Rabu, 20 Mac 2019

DARIPADA Abu Hurairah ra, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: 

“Allah Tabaraka wa Taala mempunyai para malaikat yang ditugaskan mencari majlis zikir. Sebaik saja mereka menjumpai majlis zikir, maka mereka akan duduk bersama orang-orang yang sedang berzikir serta memanggil malaikat-malaikat yang lain. Mereka akan datang berkerumun mengelilingi orang-orang yang sedang berzikir itu dengan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruang antara mereka dengan langit dunia.
Apabila majlis berzikir itu tamat, maka para malaikat akan naik kembali ke langit. Lalu Allah SWT bertanya mereka: 
“Wahai para malaikat-Ku, dari manakah kamu semua?”
Berkata para Malaikat: “Ya Tuhan kami, kami baru saja pulang daripada memeriksa hamba-hamba-Mu di bumi, mereka bertasbih, bertakbir, bertalil dan bertahmid serta memohon kepada-Mu.”
Sebenarnya Allah SWT lebih mengetahui tentang perbuatan mereka dan semua makhluk ciptaannya. Setelah Allah SWT mendengar kata-kata para malaikat-Nya, maka Allah SWT pun berfiman: 
“Wahai para malaikat-Ku, apakah yang mereka minta kepada-Ku?”
Berkata para malaikat: “Hamba-hamba-Mu itu memohon syurga daripada-Mu.”
Allah SWT bertanya lagi: “Pernahkah mereka melihat akan syurga itu?”
Berkata para malaikat lagi: 
“Mereka tidak pernah melihat syurga itu.”
Berfiman Allah SWT: “Hamba-hamba-Ku memohon syurga padahal mereka tidak melihatnya dan apalagi kalau mereka melihat syurga itu.”
Berkata para malaikat: “Mereka juga memohon kebebasan.”
Allah SWT bertanya: “Mohon bebas daripada apa?”
Berkata para malaikat: “Hamba-Mu itu memohon kepada-Mu supaya mereka itu dibebaskan daripada neraka jahanam.”
Allah SWT bertanya para malaikat lagi: 
“Pernahkah hamba-hamba-Ku melihatkan neraka-Ku itu?”
Berkata para malaikat: “Tidak ya Allah.”
Allah SWT berfirman: “Hamba-hamba-Ku itu tidak pemah melihat neraka jahanam, tapi mereka memohon supaya dibebaskan daripadsmanya, apalagi kalau mereka melihatnya.”
Kemudian para malaikat berkata lagi: 
“Ya Allah, hamba-Mu itu memohon ampun kepada-Mu,”
Allah SWT berfiman: “Dengarlah wahai para malaikat-Ku, Aku mengampuni mereka itu dan aku akan memberi apa yang mereka minta serta membebaskan mereka daripada api neraka yang mereka takut itu.”
Berkata malaikat lagi: 
“Ya Allah, di antara mereka itu terdapat seorang hamba yang penuh dengan dosa, dia melalui majlis itu lalu duduk bersama-sama mereka yang sedang berzikir.”
Allah SWT berkata: “Orang itu pun Ku ampuni, begitu juga dengan setiap orang yang terlibat dalam majlis zikir itu, tidak ada yang celaka!”

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak