Khamis, 14 Mac 2019


MENURUT SYEIKH IBNU ARABI, menyebutkan:

Muhammad Ibnu Ahmad Ibnu Salamah berkata, "Hamba-hamba Allah yang lebih dicintai-Nya adalah orang yang paling banyak memenuhi kewajiban kepada-Nya. Dia juga mampu menunjukkan kesempurnaan akal dan ketawadhu'an fikirannya, hal itu mengisyaratkan adanya perhatian yang baik kepada orang yang berbicara, meskipun sebenarnya dia sudah mengetahuinya. Dia juga sangat cepat menerima kebenaran, meskipun datang daripada orang di bawahnya, dan dia cepat mengakui kesalahannya jika telah melakukan kesalahan."


---- Syeikh Ibn 'Arabi dalam kitab Al Washaya' li Ibn 'Arabi.


Rabu, 13 Mac 2019


AHLI hikmah pernah ditanya: “Jika ada seorang hamba bertaubat, apakah dia boleh mengetahui bahawa taubatnya itu diterima atau tidak? "

 
Dia menjawab: “Aku tidak boleh menghukuminya, hanya saja taubat yang diterima itu memiliki tanda-tanda, iaitu:


1. Tidak merasa dirinya terpelihara daripada kemaksiatan;
2. Hatinya merasa bahawa kegembiraan itu jauh, sedang kesedihan itu dekat;
3. Senang berdekatan dengan orang-orang yang berbuat baik, sekaligus menjauhi orang-orang yang berbuat buruk;
4. Memandang harta miliknya yang sedikit terasa banyak dan memandang amal akhiratnya yang banyak terasa sedikit;
5. Sibuk dengan ketaatan kepada Allah dan tidak menyibukkan diri dalam mengais rezeki yang telah dijamin oleh Allah;
6. Selalu memelihara lisannya, sering bertafakkur, serta mencemaskan dan menyesali dosa yang pernah dikerjakannya.”

Rasulullah SAW bersabda:

“Amal yang paling dicintai oleh Allah adalah menjaga lisan.”

“Sesungguhnya orang yang paling banyak dosanya pada hari Kiamat nanti adalah orang yang paling banyak bicaranya dalam hal yang tiada guna.” - (HR. Ibnu Nashr).

“Bertafakkur sejenak tentang keagungan Allah serta tentang syurga dan neraka-Nya itu lebih baik daripada solat malam.”

“Bertafakurlah kalian tentang ciptaan Allah dan janganlah sekali-kali bertafakkur tentang Dzat Allah, sebab kalian akan celaka.”

-- Kitab Nasha’hul-‘Ibad, Imam Nawawi Al-Bantani.


BERTAUBATLAH kepada Allah setiap saat, kerana hal tersebut dianjurkan dan diperintahkan oleh-Nya. Allah SWT berfirman, "Bertaubatlah kalian semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kalian beruntung." - (QS An-Nur: 31).
Taubat adalah saranan yang menghantarkan seorang hamba menjadi kekasih Allah.

"Sungguh, Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri." - (QS Al-Baqarah: 222).

Al-'Aaz Al-Muzanni r.a. menuturkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, 


"Kadangkala timbul perasaan dalam hatiku. Maka aku beristighfar kepada Allah 100 kali."
- (H.R. Muslim).

Abu Hurairah juga pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda,

"Demi Allah, dalam sehari aku beristighfar dan memohon taubat kepada Allah lebih daripada 70 kali." 
- (H.R. Bukhari).

Maka, usahakanlah untuk selalu bertafakur sepanjang hidupmu. Renungkanlah apa yang telah engkau perbuat pada siang hari. Jika ternyata engkau menghabiskan siangmu dalam ketaatan, bersyukurlah! Tapi, jika ternyata engkau melakukan maksiat, sesalilah lalu cepatlah beristighfar dan bertaubat kepada Allah.
Tak ada majlis bersama Allah yang paling bermanfaat bagimu selain majlis tempat engkau menyesali diri. Jangan menyesali diri sambil tertawa senang. Tapi, sesalilah dirimu dengan jujur seraya menunjukkan wajah muram, disertai hati yang sedih, kecewa dan perasaan hina.
Jika itu boleh engkau lakukan, pasti Allah menggantikan kesedihan dengan kegembiraan, kehinaan dengan kemuliaan, kegelapan dengan cahaya, ketertutupan dengan ketersingkapan (kasyf)."
 
 

--- Syeikh Ibnu Atha'illah dalam kitab Bahjat An-Nufus.

WAHAI orang yang usianya ada sesaat! Adakah anda sudah menafkahkannya (usia anda itu) untuk melakukan ketaatan agar tercapai kelazatan yang kekal abadi dan berasa seronok berjiran (berhampiran) dengan Tuhan Yang Bersendirian lagi EsaYang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat (al-Fard al-Ahad al-Shomad)?
Wahai orang yang mempunyai cita-cita yang tinggi! Adakah anda sudah meninggalkan kelazatan duniawi yang tidak ada nilai langsung lagi hina, supaya anda tercapai apa yang tidak pemah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di dalam hati manusia?

Ayuh! Segeralah anda bergerak menuju kepada Maulanya. Apa tunggu lagi? Syurga sudah pun sedia menanti dengan terhias indah. Jangan buang masa lagi dengan bersenang-lenang! Ceduklah segera lautan pemberian kurnia yang ada pada-Nya! Berapa lama lagi anda mahu terus berada dalam tipu daya syaitan dan kelalaian anda? Berapa lama lagi anda mahu tidur lena tanpa sedar? Sesungguhnya usia anda telah hilang lenyap sesaat kerana dibeli dengan harga tujuh petala langit dan bumi.

Wahai permata indah yang dicampakkan ke tempat pembuangan sampah! Wahai permata delima yang dijualkan dengan harga yang murah! Adakah anda telah menjualkan keredaan-Nya dengan kemurkaan-Nya? Syurga dengan Neraka? Adakah anda itu musuh kepada diri anda sendiri atau menjadi sahabatmu? Maka sesungguhnya anda telah melontarkannya pada setiap bala dan musibah, sedangkan jika musuh anda bekerjasama dengan diri anda sebahagian daripada apa yang telah anda lakukan, sudah tentu mereka akan mendapat sebahagian daripada rahmat-Nya.
Wahai orang yang mengerjakan amal Neraka! Tubuh badan anda itu amat lembut, maka cubalah anda berjalan di bawah cahaya matahari yang terik pada waktu tengah hari. Jika anda tidak mampu menahan kepanasannya, mengapakah anda masih mahu melakukan sesuatu yang tidak disukai dan dimurkai oleh Tuhan Rabb al-Barriyah? Secara terbuka anda melakukan perkara-perkara yang dilarang-Nya pagi dan petang dalam rupa pakaian taat, dan ibadat anda masih lagi mengucapkan kepada-Nya dengan berkata:
“Hanya kepada Engkaulah sahaja (ya Allah) kami beribadah, dan hanya kepada Engkau saja kami memohon pertolongan.”
Tetapi malang sekali, dalam masa yang sama anda masih menghadap kepada yang lain selain-Nya tanpa ada sebarang keperluan (sangat berhajat).
Wahai orang yang menghadapkan hatinya kepada pengaruh cengkaman alam benda yang palsu ini (aghyar)! Sucikanlah hatimu dengan air istighfar. Campurkanlah ia pada kali yang ketujuh untuk menyucikan najis ini dengan tanah tazallul (tunduk patuh) dan inkisar (lebur hati / rasa rendah diri). Janganlah anda menghadapkan hatimu kepada yang lain melainkan kepada Dia saja. Janganlah anda jatuhkan kehinaan dan inkisarmu (rasa rendah dirimu) itu kecuali di hadapan-Nya saja.
 
 
 

- Syeikh Daud bin Syeikh Wan Abdullah Al-Fattani radhiallahu ‘anhu.

Selasa, 12 Mac 2019

SYEIKH Daud bin Syeikh Wan Abdullah Al-Fattani radhiallahu ‘anhu mengatakan, 


“Wahai orang faqir lagi haqir yang amat hina! Kelalaian kamu daripada mengingati-Nya tidak akan terjadi melainkan kerana buruknya adabmu dan jahilnya kamu tentang kebesaran-Nya. Sedangkan Dia (Allah Ta’ala) tidak pernah lupa memberikan kebaikan-Nya kepadamu, jadi, bagaimana pula kamu tidak akan memalingkan setiap anggotamu itu untuk berkhidmat kepada-Nya sahaja, sedang hatimu menghadap kepada-Nya dengan penuh kesyukuran?!”



SYEIKH Ibnu Atha'illah menuturkan:


"Al-Jurairi menuturkan, “Salah seorang sahabat kami selalu mengucap 'Allah, Allah.' Lalu pada suatu hari, kepalanya terkena batang pohon hingga pecah dan mengucurkan darah. Dari darah itu kemudian tertulis di atas tanah lafal Allah, Allah.”
Zikir laksana api yang bekerja secara aktif dan memberikan pengaruh. Ketika masuk ke dalam sebuah rumah, zikir itu akan berucap, “Aku, tidak ada lagi selain-Ku.” Itulah makna ungkapan la ilaha illa Allah. Jika di dalam rumah itu bertemu dengan kayu bakar, zikir tersebut akan segera membakar. Jika rumah itu gelap, ia akan menjadi cahaya penerang.
Jika rumah itu memang memiliki cahaya, ia akan menjadi cahaya di atas cahaya.

Zikir berfungsi menghilangkan endapan berlebih dalam tubuh yang diakibatkan oleh makan berlebihan dan memakan barang haram. Saat endapan kotor itu terbakar sehingga hanya yang baiklah yang bertahan, barulah ia boleh mendengar senandung zikir daripada semua organ tubuhnya. Suara zikir itu seperti tiupan terompet. Pertama-tama, ia jatuh di sekitar kepala sehingga kau akan mendengar suara seperti terompet.
Zikir adalah penguasa, jika singgah di suatu tempat, ia akan singgah dengan membawa terompet itu. Sebab, zikir menghadang apa saja selain al-Haq. Ketika menempati suatu tempat, ia akan sibuk melenyapkan segala sesuatu yang menjadi lawannya laksana air bertemu api.

Lalu, akan terdengar berbagai macam suara seperti desir air, deru angin, golakan api, derap kuda, dan suara dedaunan tertiup angin. Sebab, struktur tubuh manusia terdiri daripada unsur mulia dan hina. Unsur yang hina meliputi tanah, air, api, udara, bumi dan langit, serta segala yang berada di antara keduanya. Jadi, semua suara itu berasal daripada seluruh unsur asli di atas. Ketika suara itu terdengar, bererti ia sedang bertasbih dan mensucikan Allah dengan lisannya. Itulah hasil daripada zikir lisan yang optimum."
--- Syeikh Ibnu Atha’illah dalam Miftah al-Falah wa Misbah al-Arwah.
 


"ALLAH menerangi alam lahir dengan cahaya makhluk-Nya, dan menerangi kedalaman batin dengan cahaya sifat-Nya. Kerana itulah cahaya alam lahir terbenam, sementara cahaya hati dan kedalaman batin tak akan terbenam. Maka katakanlah, ”Sesungguhnya matahari siang terbenam ketika malam, tetapi matahari hati tak pernah terbenam.”



--- Syeikh Ibnu ’Atha’illah dalam Al-Hikam.

Sesuatu yang bersifat lahiriah boleh lebur dan tenggelam oleh waktu, namun cahaya hati dan kedalaman batin tak pernah terbenam. Pada setiap perbuatan dan wujud selalu mengandungi makna dan sifat, ia hanya boleh difahami oleh mereka yang mempunyai hati yang yang tercerahkan oleh pancaran cahaya Ilahi.
Jadi, segala realiti lahiriah boleh berubah atau bahkan menghilang oleh ruang dan waktu, namun kesedaran batin selalu berkembang dan bersifat abadi. Tinggal bagaimana kita melakukan riadah agar boleh menerima pancaran cahaya Ilahi dengan mudah dan tercerahkan.
 


TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak