ambillah anakmu..
Maka si bapa tadi mengambil anaknya untuk pulang..
Ketika keluar dari rumah syekh menuju jalan pulang.. bapa tadi tanya pada anak nya beberapa soalan berkenaan ilmu hukum hakam..ternyata kesemua soalannya di jawab dengan betul..Maka bapa tadi bertukar fikiran untuk kembalikan anaknya kepada tuan Syekh Abdul Qadir..

Wahai tuan syekh terima lah anak saya untuk belajar dengan tuan semula..tuan didik lah anak saya..
ternyata anak saya bukan seorang pembantu dan juga diperlakukan seperti kucing...ku melihat ilmu anak ku sangat luar biasa bila bersamamu..

Maka jawab tuan Syekh Abdul Qadir..bukan aku tidak mahu menerimanya kembali..tapi ALLAH sudah menutup pintu hatinya untuk menerima ILMU..ALLAH sudah menutup futuhnya untuk mendapat ilmu..
disebabkan seorang AYAH yang tidak beradab kepada GURU..maka anak yang menjadi mangsa..

Begitulah ADAB dalam menutut ilmu.. Anak,mak,ayah dan siapa pun perlu menjaga adab kepada guru..
Betapa pentingnya adab dalam kehidupan seharian kita..

Kisah di atas menceritakan seorang ayah yang tiada adab pada guru.. Bagaimana kalau diri sendiri yang tiada adab,memaki dan mengaibkan gurunya..

Kata ulama: Satu perasangka buruk sahaja kepada guru mu..maka Allah haramkan seluruh keberkatan yang ada pada gurumu kepadamu..
 
 

Semoga Allah jadikan kita orang yang beradab kepada makhluknya terlebih lagi kepada guru yang mengajarkan ilmu kepada kita...
Aamiin.

DALAM kitab Ihya Ulumuddin, Imam Ghazali menyebutkan: 

“Allah pernah memberi ilham kepada para siddiq: “Sesungguhnya ada hamba-hamba-Ku yang mencintai-Ku dan selalu merindukan-Ku dan Aku pun demikian. Mereka suka mengingati-Ku dan memandang-Ku dan Akupun demikian. Jika engkau menempuh jalan mereka, maka Aku mencintaimu. Sebaliknya, jika engkau berpaling dari jalan mereka, maka Aku murka kepadamu.”
Seorang siddiq bertanya: “Ya Allah, apa tanda-tanda mereka?” 

Allah berfirman:
“Di siang hari mereka selalu menaungi diri mereka, seperti seorang pengembala yang menaungi kambingnya dengan penuh kasih sayang, mereka merindukan terbenamnya matahari, seperti burung merindukan sarangnya.

Jika malam hari telah tiba tempat tidur telah diisi oleh orang-orang yang tidur dan setiap kekasih telah bercinta dengan kekasihnya, maka mereka berdiri tegak dalam solatnya.
Mereka merendahkan dahi-dahi mereka ketika bersujud, mereka bermunajat, menjerit, menangis, mengadu dan memohon kepada-Ku. Mereka berdiri, duduk, ruku’, sujud untuk-Ku. Mereka rindu dengan kasih sayang-Ku. Mereka Aku beri tiga kurniaan:

Pertama, mereka Aku beri cahaya-Ku di dalam hati mereka, sehingga mereka dapat menyampaikan ajaran-Ku kepada manusia.
Kedua, andaikata langit dan bumi dan seluruh isinya ditimbang dengan mereka, maka mereka lebih unggul daripada kedua-duanya.
Ketiga, Aku hadapkan wajah-Ku kepada mereka. Kiranya engkau akan tahu, apa yang akan Aku berikan kepada mereka?”
  
--- Dikutip daripada kitab Ihya Ulumuddin, karya Imam Al-Ghazali.

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak