Selasa, 13 Oktober 2009

terngiang-ngiang... heee main perang-perang antara permainan yang paling syok masa kecik-kecik dulu. bila tiba musim ni, sema bebudak akan buat senapang daripada papan. dengan menggunakan arang, papan tu dilukis dengan gambar senapang yang dikehendaki. kendiannya akan digergaji mengikut lakaran tadi. bila dah siap, ia akan dilurut dengan daun palas supaya lebih licin dan kemas. terung pipit digunakan sebagai peluru. sapa punya senapang yang panjang mesti birat belakang dibuatnya kalu kena sedas peluru tu. makcik-makcik plak hangin satu badan. baru mengidam nak buat sambal, terung pipit abih disebat dek bebudak ni. sambil berambat mengejar musuh di celah ampaian, bawah rumah atau di belakang dapur.. kekadang kitorang disergah oleh tuan rumah, "hoh pi main jauh-jauh, anak aku nak tido ni!" selain pada membuat senapang, aku juga buat keris kayu. ada member yang berminat aku pon jual la.. dapat gak topup bli eskrim. tu cerita bebudak. ni aku nak cerita time dah tua-tua ni. argh! tayah crita la korang tengok aje video klip ni. tangan aku dah brapa kali luka buat keja-keja cenggini. siap kena jahit dengan dr. haliza kat taman tenaga dulu. sibbaik doktor lawa, jadik hilang le rasa sakit luka aku.

Isnin, 12 Oktober 2009

alhamdulillah...
aku dianugerahi bakat melukih sejak kecil tanpa pnah amik mana-mana kursus secara formal. hatta sampai sekarang aku tak le expert menggunakan warna melainkan melukih kartun dengan pen dan pensel aje. kalu ada yang berwarna tu memang teruk la catannya. aku pon tak pnah cuba mengembangkan bakat tersebut atas sebab-sebab agama. member slalu tanya, "ko amik subjek lukisan ke masa SPM." "tak pon!" sebab itu aku melukih sekadar hobi, menconteng kertas ketika blajar atau meeting selebihnya hanya tersimpan sebagai koleksi .

dulu ada yang bagi tau melukih ni berdosa. di akhirat nanti kita akan diminta oleh Allah untuk hidupkan smula apa yang telah kita lukihkan tu. aku cuak juga. dalam pada tu aku cuba cari hadis sohih yang menjadik dalil. pertama yang aku jumpa, hadis mengatakan haram mengukir berhala (ukir arca atau apa-apa aje yang seangkatan dengan dia terhadap menda hidup atau yang menjadik sembahan memang sah la tak bule) yang kedua hadis menyuruh kalu tak silap Aisyah r.a supaya memalingkan sehelai kain (aku tak ingat sama ada hamparan/karpet atau langsir yang mempunyai gambar la). Nabi s.a.w tak suka atas sebab ia boleh melalaikan atau kalu dalam solat akan memalingkan fokus kita la (time semayang jemaat korang tengok la brapa ramai jemaah pakai baju yang ada gambar dan tulisan, sampai tengah baca fatehah pon sempat pulak kerling dok baca tulisan kat baju tu.. heh ghosak somayang deyan). aku takde la jumpa secara spesifik mengatakan melukih itu haram sebagaimana hadis yang mengatakan pengukir berhala itu akan dipaksa menghidupkan ukirannnya di akhirat nanti. sedikit ilmu yang aku ada: segala yang Allah jadikan asalnya adalah harus selagi belum ada dalil yang mengatakan hukumnya haram atau sebagainya. setiap yang Allah jadikan mesti ada tujuan, sebab dan musabab. jadik pada aku, melukih pon gitu la. sejauhmana kita menggunakannya le yang akan menentukan hukum halal dan haram. kalu ada tok imam tok khatib yang dapat memberikan aku tambahan maklumat untuk aku mencari jawapan di sebalik kemusykilan aku ni.. tima kasih aku ucapkan.

Jumaat, 9 Oktober 2009



ahad0206199606.30p.m
penuh tul jadual harian. semalam roommate, abang mat kawin, esok lak ada program Motivasi Khidmat Masyarakat kat Felda Lakum. so hari ni aku bertolak awal daripada member PKAP (pasal diorang naik van, aku layan motor). hujan punya la lebat spanjang jalan stat dari serdang sampai la kat karak. dah tu k.l jammed. syok betul mandi hujan atas motor. sure la member-member aku sangkut punya. elok juga beg pakaian aku dalam van sama diorang. tapi skali pikir, kalu aku sampai dulu kang camana ni. aku takde baju ni. nak lepak semejid, baju basah lenjun.. aiseh camana ni.

dalam dok pikir-pikir atas motor, aku lalu kat depan rumah zai, kat karak setia. nampak la aku roneh, abang dia (senior aku kat Temerloh) tengah termenung dalam hujan, layan feeling gamaknya. so aku berenti nyembang la dengan dia sambil nunggu van member sampai. seronok dok sembang tapi ati aku tak senang pasal hari makin lewat, diorang tak nampak batang hidung lagi. aku basah kuyup ni. hari dah mula nak maghrib. last roneh paksa aku singgah rumah dia, tido sini laa... eh! tak mau la (aku ada personel konflik dengan zai. tapi aku tak pasti la zai anggap aku camana. segan le aku) macam-macam alasan aku bagi, dia tak pedulik... memang le ye dak, pasal dia tak tau hapa-hapa. adui!! (sebelum ni aku pernah selisih faham dengan zai. puncanya aku dah tak ingat tapi angkara mulut kengkawan la ni. niat ati aku, aku nak jarakkan diri dengan harapan toksah simpan perasaan kat aku... tak tau le kot aku yang perasan)
Friends Myspace Comments
MyNiceSpace.com
malam tu, dengan berkain pelekat dan berbaju T si roneh, aku tebalkan muka terpaksa gak tegur zai. eh! dia ok aje.. sah aku yang salah sangka kot selama ni... heeee ni member punya pasal la ni. aku sembang sampai malam buta ngadap tv berdua. dalam ati, aku dok ngutuk kawan aku yang kenen-kenenkan aku dengan dia. barangkali dia nak aku jadik special freinds kot, tapi tak kena cara. aku plak ada alasan tersendiri untuk tidak mau orang simpan ati. aku dapat rasakan apa yang aku andaikan betul bila zai sendiri ngaku dia jarang jumpa awek yang dok kenenkan aku dengan zai tu. jadik, kesimpulan aku, barangkali dia buat-buat cerita supaya aku akrab le dengan zai. gamaknya la. aku tak la marah sangat cuma terkilan. hubungan baik aku selama ni dengan zai jadik terjejas sampai dia jadik jauh ati plak dengan aku. sori la zai. gitu la gayanya kengkawan sekolah. esoknya lepas sarapan aku minta maaf banyak-banyak dengan dia tanpa menyebutkan apa-apa sebabnya, terima kasih atas layanan baik dan sudi tumpangkan aku bermalam di sini. lalu aku teruskan perjalanan ke destinasi sebenar. wohhh! rupanya ada hikmah aku bernaung di rumah kawan baik tu. malam itu, sementelah aku syok bersembang, rupanya orang di Lakum sedang berkumpul hendak menyambut 'anak angkat' katanya. ya Allah! menda ni la yang aku paling tak nak. bukan tak sudi, tapi aku tau, banyak program anak angkat hanya hangat-hangit taik ayam je. abih program semua balik ke kampus, tinggal le mak ayah angkat tertunggu-tunggu khabar berita macam menunggu buah yang tak gugur. sian kat orang tua tu.

Khamis, 8 Oktober 2009


pernah kehilangan sesuatu? ada la kot, pensil ke, duit ke, apatah lagi melibatkan orang tersayang; kaum keluarga ke, tok nenek ke, awek ke. tak kesah la... apa pon kehilangan suatu yang menyakitkan bila terjadi. sesungguhnya bila kita melihat rakan yang mengalami nasib malang, segera kita menasihati agar bersabar dengan ujian Allah tu. tapi bila terkena batang hidung sendiri, sempatkah kita mengungkapkan kata-kata 'Innalillah', sebab semua benda milik Allah so pulanglah kembali kepada yang empunya. nak tersenyum rasa kelat jauh sekali dari menyebut 'Alhamdulillah' ye dak... betapa rapuhnya iman kita. kalu mulut tak menyebut, hati mesti menyahut... ini la hasil nukilan ati aku bila ujian kecil melanda... belum lagi jadik macam sedara kita di Padang, Sumatera.

Rabu, 7 Oktober 2009

Animated Pictures Myspace Comments
MyNiceSpace.com
bila orang tengok gambar awek ni atas meja aku, diorang tanya "peminat ke?" "tak aih! dia yang minat kat aku, tapi aku malas layan" he he bila siti dah kawin aku dapat lak satu emel lagu dari peminat dia yang merana dan merapu mengenangkan perkahwinan siti dan aku simpan lagu tu untuk sama-sama layan feeling kira senasib cam mamat yang cipta lirik tu untuk siti. atas kesungguhan aku yang nampak cam syok sangat kat siti, kawan aku rusdi bagi kat aku beberapa keping koleksi gambar siti masa mola-mola meletup dulu (genuine ye bukan amik kat kedai gambar sebab dia amik dari kawannya yang jadik wartawan hiburan) sampai sekarang gambar tu masih aku simpan dan letak atas meja untuk tatapan tetamu yang datang singgah kat meja kerja aku. siaaan siti kenapa la aku tak layan dia dulu...

Isnin, 5 Oktober 2009


melihat gambar seperti ini, teringat aku kepada kampung tok aku dulu, sebelah ibuku. sama, rumah beratap anyaman rembia, berdinding dan berlantaikan buluh, bertanggakan batang kayu yang diikat kukuh (licin tu, kalu pijak tapak kaki pon terasa meleret geli geleman). setiap malam dia akan mengasah pisau toreh sambil bertemankan pelita ayam. sambil berehat dia mengambil daun sireh bercuit kapur dan sekacip pinang sambil menggobek-gobek lantas dimasukkan ke dalam mulut. aku memerhatikan gerak-gerinya dengan penuh minat. ada waktu-waktunya kedamaian malam kami diganggu bunyi bising. aku berlari ke beranda sambil meniarap dan menjenguk kepala ke bawah. mataku bagai menerobos kegelapan malam mencari bunyi yang sangat suka aku dengar. kalaulah waktu ini sudah siang pasti aku berlari ke baruh mengejar bunyi yang kuat itu... bunyi kereta api! dan kereta api inilah yang sering menjadi hiasan lukisanku tanda manifestasi rasa seniku terhadap alam.

Khamis, 1 Oktober 2009

ekspedisi jerejak sekali lagi aku tampilkan namun dengan pengertian berbeza berasaaskan kutipan cerita sejarah yang tersurat dan tersirat. klip video ini sekadar memaparkan rintihan suara yang tak pernah didengar oleh banyak orang. ia tenggelam dalam semak-samun. ternyata kita kaya dengan khazanah seni warisan tinggalan moyang yang telah dilupakan. sebahagian suara yang merintih tersebut disebabkan oleh penderitaan yang dialami, atau sebahagian lagi suara merintih minta dibebaskan diri dari pungaran rimba yang menelan kesedihan mereka sebenarnya mengharapkan kita menghargai seni warisan. jom terokai seni. dengari!dengarlah! dengarkannya!

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak