Jumaat, 12 April 2019


HENDAKLAH kamu mengamalkan wasiat ini, kerana nilainya lebih tinggi dan hebat daripada emas dan perak. Dengannya, kamu akan dapat mengalahkan penunggang kuda yang pantas di gelanggang perlumbaan. Bahkan, akan menyampaikan kamu dengan izin Allah kepada apa yang kamu impikan sehingga kepada suatu perkara yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengari oleh telinga dan tidak pernah terlintas di benak hati manusia.

INILAH WASIATNYA:

Jika kamu hendak membaca Salawat ‘Azimiah atau salawat al- Ahmadiyah yang lain, hendaklah kamu membacanya dalam keadaan berwudhu’, duduk berlutut sambil menghadap Kiblat, merendahkan pandangan dengan menghadapkan hati dan ruh kepada Nabi SAW sambil membayangkan gambaran Baginda SAW dengan pandangan yang hakiki.
Dengan cara ini, akan menghapuskan hijab di antara kamu dan yang dilihat iaitu Nabi SAW. Maka baginda SAW melihat kamu sebagaimana kamu melihat Baginda SAW. Baginda SAW mengasihi kamu sepertimana kamu mengasihi Baginda SAW dan Baginda SAW melimpahkan kepadamu pandangannya yang tinggi dan ruhnya yang jernih bercahaya. Lantas ruh kamu akan bergetar seperti bergetarnya dahan yang hijau apabila disirami air. Lebih-lebih lagi, jika dilakukan di tempat yang sunyi selepas solat Subuh, atau pada pertengahan malam.
Jika dizahirkan sesuatu kepada kamu, maka jangan kamu ceritakan kepada seorang pun melainkan syeikh kamu yang telah kamu mengambil tariqat di tangannya. Tetapi, jika kamu tidak melihat apa-apa, maka bersabarlah hingga sempurna bagi kamu perkara tersebut, darjat kamu meningkat dan kamu layak untuk menerimanya.
(dikhabarkan cahaya muncul di masjid nabawi)
Firman Allah:
“Dan ketika Yusuf sampai ke peringkat umurnya yang sempurna kekuatannya, Kami berikan kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” - (Yusuf : 22).

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak