Rabu, 21 November 2018

20 - 30 ogos 2006


pertama kali ke luar negara, menuju ke australia yang perjalanannya memakan masa 6 jam agak membosankan. untungnya pada waktu itu, kami memperoleh keistimewaan penerbangan kelas pertama. tido pon diberikan selimut. menjelang pagi dah ada kat melbourne untuk transit selama dua jam.


nak jalan ke mana la pagi-pagi buta gini. semua tempat tak bukak lagi. bandarnya pon masih tido. jadik kami amik teksi yang pemandunya berasal dari india untuk pusing keliling bandar. tak ubah macam crita 'masam-masam manis', "nanti balik kampong, buleh mak habaq kat orang kampong!"


bila tutup je pintu kereta, member segera bagitau, "kalu nak 'ekon' bukak la tingkap keta!" heh! gitu pulokkk.


mati kutu di melbourne berterusan ke canberra. sama macam putrajaya, kota ini hanya kota pentadbiran yang orang datang sebab nak buat keja. nak ronda-ronda pon stakat building rasmi je macam muzium, parlimen dsb. hampir seminggu di sini, dok makan kebab je la. otai ada pesan dulu "jangan lupa bawak megi" naik toya jugak makan megi.


menariknya dekat sini, bila meronda bawah pokok sepanjang jalan tu, kita akan temui kayu-kayu yang dirincih ditaburkan di bawah pokok. rupanya, setiap kali mereka cantas dahan yang besar, dahan tu akan dirincih dan ditaburkan semula di bawah pokok sepanjang jalan di bandar tu. secara biologi, ia akan menjadi baja semula jadi dan secara tak langsung menjadi penghalang rumput liar idop. kebersihan tayah cakap la, kan? dari sudut tu dorang lebih islamik daripada orang islam sendiri.


sebelum tinggalkan Australia, kami transit dulu di sydney untuk meningkatkan taraf ekonomi penduduk di sana. abih duit kami tabur di pedi market. nyesal pulok shopping kat canberra kerana harganya jauh beno besanya... merayau dengan feri dan masuk ke beberapa buah muzium. kat sini banyak gak la pilihan makanan. tapi awas! satu ketika kami nampak ada tomyam... sambil peratikan menu tu cehhhh! tomyam babi tuuu... sebbaik tak buat perangai kebuluq, main oder je.
 

 

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak