Isnin, 13 Mei 2019

SAIDATINA AISYAH R.A meriwayatkan:
"Aku pernah menjahit baju di bilikku, tiba-tiba lampu terpadam. Bilik menjadi gelap dan jarum di tanganku terjatuh. Ketika aku cuba meraba- raba mencari jarum itu, tiba-tiba Rasulullah SAW datang kepadaku dari arah pintu bilik. Baginda mengangkat lampu dan wajahnya. Demi ALLAH yang tiada TUHAN selainnya, sesungguhnya telah terang setiap penjuru bilik dengan cahaya daripada wajah baginda, sehinggalah aku dapat menjumpai kembali jarumku, kerana nur yang memancar terang. Kemudian aku menghadap kepada baginda, lalu berkata: “Engkau lebih mulia daripada ayah dan ibuku wahai Rasulullah. Sungguh terang cahaya wajahmu!”

Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Aisyah, rugi besar kepada sesiapa yang tidak dapat melihatku pada Hari Kiamat!”

Aku bertanya: “Siapakah yang tidak boleh melihat engkau pada Hari Kiamat wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab kali kedua dengan jawapan yang sama: “Rugi besar kepada sesiapa yang tidak dapat melihatku pada Hari Kiamat!”

Aku bertanya lagi: “Siapakah yang tidak boleh melihat engkau pada Hari Kiamat wahai Rasulullah?”

Lalu Baginda menjawab: “Mereka yang ketika namaku disebut di sisi mereka, mereka tidak berselawat ke atasku!”

- (HR Ahmad dan Tirmizi).
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
"Allahumma solli a'la Sayyidina Muhammad wa'ala ali Sayyidina Muhammad."🌹












0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak