Isnin, 27 Januari 2020

SYEIKH Ibnu Atha'illah berkata,

"Rasulullah SAW. bersabda, "Hati manusia lebih bergolak daripada kuali yang sedang mendidih di atas api."
- (HR Ahmad dan Al-Hakim).


Betapa banyak manusia yang kadang-kadang hatinya menyatu dengan Allah, tetapi sebentar kemudian berpisah. Betapa banyak yang menghabiskan malamnya dalam ketaatan kepada Allah, tetapi ketika matahari terbit, ia tak ingat lagi kepada-Nya. Hati sama seperti mata. Bukan keseluruhan mata yang boleh melihat, melainkan bahagian lensanya saja. Begitu pun keadaan hati.

Jadi, bahagian hati yang memandang bukanlah bahagian lahiriahnya yang berupa gumpalan daging, melainkan unsur lembut yang Allah lekatkan di dalamnya. Unsur itulah yang boleh memandang dan menangkap. Sengaja Allah tempatkan hati bergantung di dada bahagian kiri seperti baldi. Kalau dibebani oleh syahwat, ia akan bergerak dan kalau dibebani ketakwaan ia juga akan bergerak.

Kadang-kadang lintasan nafsu atau syahwat yang lebih mempengaruhi dan kadang-kadang lintasan takwa yang lebih mempengaruhari. Kerana itulah kadang-kadang hati menyedari dan menerima kurnia Allah dan kekuasaan-Nya. Kadang-kadang pada saat tertentu lintasan nafsu dapat dikendalikan dan dikalahkan oleh lintasan takwa sehingga hati pun memujimu.

Tetapi, di saat lain lintasan takwa dikalahkan lintasan nafsu sehingga hati pun mencelamu. Kedudukan hati bagaikan atap rumah. Bila kau menyalakan api dalam rumah, asapnya akan membumbung ke atap hingga membuatnya hitam. Seperti itu pulalah api syahwat. Kalau api syahwat berkobar dalam tubuh, asap-asap dosanya akan naik memenuhi hati dan menghitamkannya.

 -- Syeikh Ibnu Atha'illah dalam Taj Al-'Arus.

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak