Jumaat, 22 Februari 2019


‘ABDUL ‘Aziz al-Makki berkata,

“Siapa yang menghiasi diri dengan hiasan yang fana, maka hiasan itu akan menjadi bencana baginya, kecuali orang yang menghiasi diri dengan ketaatan, keserasian, dan mujahadah. Sesungguhnya jiwa itu bersifat fana, harta-benda adalah aib, dan anak-anak adalah fitnah.

Kerana itu, siapa yang gemar mengumpulkannya, menjaganya, dan menggantungkan hatinya dengan semua itu, ia telah memutuskan semua kebaikan. Hamba Allah yang selalu taat tidaklah lebih utama daripada orang yang memerangi hawa nafsu, kekurangan harta benda, dan memutuskan bisikan-bisikan hati. Kerana perlumbaan dalam kebaikan adalah berupaya untuk menjauhkan diri daripada kejahatan dan kejahatan pertama yang perlu disingkirkan adalah cinta dunia.”

Yahya ibn Mu‘adz al-Razi berpesan,


“Hikmah dari langit akan turun ke dalam hati, yang di dalamnya tidak bersarang empat hal: bertekuk lutut kepada dunia, berangan-angan kosong, iri hati terhadap sesama manusia, dan mencintai orang kaya.”

Fudhail ibn ‘Iyadh mengatakan,
“Semua kejahatan ditempatkan dalam satu rumah dan kunci pembuka kejahatan adalah cinta dunia. Serta kebaikan ditempatkan dalam satu rumah dan kunci pembuka kebaikan adalah zuhud terhadap dunia.”

Dalam syair disebutkan:
“Kebaikan akan kekal sepanjang zaman
dan kejahatan akan tetap tercela sepanjang waktu.”


0 orang adijauhari:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

MaKaSeH JeNgUk

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak