Isnin, 29 Januari 2018

Fahaman Salafi Wahabi: Origin Kepada Ekstremisme dan Radikalisme Kontemporari



 

Salafi Wahabi
Isu Salafi Wahabi dan Salafi Jihadi sememangnya banyak menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat awam sehingga menimbulkan banyak polemik dan perbahasan yang tidak berkesudahan. Pemahaman terhadap isu Wahabi dan Salafi ini akan memudahkan kefahaman terhadap kontroversi jihad dan radikalisme yang dapat dilihat pada kumpulan-kumpulan pengganas kontemporari. Artikel ini akan membincangkan bagaimana ideologi atau doktrin Wahabi menjadi landasan seterusnya mendapat momentum bagi menggerakkan perjuangan menegakkan sebuah Khilafah Islamiyah seperti yang diperjuangkan oleh kumpulan-kumpulan radikal seperti Darul Islam, Al Jama’ah Al Islamiyah dan Ad Dawla Al Islammiya Fii Iraq Wa-Ash Sham (Daesh) @ Islamic State in Iraq and Syria (ISIS).
Daesh
Persoalan tauhid, akidah dan bagaimana doktrin Wahabi diinterpretasi akan dibahaskan bagi mengenal pasti bagaimana dan mengapa ia mendapat tempat di kalangan pengikut kumpulan-kumpulan ekstremis dan teroris kontemporari. Intipati artikel ini adalah untuk memperincikan bagaimana fahaman Wahabi yang kemudiannya bertukar jenama menjadi fahaman Salafi berjaya mendapat tempat  dan menjadi latar belakang dalam gerakan- gerakan ekstremisme dan radikalisme. Artikel ini juga akan membincangkan mengapa fahaman Wahabi atau Salafi itu menjadi kontroversi seterusnya menjadi pemangkin kepada aktiviti-aktiviti keganasan yang dipaparkan oleh beberapa kumpulan radikal yang kita saksikan pada hari ini.


SEJARAH FAHAMAN ATAU ALIRAN WAHABI
Untuk memudahkan pemahaman terhadap matlamat perjuangan gerakan- gerakan seperti Al Jama’ah Al Islamiyah, Boko Haram, Kumpulan Abu Sayyaf (KAS), Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM), Hizbur Tahrir (HT), Darul Islam (DI), Al Arqam, Daesh @ ISIS dan beberapa kumpulan radikal yang lain, perbincangan tentang aliran dan fahaman Wahabi adalah perlu dijelaskan bagi memahami ideologi dan manhaj perjuangan mereka. Ini adalah kerana untuk memahami sejarah gerakan ekstremis dan radikal ini secara holistik, perlu difahami apakah ideologi dan akidah anutan pengikut jamaah ini terlebih dahulu. Justeru, perkara pokok atau tema utama yang perlu diselidiki adalah fahaman Wahabi atau disebut juga sebagai Muwahiddun (golongan yang mentauhidkan Allah/ tuhan yang satu) yang menjadi latar belakang kepada gerakan-gerakan ini. Kebanyakan orang awam memahami atau merujuk serta mengaitkan gerakan-gerakan ini dengan fahaman Salafi atau Salafiyah.
Walaupun Salafi dan Wahabi merupakan dua istilah yang berbeza tetapi sebenarnya kedua-dua istilah ini adalah merupakan fahaman atau ajaran yang sama. Penjelasan ini juga perlu dilakukan bagi menerangkan bagaimana pengikut gerakan radikal ini sebenarnya berselindung di sebalik akidah mereka dengan menyandarkan (menisbatkan) diri mereka dengan golongan Salafus Soleh. Sememangnya bagi masyarakat awam yang tidak memahami sejarah fahaman Wahabi akan terkeliru dengan naratif yang dianjurkan oleh kumpulan-kumpulan sebegini sedangkan sebenarnya aliran fahaman Wahabi inilah yang telah menjurus umat Islam kepada fahaman beragama yang sempit, memecah-belahkan masyarakat dan menyuburkan radikalisme atas nama agama yang akhirnya mencemarkan imej agama dan imej umat Islam itu sendiri.


baca seterusnya:


https://btdmonline.net/2017/12/fahaman-salafi-wahabi-origin-kepada-ekstremisme-dan-radikalisme-kontemporari/

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak